Halaman


Isnin, 17 Disember 2012

Ruang yang paling berdosa


Kau tahu, semalam, setelah sekian lama aku tidak menitiskan air mata, malam itu aku lena dengan air mata. Mulanya aku sangka aku kuat menghadapai perasaan itu. Kerana kekhilafan aku, Deanna hampir ditimpa masalah dua hari lepas. Lalu aku cuba menghubunginya, tiada satu sms atau panggilan berbalas. Dan kemudiannya lewat petang semalam, teman lelakinya membalas pesanan ringkas aku.

"She is fine, she's with me"

Cemburu, sakit hati, marah, akhirnya meletup malam itu, apabila aku pulang kerumah yang cuma aku huni diwaktu hari minggu, aku masuk ke kamar, dan katil,bantal..serta baju yang dipakai Deanna, masih disitu. Ya, aku memang jarang mengurus kamar. Bukan itu isunya.

Entah kenapa,malam itu, sebaik sahaja aku memtik suis lampu, dan melihat kamar itu. Aku terduduk. Segalanya disitu.

Dan malam itu, dia bukan denganku.

Ku panjat tilam, bantal, masih dapat kuhidu aroma syampu rambut yang dia selalu guna. Tiba-tiba air mataku bergenang, tumpah.

Rupanya aku masih menyintai dia.

Rumah ini, terlalu banyak dosa. Kamar ini dihuni paling kerap oleh teman-teman wanitaku. Dikamar ini terlalu banyak cerita. Dari insan yang berbeza.

Salah seorang bekas kekasih ku pernah mencadangkan aku menjual rumah itu, kerana cemburunya dia pada wanita-wanita yang pernah masuk dan menjalang denganku. Sikurus bekas suami, pernah meminta berkali-kali agar juga aku menjual rumah itu, juga, katanya tok gurunya mengatakan rumah itu punya sialnya.

Maaf, aku tidak percaya itu semua.

Namun, malam itu aku tidur dengan air mata, dan terjaga setiap sejam. Diatas kamar dimana aku menyentuh yang haram dan disitu juga yang halal menepis aku.

Disebalik itu, pagi ini Allah anugerahkan aku hari yang indah. Disebalik sakit kepala akibat menangis bodoh malam itu, aku menghadiri majlis ilmu di pusat Islam bersama si Adam.

Aku tersentak apabila Si Adam teresak mengatakan terima kasih dan syukur dia berada dimajlis itu, dia yang selama ini, katanya telah terlalu lama dia kekosongan dalam pencarian.

Juga wajahku hampir jadi biru (terus mahu termuntah, dan pitam rasanya, waktu tu) apabila dia mula bertanya, siapa MGDA, yang disebut rakan semeja..

Lalu sepanjang perjalanan pulang, dengan payah, setelah disoal bertubi-tubi kiri dan kanan,akhirnya...aku membuka sisi itu kepadanya, tapi sekadar yang perlu. Sekadar untuk mencukupi rasa ingin tahunya.

Tuhan, aku serahkan semuanya padaMu. Aku hidup tanpa harapan apa-apa didunia ini. Dalam jiwa ini, tiada cinta, tiada apa. Ia telah hancur beribu kali. Jadikanlah apa sahaja hidupku, namun dengan belasMu, aku minta kau beri kekuatan disetiap ujian. Kalau ada yang dipanggil harapan..mungkin, apa sahaja yang terjadi tuhan, matikan aku dalam aku rindu padaMu dan kau redha padaku.

Hati aku berada dalam teka teki, adakah Deanna akan menyimpan kecewanya pada khilafku hingga merasakan aku bukanlah insan yang patut wujud didalam hidupnya. Atau tuhan masih mahu meneruskan ujian ini?

Aku masih tak mahu melihat kamarku sendiri. Aku mahu rasa ini dihentikan.

5 ulasan:

  1. Alhamdulilah untuk Adam!

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah utk adam dan kamu...sy gembira pnjatkn doa tuk kekal sentiasa dlm sdr n kuat tuk teruskn nya :-)

    -MFM-

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. ini bukan bilik saya..hahaha.cuma gambar di google..yang seakan2 bilik saya...hehe

      Padam
  4. masalah kalau layan sgt sendu tu...jauhi diri 100% jgn hubungi lagi sesiapa pun yg boleh ingatkan kita pd perbuatan yg lalu..dekatkan diri di masjid dgn mereka yg juga mencari kebenaranNya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...