Halaman


Selasa, 4 Disember 2012

Hati yang tiada.

Hati yang tiada.


Sebenarnya sehari dua, hidup aku terasa statik, selepas sama-sama meraikan Hari Aids Sedunia. Tidak itu bukan sebab.

Terus terang, aku telah membuat perjalanan lebih dari 12 jam bersama seorang Adam. Ya, aku panggil dia Adam.

Semakin dekat aku dan dia, aku semakin takut. Ahh, mulanya aku tidak mahu menceritakan hal pribadi aku disini, tapi blog ini dah merakam segala yang terburuk dan teristimewa dalam hidup aku. Jadi apa lagi?

Memang ada kala aku terfikir, amat memikirkan, bagaimana andai blog ini di jelejah oleh ahli keluargaku? Ma dan Pa jahil IT. Adik beradik,kawan-kawan. Ah, persetankan. Sampai bila aku nak berlari. Kalau mereka tahu, jadi apa? Ada kes jenayah ke? Semuanya dah lepas, dah lepas..dah lepas.

Cuma kalau ada satu pun, aku masih dengan Deanna. Tapi kami dah berhenti berzina. Esok lusa, itu ALlah yang rancang, aku tak tahu.

Okay, kes aku dan sang adam ini.

Dia sahabat aku, sejak dua-tiga tahun yang lalu. Dia amat baik. Dan sepanjang perjalanan lebih 12 jam itu, dia menjaga aku, beratur untuk aku, pastikan aku yang blur ni tidak sesat.

Dan..

Dia merenung wajah aku, tidak seperti orang lain, ya lebih tepat, lelaki lain. Walaupun Amir.

Namun semakin baik dia pada aku, semakin cuba dia menjaga aku, aku jadi semakin takut. Kerana aku sebenarnya tidak ada hati padanya, sayang.. sayang sebagai sahabat, tidak lebih, malah kadangkala kurang.

Aku lebih senang bercerita masalah aku dengan Deanna, atau beberapa gadis yang akhir-akhir ini menjadi rakanku dari kejauhan, senget atau tidak, semuanya aku bernafsu terhadap mereka,hahaha.

Tapi Adam ini.

Dia vanilla,dia tidak dominan.

Namun seorang sahabat telah menempelak aku.

"Dominan kalau bawa keneraka, apa gunanya"

Benar, amat benar kata-kata itu. Tidak dapat aku sangkal walau kubawa ke mahkamah dunia atau akhirat.

Walau Sang Adam itu mungkin tidak berniat untuk melamar aku esok (matila), tapi semakin hari, harapan dia pada aku amat jelas.

Hujung Disember ini, aku akan bawa Deanna bercuti, tapi tadi aku survey hotel semuanya dah susah nak ditempah, jadi tengoklah mana yang ada. Dan niat asal aku sebenarnya, nak bertemu dengan Amir, nak tahu isi hati dia, nak tahu samaada dia masih berniat nak teruskan hubungan kami kepada yang halal.

Bagaimana kalau dia mengatakan 'iya', lagilah gelabah aku nak buat keputusan. Sejujurnya, kalau aku berkahwin dengan lelaki, aku agak gusar andai dia seorang vanilla, tidak dominan. Aku pernah dituduh gila oleh lelaki yang halal padaku, akibat kecenderungan aku. Jadi, haruskah aku menempah risiko itu lagi?

Dan aku tahu, aku tidak pernah akan dapat halal berkahwin dengan perempuan.

11 ulasan:

  1. Serahkan hati mu dan takdir mu kepada Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila hati tiada..hanya takdir yang diserahkan.

      Padam
  2. Jawapan dah ada. Tinggal lagi kekeliruan. Orang normal pun keliru, inikan pula mereka yg istimewa. Sesungguhnya tiada yang terlalu sempurna atau tlalu lemah. Iblis takut menangis

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak tiru jawapan lain pun tak pasti betul atau tidak,kan. haha

      Padam
  3. Jawapan dah ada. Tinggal lagi kekeliruan. Orang normal pun keliru, inikan pula mereka yg istimewa. Sesungguhnya tiada yang terlalu sempurna atau tlalu lemah. Iblis takut menangis

    BalasPadam
  4. Moga Allah permudahkannya dan Allah tetapkan hati awk pd tmpt yg diredhaiNya...amin..sy juga hrp ada jodoh sy tp sy ia bkn lah sstu yg mudah tp insyaAllah..jg dri dan slmt bercuti :-)

    -MFM-

    BalasPadam
  5. aku percaya, satu hari nanti engkau akan jumpa jalannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah, aku harap begitu.
      -MGDA

      Padam
  6. cerita hampir sama, namun perjalanannya berbeda, namun matlamatnya jelas. semoga kamu saya dan mereka punya kekuatan melangkah kearah kebenaran. keyakinan pada yang benar itu satu kesukaran dizaman postmodernism, semuanya serba keluar dari aturan. ya Allah, lindungi kami yang lemah. menapk menuju jalanMu. smoga kita utuh bersama panduan Rabbulalamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiyo..agak tinggi bahasamu kawan. takpe ..masih faham..hehe.. Insha allah.
      -MGDA

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...