Halaman


Ahad, 23 Disember 2012

Sumpahan biseksual 2

Dua minggu lepas Deanna tinggalkan aku, dalam keadaan yg tiba-tiba.  Kelam dunia aku sekejap. Puas aku memberi semangat pada diri sendiri.

Pulih juga lah sedikit.

Dan harini, aku terpaksa sekali lagi menelan kepahitan menerima bahawa Amir tidak akan memberi khabar gembira buat aku.

Aku selalu menyangka aku kuat hadapi. Tapi tersayat juga hati aku bila Amir bertindak mendiamkan diri tanpa penjelasan apa-apa. Walhal 4 bulan lepas dia berani bercerita tentang bulan dan bintang.

Kenapa hati aku kuat pada Amir? Kerana dia coklat seperti aku. Dan dua satu-satunya lelaki yang membuatkan aku sedar yang aku berseksualitikan biseksual, bukannya lesbian.

Celaka kan insan biseksual ni. Boleh mengasihi dua jantina.

Dan boleh dipecahkan hatinya oleh kedua-dua jantina manusia.

Ini rekod aku paling jahanam. Patah hati yang teruk dalam tempoh dua minggu.

Aku harap aku tak punya hati lagi. Aku ini insan celaka. Tidak layak dilayan dan diketahui hatinya.

11 ulasan:

  1. Setiap apa yg terjadi ada hikmah nya...yg pasti jika org tdk berkehendakkn kita dlm idop mrk dan x aggp kita ptg kita tak blh pksa tp kita blh sentiasa mndoakan kesejahteraan mrk :-)

    Dan utk awk mgda..seburuk dan seteruk mne pon kita hmba Allah ttp mngasihi kita dgn terus mngalirkan nikmatnya pd kita tnpa henti jd apa perlu kita sdri utk bkta demikian pd dri kita :-)

    Bg sy utk mnyayangi org len kita perlu mnyanyangi dri kita itu hak yg plg lyak tuk kita bg terlebih dahulu...tak de pe yg celaka dan tdk baik nye dri awk...ini semua ujian...sewaktu ujian kita kne hadapi btl2 supaya markah nya cemerlang insyaAllah...jgn give up dan terus htr kertas jwpn kosong tanpa berusaha mjwb dlu..amik mse bertng dan istifar maka pelan2 jln jwpn nye akn nmpk sbb kita dah 'study' iaitu da ada ilmu dan now ni la mse tuk mengamlkn ilmu itu :-)

    sy doakan awk mgda...sbr dan tabah jgn pernah rasa berseorangan ramai dcc awk dan mrk2 ini jgn pernah dilupai n dipinggirkan...

    -MFM-

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah, dan terima kasih. saya ni terlalu banyak kelemahan, dan tak mudah orang menerima saya, namun saya tahu, ramai yang menyayangi saya.alhamdulillah.

      Padam
  2. Walaupun luka bdarah, sgala ujian psti utk mningkatkan keimanan kita d sisiNya. Truskn pjuangan

    BalasPadam
  3. Walaupun luka bdarah, sgala ujian psti utk mningkatkan keimanan kita d sisiNya. Truskn pjuangan

    BalasPadam
  4. kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku mencuba..dan mencuba...ni kira officially aku dah patah hati 9 kali. harap aku tabah jela. sesungguhnya, hati aku lebih mudah mencintai wanita. tapi...ikut hati....mati.

      Padam
  5. saya suka makan cokelat juga punnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka makan cokelat, tidak membuatkan anda seorang cokelat,hehe

      Padam
  6. hanya cekelat kenal cekelat, ecece

    BalasPadam
  7. saya lelaki, awak perempuan tapi bernafsu sejenis. Mungkin kita boleh bersama? haha. gurau je.


    Mujahadah itu pahit, moga dengan bantuanNya. InsyaAllah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...