Aku dan dia hampir membicarakan tentang perjumpaan dengan keluarga. Dan aku rasa kerana aku punya rasa kasih pada dia, maka bila kami mula menghubungi, kami terus mahu ketahap yang serius.
Tapi, entah kenapa mungkin kerana demam selama 5 hari. Aku jadi ragu. Benarkah dia boleh menyayangi aku lebih dari Deanna menyayangi aku, atau sekurang-kurangnya setara.
Kalau aku nyatakan kerisauan ini, pasti sahaja dia merasakan ego nya tercabar. Dan aku tidak berterus terang pun yang aku masih menyayangi Deanna.
Bagaimana ingin aku lupa cinta kasih aku pada Deanna, bila aku sakit, dia yang bertanya keadaan aku, dia yang menawarkan untuk membawa aku ke klinik.
Ada apa erti cinta, kalau tiada rasa.
Ada apa erti cinta, kalau membuat kau sepi.
Cukuplah.
Cukuplah.
Cukuplah.
Cukuplah, aku mencuba mencari jalan dengan makhluk bernama adam.
Biarlah aku bercinta dengan segala cinta terlarang. Cinta yang lebih membuatkan aku bahagia. Mungkin tiada rezki ku untuk dikasihi sang adam.
Tapi aku janji tidak akan berzina.
Kalau ada sang hawa yang sanggup mengasihi aku tanpa nafsu, aku disini. Hidup ini terlalu sepi untuk sendiri. Dan aku pun tidaklah begitu kuat untuk menanggung kelukaan yang bertubi.
Aku bukan kalah, tapi aku akur pada sesuatu.
rasanya kalau mampu dan yakin, boleh go on dgn si adam.. tp andai takut, boleh hold on rasanya.. sebenarnya ada ja si hawa y mmg jenis mengambil berat atas dasar persahabatan :) apa2 pun, tabahkan hati :)
BalasPadamMsA
Yep tgh hold on.
Padamtk phm entri hang ne..
BalasPadamTak tercapai dek daya fikiran hang
PadamKdg2 bile kita mahu berbuat sesuatu yg baik (cth berkahwin) syaitan ni suke berbisik n timbul la keraguan dan ketidakyakinan.
BalasPadamApa2 pun, sentiasa berdoa padaNya agar ditunjukkan jln yg betul :)
Inshaallah
Padamtetapkan pendirian.. kami menyokong perubahan ke arah kebaikan. chaiyok2!
BalasPadamThanks.
Padamjawapan formal saya istikarah..dan tawakal..
BalasPadamkadang kala kita rasa tak mampu nak hadapi namun dengan rahmat pertolongan Allah segalanya mudah, dan kadang kala kita rasa mudah untuk kita hadapi tapi berbeza pula kehendaknya.
jika membawa ke arah kebaikkan apa salahnya.
Sdg beristikharah.tp entahla..sy tawar hati dah sbnrnya.
Padamcompile sume mende dlm blog neh n u got novel xde ending .. style~
BalasPadamNanti bila sy brhenti menulis..itulah ending dia.huhu
Padamtp kan...sebenarnya syok juga solo2 ni....tak pyh nak fikir jaga ati buah ati....
BalasPadamyg penting bebas utk buat keputusan sendiri...yg nak dijaga hati pun cuma family je....
~Jaa~