Ceritanya begini, aku punya seorang sahabat gay yang baru mendirikan rumah tangga. Aku amat menghormati dia kerana amat ingin untuk merealisasikan perkahwinannya. Dia amat ingin membahagiakan isterinya.
Walaupun bukan mudah kerana tidak dapat disangkal insan-insan yang mempunyai naluri yang bukan biasa, sukar untuk melakukan sesuatu yang kebiasaan bagi orang lain. Banyak deria rasa yang perlu dipupuk dan dilatih.
Namun aku amat-amat mendoakan dia berjaya menjadi suami yang soleh dan pemimpin bagi keluarganya. Kerana usaha yang ditunjukkan bagi aku, bukanlah alang-alang.
Dan paling penting, dia tidak malu memohon pertolongan.
Di akhir perbualan kami, dia ucapkan terima kasih, dan dengan selamba aku kata.
"Its okay, saya memang minat benda ni"
Haha.
Aku memang minat perempuan, aku memang minat melakukan hubungan batin dengan wanita, apa yang tiada, ialah aku tidak punya aset yang boleh menerbitkan zuriat.
Sambil berbincang dengan dia, ditangan aku adalah buku Permata Yang hilang, yang pernah aku pujuk bekas suamiku untuk membacanya. Akhir sekali, aku pula yang membacanya dari kulit-ke kulit. Buku ni dihadiahkan oleh kawan aku, aku pun tak tahu nak cari kat mana. Masa cerai dulu, teringat juga aku nak bagi buku ni pada bekas suami, yelah mana tahu dia ada rezki dengan wanita lain. Tapi fikir balik, lantaklah, dia lelaki pandailah dia cari sendiri.
Kalian nak salinannya? Boleh email dan poskan wang utuk fotostat dan kos penghantaran. Kahkahkahkaahkahkah.
Aku tahu boleh saja dapat dalam format pdf, tapi..kalau dah biasa pegang buku, tak puaslah kan tengok yang pdf.
Sebenanrya, ini bukan kali pertama aku buat kerja ni, menolong orang dalam bab nafkah batin. Dulu masa zaman-zaman irc lah..dan juga antara kenalan pun, ada juga yang aku tolong. Apa yang aku tolong?
Aku beritahu apa yang perempuan suka. Apa yang perempuan rasa. Apa yang perempuan nak.
Dalam buku ni kerap bagitahu, setiap perbuatan suami untuk menyukakan isteri beroleh pahala. Malah rasulullah sendiri menyeru agar sekiranya suami isteri melansungkan nafkah batin ini, dibuat secara bersungguh-sungguh. (matilah, ayat takleh blah)
Kadangkala dalam aku menunjuk ajar tu, aku dok terbayang, bestnya dapat isteri depa. Eh, aku manusia gak. Dah lah biseksual, danggg (sound effect batu-bata terhempap kat kepala).
Seksualiti, seksualiti, ni semua mainan aku sejak dulu. Minat aku sejak kecil-kecil lagi, dan itu juga yang membuatkan aku terjebak dalam bdsm, dan paling sedih, bdsm memang ada dalam darahku.
Nak tanya aku tentang nak bagi nafkah batin pada perempuan, aku tahulah. Tapi tanya aku pasal lelaki, arghhh..salah orang. Lelaki ni amat complicated, dan jujurnya, aku hampir dungu kalau tanya tentang lelaki. Aku mungkin memang loser bab lelaki. Takpelah, aku redha.
Eh, memang kadangkala aku ni ada juga cita-cita nak jadi ahli seksual terapi.Kehkehkeh.
Takpe biar aku jadi patient ko nanti..hehe
BalasPadamparah kau ni riyya, aku cuma bagi tips pada orang yg dah kahwin je
BalasPadamKalau nak tahu saya dah beli buku ni sejak umur awal 20an dulu, sekarang dah 45 tahun. Buku ni masih tersimpan dalam rak didalam bilik... pastinya isi kandungnya masih sama sebab title penulis semuanya sama...Hmmm jap lagi nak bukak balik baca....:)
BalasPadamMungkin sbb bro najmi tak minat kot. Wah..nnt dah minat baca..boleh lah bro kahwin..hehe. gurau je bro..tp apa salahnya..kan.
Padam