Halaman


Sabtu, 13 April 2013

Memilih untuk tidak memilih



Demam masih belum kebah, ada waktu rasa demam tu amat kuat, hingga lelangitku luka kerana panas.

Aku cuba rapat dengan seseorang, dan cuba untuk tidak menghubungi Deanna. Tapi aku tewas. Walau cuma sekali dua mesej Deanna yang masuk, tetapi kata-katanya membuatkan aku dihargai.

Aku tak biasa melalui rasa yang dingin,

Deanna kekasih terbaik ku saat ini. Sepanjang aku terlantar, fikiran aku hanya pada dia.

Lalu aku terfikir, andai aku berkahwin, tidak adil kerana aku akan membandingkan kasih sayang Deanna dengan orang lain. mungkin aku boleh minta untuk dibuktikan cinta. Tapi kebanyakan lelaki yang aku kenal, sekadar pengecut. Akan meradang dengan ego atau sekadar menarik diri kerana tidak mahu ego dipertandingkan.

Aku suka membaca tulisan seorang blogger ini. Bagi, aku tidak ada salahnya andai aku terus berjuang seorang. Dan aku tidak akan pernah seorang. Zaman aku mengharapkan bimbingan seorang khalifah dah berlalu. Mereka tidak wujud. Untuk aku.

Lalu, aku memilih untuk tidak memilih. Berapa lama? Hanya tuhan yang tahu.

Dan pilihan ini lebih mudah, walau untuk hidup dijalan ini adalah sukar.

10 ulasan:

  1. Ermmm.... ooo...... phm2..

    BalasPadam
  2. Moga cepat sembuh Mgba

    ~Jaa~

    BalasPadam
  3. semoga berbahagia dengan pilihan

    BalasPadam
  4. mungkin cuba habiskan masa dgn rakan2 dpt lupakan sikit ingatan kpd dia..bila terlalu ingatkan dia, cuba fikirkan sesuatu y lebih menggembirakan hati mgda..InsyAllah boleh tu :-)

    MsA

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah...sy tiada kawan disini. Di alam realiti.

      Padam
    2. rakan sekerja? pandangan sy, xsemua org memandang atau memilih kawan.. cuma kadang-kadang, segelintir org tu y suka menjadi batu api.. tapi sy yakin.. mgda pasti boleh.. percaya pada diri.. kuatkan semangat.. :)

      MsA

      Padam
  5. Eh..mn pegi komen sy? Ala penat taip td :(
    Long story short, sentiasa doakan yg terbaik ya. Yg penting sentiasa memilih utk mncari redhaNya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...