Halaman


Sabtu, 29 Disember 2012

Sahabatku sayang..


Semalam aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat lama. Secara jujurnya aku ada rasa 'crush' dengan dia dulu masa dia zaman uni. Dia tak sedar, sebab masa tu kami sama-sama amat berahsia tentang seksualiti, dan masa tu bagi aku semua amat kabur. Aku suka tengok dia, aku suka bersama dengan dia, bagi aku dia amat cool.

Dan beberapa tahun yang lalu, kami masing-masing mendedahkan seksualiti kami, biasalah gaydar dah amat kuat. Apa lagi nak sembunyi.

Sampai kini aku masih sayang dia, sayang sebagai sahabat sekurang-kurangnya.

Dan aku melihat jatuh bangun dia dalam perhubungan dan juga kerjaya.

Semalam:

dia: MG, hahaha.
aku: haha, kau panggil aku MG juga ye.
dia: ishh..budak dalam friendlist kau ni comel pulak le.
aku: eh...memangla, aku pun dok flirt juga, tapi aku gitu2 jela, tadak serius dah.
dia: MG, aku nak stop.
aku: Ya allah, alhamdulillah. Jomlah, jom sama2 kita.
dia: tapi, susah sangatlah.
aku: memang susah, memang amat susah. tapi bolehnya, boleh.
dia: tapi aku ..seorang.
aku: memang akan rasa sorang, tadak sapa ..tapi sebenarnya kita tak sorang. Nanti free2, aku g jumpa kau. Inshaallah.
dia: kau kuat, aku pun kena kuat.
aku: taklah, moh kita sama2 kuat. Bolehnya.

Bagi aku, itu berita gembira. Masa aku menulis ni pun rasa sebak. Sebab, kawan yang aku sayang, nak bersama-sama aku. Mungkin, tuhan takdirkan aku dan rakan-rakan aku, tidak menikmati cinta seperti cinta orang-orang heterosexual dan kami mengelak dari bercinta nafsu dengan kaum hawa, dan perjuangan ni akan ada jatuh bangun, mungkin aku akan bercinta lagi dengan hawa, tapi ya allah...harap dapat aku elakkan dari bermusahaqah kembali. Namun andai itu terjadi, janganlah aku mengharamkan diri aku dari bertaubat.

Cukuplah dosa-dosa itu meresahkan aku dan membunuh jiwa aku.

Dan keinginan aku yang kuat pada bdsm aku lupakan dengan, menyibukkan diri mencari teman-teman yang sama-sama menyokong untuk menghindari yang haram.

Kalau aku renung hidup aku, awal tahun dulu adalah titik paling hitam dalam hidupku, tapi setelah itu Allah bagi banyak perkara indah dalam hidupku. Benar..kan, Allah takkan biarkan hambanya berseorangan, dan setiap kepahitan ada kemanisannya. Allah beri aku sahabat-sahabat yang banyak menyokong aku.

Aku rindu Bisco misc, sahabat yang belum pernah aku berjumpa tapi dah banyak bagi aku kekuatan. Dan sahabat-sahabat lain yang mendengar tangis dan gembiraku sepanjang tahun ini. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang kau berikan buat aku. Alhamdulillah.

Apabila kita tinggalkan sesuatu kerana Allah, Allah tidak akan meninggalkan kita.

Sahabat, aku menyayangi kau kerana Allah!

9 ulasan:

  1. saya pun ada sahabat macam tu, Memang seronok, saya faham perasaan tu... kami di landa masalah masing2. sahabat saya yatim piatu kemudian saya juga ada masalah kemudian sms mcm orang nak bercinta tapi banyak hal saling menasihati.. sudah hampir dua minggu saya tidak sms kawan saya ataupun facebook kerana saya perlukan masa sendirian untuk kembali bangkit.

    Saya faham dan rasai kegembiraan ini dan bersyukur di kurniakan sahabat sebegini.

    Kadang-kadang saya rasa Allah bagi saya masalah adalah untuk merasai sakit sahabat saya yang yatim piatu kemudian kami sama-sama menyelam rasa. bersyukur sangat.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sendirian tidal pernah mudah tapitidak bergantung adalah hikmat Dan njkmat

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. keep fighting, don't quit :)

    BalasPadam
  3. Alangkah bertuah jika kita dapat kawan sebegitu. i wish i can change also.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila kita berharap hannya pada Allah banyak per Kara dkanhadiv....dntaranya....sahabat yang baik.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...