"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Selasa, 11 Disember 2012
Jalan Pulang - Gay,Lesbian,Biseksual,Transgender
Tajuk panjang. Akhirnya aku mulakan page ni, dan taktahulah akan ada yang menyertainya. Selama ni dalam Facebook, aku dok merayau-rayau layan. Apa salahnya aku mencuba. Dan benar, ada rakan senget yang pernah tanya kenapa aku menulis di blog ini. Kataku luahan perasaan, haha.
Tapi akhir-akhir ini, blog ini benar-benar menjadi sisi gelap aku. Dan aku amat aktif di FB sisi gelap aku jua. Kalau ada orang boleh bangga sebut, I am gay. Aku juga nak diri aku menerima seksualiti ini. Ya, aku pernah amalkan lesbianisme, dan aku bukan amat straight.
Ada yang mungkin bertanya, ala kau dah stop, kau senyap boleh tak, kau tu entah esok lusa balik kejalan tu juga.
Kalau ada orang boleh bangga beritahu "I am gay", kenapa aku kena malu mengaku "I was a gay" atau "I was a bisexual". Bukan aku mengatakan yang aku boleh membasuh semua gen lesbian atau biseksual dalam siri aku, tetapi, aku berjuang untuk tidak berzina.
Aku mencari rakan-rakan yang boleh sama-sama bersama aku, yang sedar dengan seksualiti mereka, seksualiti mereka tidak salah tetapi perbuatan haram kami yang salah. Dan aku, amat-amat memerlukan sokongan kawan-kawan. Jalan seorang tidak akan sama.
Iya, ini aku.
Page ini hanya permulaan, mungkin aku akan tubuhkan secret group, tapi tengok pada kewajarannya nanti.
update telah mulakan secret group. Jalan Pulang LGBT/PLU , nama group mungkin akan ditukar. Ini percubaan sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pkcik sokong. Gunakan ke arah yg bermanafaat dan beroleh pahala..
BalasPadamalhamdulillah. terimas pakcik yang sentiasa menyokong saya.
BalasPadam-MGDA
Nauzubillah...
BalasPadamTerbunuh membaca kata-kata anda : "Aku mula fikir, aku masih muda, mati itu jauh. Dan ya, Allah itu entah dimana".
InsyaAllah saya akan post pengalaman lalu yang hampir-hampir luput dari ingatn, namun tercetus kembali dek kata-kata ini yang pengalamannya lebih kurang sama namun ceritanya agak berbeda.
Teruskan berinspirsi dan memberi inspirasi pada kami disekeliling:)
*happy sharing thought~
sy rasa kdg2 kita jgn fikir sgt..kita jalani hidop sbgmna fitrah nye dgn Allah sbg peneman sejati..mengenali allah pencipta kita maka hal lain2 akan dtg dgn mudah..knl itu perlu la dgn cintakan Allah sbg cinta yg maha hebat..bg sy serumit mana idop hnya la mainan manipulasi..mudahkn dgn kemabli dna berserah pd Allah..insyaAllah..so MGDA chill k..
BalasPadam-MFM-
Selagi nafsu ini wujud, selagi itu kami berfikir, nafsu cuma boleh dikawal, ia tidak pernah berhenti.
Padam-MGDA
Hurm ye fhm..cam sy x ok sal tuh so mnde tuh x jd persoalan la..mungkin terlalu bz dgn byk2 hal len...
Padam-MFM-
kadang-kadang kita kena jadi cicak yang pekak dan kadang-kadang kita bermula tanpa sokongan..insyallah segalanya akan baik-baik saja.
BalasPadamsaya sokong awak.terus istiqomah ok! :D
BalasPadam