Kadangkala aku tertanya apa akhirnya cerita hidup aku.
Umur aku nak menjangkau pertengahan 30 an. Baru minggu ni aku pergi pemeriksaan kesihatan, keluarga ada sejarah diabetik dan darah tinggi. Nak tak nak kesihatan kena jaga sikit (tu pun bila ada orang remind..heehe).
Kadangkala bila aku terkenangkan Deanna, aku selalu fikir, biarlah aku seorang diri, selagi kasih aku ada pada dia, walau aku memang akan berjuang ke akhir hayat aku untuk tidak menyentuh dia.
Kerana satu perkara. Andai ada jodoh aku didunia, aku tak pandai nak bersembunyi. Aku mudah rasa bersalah. Bagi aku, biar orang itu tahu aku ada rasa kasih pada seseorang yang bukan adam, dan orang itu cuba untuk membuatkan aku menyintai dia lebih dari aku menyintai Deanna.
Amat sukar untuk aku menelan sekali lagi sebuah ikatan halal tanpa kasih sayang.
Selagi hati aku tak menyintai lelaki yang halal itu (andai ada) lebih dari aku mengasihi Deanna, selagi itu aku akan dihantui rasa bersalah.
Pernah aku hampir terluah pada ahli keluarga ku...betapa disayangi dan mengasihi seorang wanita itu jauh lebih mudah.
Pernah aku terfikir..mungkin makhluk bernama adam memang fitrahnya dingin, tidak mahu disentuh apatah lagi menyentuh.
Ah kalau begitu..memang sengsara sahaja yang menanti.
Aku dan Deanna umpama pelengkap. Dia suka diraba dan aku suka meraba. Itulah kebahagiaan dunia buat aku, bila bersama dia.
Cuma halal dan haram yang menghentikan segala.
Bolehkah seorang Adam mengasihi aku lebih dari kasih yang diberi oleh Deanna?
Jika sengsara bersama yang halal. Baiklah aku memilih seumur hidup menentang yang haram.
betul2.. :)
BalasPadamapa yg betul?
Padamkita sedang diuji mgda. mmg apa yg diharamkan tu sedap ikut tafsiran nafsu dan akal tetapi tidak iman. jagalah iman sbb itu akan temani kita ke sana
BalasPadamperittttttttttttttttttttttttttttttttt
Padambetul..yang haram itu sangat seronok.untuk tinggalkan semua merupakan satu beban yang sangat berat.kenapa????
BalasPadam-np-
entahhhhhhhhhhhhhhh..
PadamDear MGDA...kita back to basic yer...apa yang ko cakap ni sebenarnya berdasarkan kepada hukum perkahwinan itu sendiri..
BalasPadamHukum hukum perkahwinan dalam Islam
Wajib : kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.
Sunat : kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus : kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
Makruh : kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
Haram : kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Pada pandangan aku, kiranya ko tiada nafsu pada lelaki ko dikategorikan HARAM berkahwin kerana ko akan kelak menganiayai suami ko dari segi nafkah batin jika sekiranya ko x benarkan dia sentuh ko.
tapi masalahnya ko juga wajb kahwin macam si Riya tu bilamana x tahan nafsu dengan seringkali melancap sorang2 jerk.
Cuma dari segi ini, samada ko wajib @ haram berkahwin kene tanya pada diri ko..samada dengan kawin ko boleh sebabkan laki ko derita & tambahan pula ko boleh kawal nafsu ko.
Jika ko x boleh kawal nafsu ko n ko plak bila kawin boleh sebabkan laki ko derita ikut anjuran Nabi...iaitu puasa.
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.
(Shahih Muslim No.2485)
Cuma ko kena paham lah maksud puasa tu. Puasa tu menahan diri. Bukan menahan perut dan mulut dari makan. Puasa tu ko kena tahan mata ko lihat perkara hara,. Tahan fikiran ko fikir Deanna. Tahan diri ko dari pikir pempuan. Dan banyak lagi tahan diri yang ko kene buat. Tahan kaki pergi ke tempat lesbian, tahan jari google blog les...tahan diri dari kawana dgn puak2 PLU (yang tobat ok la) macam2 la..bukan x makan n minum je puasa tu
aku cuma tertarik dan benar yang dikatakan oleh Ustaz Zaharuddin tentang masalah x boleh kawal nafsu hingga melancap. Cuba baca disini :
http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282-hukum-onani-lelaki-a-wanita.html#comments
Arjuna, kau tak puas hati tolong email aku la, aku tak gemar la kau cakap benda2 terlalu direct dekat sini. Aku pun tak cakap benda2 direct sungguh kat sini ok.
PadamSegala2 hukum onani bagai..hukum lesbian ke hukum kahwin ke aku pernah post pun kat sini.
Jangan tunjuk sangat sikap lelaki kau yang kasar tu kat sini.
Please email.
Umm aku sibuk kebelakangan ni. aku dah baca ko pasal isu mengkritik ni..
BalasPadamBila aku baca balik entri ni baru aku paham kenapa ko buat entry tu. Gini lah MGDA, masalah lesbian n bisex ni bukan masalah mazhab tepai ianya ijmak ulamak..Benda yang terang2 salah..
Apa yang aku watni hanyalah kerana entri ko (& juga riya) ada yang perlu ditegur. Mengambil cara Rasulullah, nasihat ketika kesalahan berlaku. bukan selepas ianya berlkau. Lebuh2 lagi pulak ko buat entri di blog yang boleh dibaca semua orang. jadi xkan lah aku nak emel ko..aku jawab la supaya orang yang membaca tau mana salah n mana betul. itu je..
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Mngkin ko terasa pahit tapi itulah hakikatnya. Cuma kalau aku salah dalam mengur dan tidak beerhikmah aku minta maaf la..
Aku akui aku pun salah menceburkan diri dengan blog ko (& juga riya) tapi setelah banyak perkara berlaku aku tarik diri la. aku berlepas diri dari apa yang ko wat. aku telah buat apa yang terdaya. Semoga Allah mmeberi kau (& riya) hidayah & taufik dan dgn itu ko (&riya) terus tinggalkan perkara ini.
Salam...
Aku lupa..lelaki memang kena cakap direct.
PadamSila email saya..kerana saya ingin mengetahui tentang anda.
..