Sebenarnya dah lama, aku nak menulis atas perkara ini. Dan harini, baru teringat dengan spontan.
Eh, aku bukanlah ilmuan yang menulis setelah mengkaji berpuluh buku, jika anda mahukan tulisan sedemikian, sila pergi ke blog-blog ilmuan yang terbentang untuk dibaca.
Satu perinsip aku, ujian seksualiti adalah universal.
Aku pernah punya seorang sahabat yang mengajar ilmu agama, tapi dihari tidak bekerja, dia menjalankan aktiviti-aktiviti 'luar biasa'. Dia malu, malu dengan dosanya. Dia tidak pernah memberitahu aku dengan terperinci siapa dia yang sebenar, namun hari demi hari setelah lama berkawan, sisi realiti itu akhirnya lengkap diminda aku.
Ujian seksualiti, terakam didalam al-quran sejak kisah nabi luth. Dan kemudiannya, disuatu waktu lagi, zaman para sahabat, pernah berlaku seseorang yang berwajah amat kacak, yang sering digoda lelaki-lelaki lain, dinasihati untuk pergi ke satu daerah yang lelaki-lelaki disana memang kacak-kacak belaka.
Terlalu banyak kisah orang-orang alim yang terbongkar sifat songsangnya, malamnya merintih sayu dan mengimamkan qiyamulail, siangnya mengurat anak-anak murid yang jambu.
Bagi aku, ujian bagi orang yang berilmu adalah lebih tinggi lagi. Nafsu tidak mengenal belas kasihan, malah nafsu menggunakan kuasa ultraman didalam jiwa seorang yang berilmu.
Dan kawan aku tadi, adalah seorang ustazah.
Bukan aku nak mengembar-gemburkan pangkatnya didalam masyarakat. Cuma aku nak tekan disini, ujian nafsu dan seksualiti tidak lansung memberi laluan kepada golongan berilmu, apatah lagi ilmu agama. Ianya adalah ujian sejak azali lagi.
Dan caci maki serta hinaan orang-orang awam kepada mereka yang berilmu ini apabila sesuatu kehinaan itu terbongkar, adalah ujian lagi kepada golongan berilmu tersebut.
Bukankah setiap perkara didunia ini adalah ujian. Lalu, apabila kita mengetahui tentang perkara ini, mengenali sipelaku, ujian pada kita adalah untuk memilih yang batil ataupun benar. Perkara batil adalah menurut tipuan dunia, dengan menghakimi sipelaku ini. Kebenaran pula, ini hanyalah sekadar pengajaran bagi kita, bahawa tiada satu manusia pun yang terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan, siapa kita untuk menghakimi.
Pilihan ditangan anda untuk menghakimi..dengan ayat-ayat "Ish..ustaz ustazah pun tak boleh percaya sekarang ni, buat maksiat juga, berzina juga, gay juga."
Sedar tak kita bahawa zina dan segala dosa yang berkait seks itu sekadar dosa, dan siapakah dari kita yang tidak melakukan dosa?
Atau pilihan kedua..doakan moga orang itu tabah, sering bertaubat, dan moga Allah kuatkan lagi hati kita dijalan kebenaran, mengambil kisah sipelaku tadi sebagai pengajaran.
Sepuluh tahun dulu, sewaktu aku duduk serumah dengan rakan-rakan seusrah, aku ternganga apabila mendengar kisah ustaz-ustazah dikampung kawanku yang ditangkap berzina. Setelah beberapa tahun kemudian, aku sedar, zina itu hanyalah dipinggir-pinggir pinggan makanan aku.
Dan aku paling suka membaca buku "Dosa" terbitan Buku Fixi. Mengisahkan kisah pelajar-pelajar pondok tahfiz yang mencari adventure hingga menjebakkan mereka kepada dunia homosexual, dadah dan parti-parti liar.
Siapa tahu, mereka yang kita kutuk kerana terdengar nya berita mereka terlibat dengan keruntuhan moral, songsang dan zina, malamnya merekalah abid (ahli ibadah) yang paling banyak menangis kerana taubat pada yang Esa.
Kita? Tidur terbongkang penat main game.
terbongkang letih mentekedaghah... hehe.. erkkkkkkkk! alhamdulillah..
BalasPadamAlhamdulillah
Padamwau...jadi org yang berilmu bernafsu songsang mungkin lebih baik kot..hehe..
BalasPadamApalah yg lebih baiknya dik. Ujian lg hebat.
Padam***tutup muka dgn gebar************** hari ni aku hanya percayakan apa yang ada di dalam quran... say no evil... c no evil hear no evil
BalasPadamQuran mmg sumber yg perfect. Namun marilah kita sentiasa berbaik sangka.
PadamOk.
BalasPadamSalam...macam mana ye kalau nk contact saudari?
BalasPadamEmail saya malaikatgelapdarkangel@gmail.com
Padamaik
BalasPadamabis ape ustazah tu buat?
tetap perbuatan tidak bisa menghalalkan cara...
BalasPadamya, mungkin lebih baik menyesal di malamnya sujud pd Yang Esa tetapi tetap perbuatan itu tidak menghalalkan cara, lebih2 lg perbuatan yg berulang. manusia spt kamu dan aku mmg ada niat utk berubah tetapi seringkali gagal kerana yg kita lihat adalah sisi perubahan luaran. yg tidak bisa dilihat olh mata kasar org lain. sdgkan jiwa kita tahu dan celik, malaikat di kiri kana tahu dan celik... Allah tidak buta. tetapi yg pertama kita cuba ubah adalah luaran. Luaran yang menyembunyikan segala jijik di dalam. lalu ikhlas nasihat aku: ubahlah yg di dalam terlebih dahulu krn yg di dalam itu dilihat Allah secara terus berbanding apa yg bisa dilihat manusia. kamu mahu kekuatan? kekuatan pun datangnya dari dalam dan tidak bisa dilihat olh manusia. kekuatan bukannya dtg dr ubah luaran kamu...
pertama kali aku tulis di sini... :) perhalusi, bukan aku menghukum sesiapa. aku pun manusia berdosa