"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Isnin, 17 Disember 2012
Antara insan...
Manusia itu amat lemah, selalu tertipu dengan dunia, bila berkasih mulalah bergantung hati, walhal selama ni dah biasa sendirian. Bertuah orang-orang yang sentiasa bersendirian, yang dihatinya cuma ada tuhan.
Dunia ini sebenarnya sangat menipu. Bila kau menyintai seseorang, kau mula lupa yang kau boleh teruskan hidup tanpa dia. Hati kau yang dah terisi dengan cinta pada dia itu, akan mula manja, mengada. Mula rasa sakit bila kau kecewa. Bila kau ditinggalkan. Kau lupa yang kau itu selalu meninggalkan tuhan. Berapa banyak kali dalam hidup kau, kau dahulukan orang dari tuhan? Banyak, amat banyak.
Walhal rahmat tuhan pada kau amat luas.
Pernah tebaca, kisah seorang nabi, diminta membina sebuah replika kecil istana, secantik yang dia mampu buat, ala-ala macam bina bangunan lego lah lebih kurang. Jadi setelah usai sempurna, Allah bertanya sanggupkah dia memusnahkan replika itu? Berat juga hati, dah nak membuatnya satu hal, ambil pula masa lama, bukanlah nak engkar, tapi mencuba nasib juga dengan jawapan..
"Sayang rasanya, setelah penat membina"
Lebih kurang macam tulah jawapan dia.
Lalu kata Allah, begitulah aku, mencipta manusia, walau bukanlah berat bagiku, tapi tidak akan aku menzalimi hambaku, melainkan hambaku sendiri menzalimi dirinya.
Seorang hamba Allah, telah berdoa pada tuhan ingin merasa separuh kasih Allah kepada hambanya, supaya dia tahu betapa besar kasih sayang Allah. Puas dia merayu dan berdoa.
Hinggalah satu hari, jiran hamba ini melihat dia tidak lagi berada dirumah, jirannya ini mencarinya merata-rata. Hinggalah disebuah padang pasir, disebuah bukit dia berjumpa jirannya tadi. Hamba yang emminta untuk merasa kasih Allah terbaring, hampir buta dan hampir tak dapat menyebut apa-apa, pemuda itu telah melupakan dunia, dan sebenarnya, dia hanya merasa kurang dari sezarahpun kasih sayang Allah pada manusia.
Manusia, selalu lupa. Apatah lagi bila menyintai, dia lupa pada yang pemberi cinta, dia lupa pada yang mencipta insan yang dia cinta, dia lupa.. yang memberi nikmat pada dia untuk merasa nikmat cinta itu.
Cinta itu seperti rusa, yang kau buru didalam hutan, kejar dan akhirnya kau akan sesat.
Dan dunia itu sekadar bangkai, segalanya akan mati dan segalanya akan kembali menyakitkan. Berapa ramai insan yang tertipu dengan cinta. Insan yang dicintai tidak akan selamanya berada disitu, dia akan berlalu pergi juga.
Akulah antara insan yang tertipu dengan tipuan dunia itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih atas peringatan :) . May Allah bless u
BalasPadamSama2 mengingatkan.
PadamSatu coretan yg sgt menarik dikupas dgn bek..peringtan yg penuh makna..moga2 kite teresap dgn peringatan n ksdrn ini..tqvm 4 de reminder..
BalasPadammay Allah bless u..pls b strong if not 4 u then do it owez 4 Allah our creator..insyaAllah u will find the happines n peace..n rmmber a lot of ppl who care 4 u..
-MFM-
insha allah.
Padamlike this entry :)
BalasPadamsaya tidak tahu kenapa org bercinta begitu. lupa ibubapa yg pernah menjaga lebih dari mana2 partner pun, dan tuhan yg memberi nyawa. the fact that perkahwinan is encouraged underscored the need of human to love one another. so if anyone is doing it at the expense of god, then it is their fault alone, instead of advocating singlehood as the way to fulfill life.
BalasPadamzhu, kita memang tidak pernah dapat meletakkan diri kita kepada orang lain. Kita tidak akan faham dan tahu apa yang mereka fikirkan. Ada orang memang diuji dengan kelupaannya pada tuhan. Tiada apa yang dapat dengan menghakimi, doakan dan berikan mereka peringatan. Namun orang yang sedang angau dengan dunia yang menipu,manalah mungkin terserapnya teguran itu ke hati mereka..
Padamthere is truth, it's a matter of realizing. yes the world can be deceiving, but truth, we still can't deny. taking responsibility for alluding that truth, that's another issue altogether.
Padam