Ada seorang rakan bertanya aku, kenapa aku masih aktif dengan akaun MG DA didalam facebook dan aku juga masih berjumpa dan bergaul dengan rakan-rakan sengetians. Sedangkan kebiasaannya mereka yang nak berubah akan terus meninggalkan perkara ini dan terus tidak berhubungan.
Jujur aku katakan aku pernah beberapa kali begitu. Senyap malah pernah beberapa kali meng nyah aktifkan akaun MG DA.
Cuma kali ini, aku bertekad untuk terus hidup dengan identiti MG DA. Walau dah banyak benda berlaku pada batang tubuh MG DA ini, andai dia seorang manusia.
Pertama sekali, aku tidak mahu berjuang sendirian. Ramai rakan yang berkali-kali, lepas break up..ayat ayat dia macamni..
"You, I nak jadi straight, i tak nak cari girl lagi"
"Tolong, carikan saya lelaki, saya taknak dah dengan pengkid, taknak dah dengan andro, semua penipu"
Berpuluh kali aku dengar, Dan lepas tu, aku dipaksa melihat kebahagiaan kalian bersama kekasih berjantina perempuan juga.
Maafkan aku, andai ayat ini ayat kalian, samada kalian pembaca senyap ataupun sebaliknya.
Aku tak pernah kata aku kuat. Aku sebenarnya meminjam kekuatan dari ramai orang yang Allah temukan pada aku, apabila aku bertekad untuk berhenti. Tapi aku ingin berdiri disini sebagai MG DA yang dulunya berzina dengan wanita, yang dulunya mengamalkan bdsm. Malu? Malu dengan dosa ya. Jauh sekali nak rasa bangga. Tapi aku tidak mahu menjadi hipokrit yang menidakkan segalanya.
Aku tidak pernah berniat menjadi lurus. Tidak pernah mahu lupa yang aku pernah mencintai dan hingga kini aku masih bernafsu dengan perempuan. Kau boleh letak lelaki disebelah katil aku..mungkin lambat sikit aku nak fikir apa-apa. Tapi andai kau letak perempuan disebelah aku, belum sempat perempuan tu mendarat di katil, jantung aku dah berdebar-debar, otak aku dah jauh melayang.
Diulang, aku tidak pernah berniat menjadi straight!
Aku cuma mahu menjadi hamba Allah, yang Allah redha. Kalau aku berniat menjadi straight, boleh saja, aku mencuba berzina dengan lelaki, peluang ada dimana-mana, sama sahaja.
I am equality believer.
Kepercayaan semua manusia mempunyai hak yang sama untuk hidup dan dihormati. Tidak pernah aku setuju dengan penentangan masyarakat terhadap kehadiran golongan LGBT. Tidak pernah aku bersetuju dengan mana-mana diskriminasi dan prejudis. Baik perkauman, baik diskriminasi kepada ODHA (Orang yang hidup dengan hiv dan aids), baik diskriminasi terhadap jantina, kasta hidup.
Aku percaya, kau pak imam kah, kau gay kah, kau transgender kah, kau hiv kah, semua...semuanya manusia, darah kita sama, hati kita sama.
Ketidak setujuan aku cuma pada pengiktirafan hak pada yang salah. Hak untuk disamakan hak suami isteri yang diakad, dengan kekasih sejantina, maaf. Itu tidak akan pernah sekali aku setuju. Malah aku akan menjadi penentang yang paling gigih dan kuat untuk itu.
Walau sejuta kali kau bersenggama bersama kekasih, tetap termaktub, hak suami isteri itu untuk lelaki dan wanita yang diakadkan.
Namun, setiap penindasan dan kezaliman yang berlaku keatas sesiapa, tidak akan aku redha.
Bukan aku seorang yang sempurna dalam perjuangan ini. Namun, aku akan tetap berdiri disini, Dengan setiap ruang kemampuan yang aku ada.
Kerana itu juga group jalan pulang, aku buka kepada semua PLU, tanpa mengira jantina. Walaupun aku akui, sasaran kumpulan ini lebih tertumpu pada perempuan, namun, kisah kita, perjuangan kita sama. Menuju jalan yang Allah redha, dengan ujian seksualiti ini.
PS: Maafkan aku buat semua kawan-kawan dan pembaca yang straight tentang entri aku yang bertajuk si penghakim dan siprejudis. Itu adalah respond aku secara spontan apabila situasi begitu berlaku. Sepuluh jari aku pohon, maafkan aku, maafkan aku. Aku akui, tulisan aku saat itu dengan emosi marah yang masih berbaki.
WAu.....
BalasPadamEwau bulan
PadamApology accepted.hihi :)
BalasPadamTerima kasih.awak
PadamI admit, i was too among the judgemental people..but bile bestfriend sy confessed yg dia adlh plu, sy mmg jauhkn diri pd mulanye. Tp sy rase kwn sy perlukan sy dan sy cube memahami perasaan dia. N lama kelamaan sy brjaya buang sikap judgemental itu..
PadamYou`re doing the right thing by not leaving ur friends. Sentiasa doakan utk mereka :)
i setakat ni okay, cuma agak trauma dengan anybody yang i sense ada evil mind.
PadamI straight okay!! Heheheh!
BalasPadamSiapa pun kita, memahami ujian Allah yg pnting. Jk xdiuji dgn hiv, pkcik pun judgemntal rsenya.
Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Yes I know uncle pie straight.
Padamjangan sesekali diputuskan silaturrahim itu...
BalasPadaminsyaAllah ada yang baik menanti di penghujung jalan seandainya kita istiqamah dalam berjihad melawan hawa nafsu...
pesanan tuk diri sendiri juga...
selamat bertabah kawan!
Tidak sekali, inshaallah. Cuma aku yanh sering dijauhi dan disalah sangka.
PadamTakpelah. Sungguh hanya Allah yang faham.
Ok- nie pendapat aku je kay...mungkin boleh jd satu buah pikiran utk dipikir-pikirkan...
BalasPadamFirst-define ape makna 'seorang hamba Allah yg baik'
Second-appreciate kejadian tuhan tanpa melupakan tujuan kita diciptakan...yes, PLU but we are all created to worship Him- SO?...SO my point is, kita kene redha bhw kita diuji dengan perasaan menyukai sejenis...
Third-define redha- Redha bermakna menerima dgn hati yg terbuka..so relate back wif point 1 and 2...kita redha kita perempuan yg menyukai perempuan..kita redha kita diuji..tp kita juga sedar bila sudah diciptakan sebg seorg pompuan..maka otomatiknya jodohnya lelaki...even takde jodoh kat dunia..jodoh di akhirat bukan dengan bidadari...tp masih dgn lelaki..(pemuda-pemuda Syurga is called Wildanun Mukhaladun kalau tk silap)
Hidup adalah satu perjuangan...Tp artikel ko yg ni bagi aku tidak kedengaran spt sebuah perjuangan...
setelah saya scroll, saya tak de pun tulis ayat..'hamba allah yang baik'
Padamtapi definisi saya, hamba Allah yang baik ialah yang menurut perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
kedua, saya sebenarnya tak begitu faham apa yang anda cuba nyatakan, tapi saya juga dapat rasa, anda tak begitu faham, apa yang cuba saya sampaikan. Ya, memang dah lama saya terima naluri ni, dan kerana itu saya tidak menafikan. Tentang jodoh di diakhirat, kalau dah masuk syurga pun dah besar rahmat, ni nak minta apa lagi, kalau takkan ada bidadari untuk saya, takkan saya nak keluar dr syurga kot.
Namun, saya pernah terbaca, tapi saya tak ingat ayat atau surah mana, disyurga nanti semua yang diinginkan oleh nafsu akan ditunaikan. wallahualam.
Maksud saya takkan mampu jadi straight, ialah, saya takkan boleh hilangkan naluri dan nafsu pada perempuan, saya hanya boleh kawal. namun untuk pengetahuan anda, saya bukan 100% lesbian, saya pernah jatuh cinta dengan lelaki dan ada ketika dan caranya (which i dont want to say) saya ada rasa pada lelaki, namun tidak mudah.
perjuangan bagi saya disini, ialah MGDA tidak lagi mahu flirt atau bercouple, dia hanya mahu berjuang untuk berada dijalan yang Allah redha, jauh dari maksiat silam. Dan untuk itu dia mahu berjuang bersama2 rakan PLU yang inginkan perjuangan mencari redha ALlah.
kalau bagi anda, mencari redha Allah bukan satu perjuangan.
Saya minta maaf, saya tidak faham anda.
Bukan perjuangan? Mudahnya bercakap...
PadamKenapa? Sebab dalam artikel itu, penulis cakap dia tak nak berubah jadi straight? So, ko rasa penulis tak berjuang la...
Short minded person...
How if in the heaven (insyallah), I asked Allah to give me a guy as my lover, as a reward for my fight with this feeling in the world? Tak boleh ek? Oh, so kalai ikut definisi perjuangan ko, kami kena berjuang jadi straight, gitu? Bullshit
u could be one of the character in assmara songsang, in fact u could be d main character.. :)
BalasPadamapa anda mengarut ni?
Padamaku cuma sedih ko mengaku xnak jadi staright seolah2 ko kata ko xnak bertaubat..
BalasPadamIngat kisah isteri Nabi Luth yang diajak oleh nabi Luth untuk keluar rumah tp dia masih berdegil hendak bersama kaumnya yang dilaknat Allah? Akhirnya apa jadi? Mereka diangkat ke langit dan diterbalikkan tanahnya ke bumi semula.
Simbolik ajakan Nabi Luth itu adalah ko kene tinggalkan kaum yang melakukan kemungkaran itu. Bukan bersama-sama mereka kerena laknat Allah akan bersama kau.
Tapi dalam keadaan ko mengumpulkan PLU yang ingin bertaubat itu adalah dipuji. Ko tergolong dalam ayat nie :
Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan, dan jangan pula engkau bertolong-tolong dalam perkara mungkar” (Al-Maidah: 2)
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14
Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.
Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan
mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan
kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah)bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak erhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk
mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah
menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth,sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah
Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”.
@Asmara Arjuna...aku ingtkan aku sorang je yg tk paham artikel nie..rupenyer ko pon tk paham..hahahaha..
PadamMaaf yer MGDA...sy rs sy tk paham kot artikel awk kali ini...sbb seolah2 cam berserah pada takdir...
Cume ttg isu hilangkan rs pada pompuan tu sy tk brape sure...sbb skang nie...bile sy menjauh dr gf sy...sy takde plak rs terangsang ke ape kat pompuan len...sy pon penah ade bf...
tp skang nie;...after everything happen..tkde rasa kat dua2..cume ade rs nak berubah jadi baik..
tp itu sy...sy tak sure org len camne...
maksud sy...artikel awk kali ini seolah2x awk berserah bulat2x pada ujian yg diberikan Tuhan...camtu la pemahaman sy...sy rs sy silap kowt...
Padamdan sy setuju ngan Asmara Arjuna...kene tinggalkan PLU2x yg masih lagi prektis amalan2x songsang tersebut...bukan menghukum mrk...tp menolak dgn cara yg baik...sbb selagi kita dkat dgn mende2x camtu...senang teringat kat amalan2x songsang tersebut...kire kene plih kawan betul2x la...kalau PLU yg masih prektis amalan2x songsang tu...hmmm....baik jgn rapat sgt...tp again..nie aku nyer opinion je...
PadamOkaylah kelemahan saya dalam memberi kefahaman tentang apa yang saya rasai.
BalasPadamFor atashinchi, I have high hormone. Even I already stop with my gf, my lust towards woman still high. Until now, I never feel less.
For asmaraarjuna,kalau kat dunia ni, saya cuma akan berusaha untuk jadi straight bila saya dah kahwin, dengan syarat lelaki tu boleh bantu sy jadi straight. Kalau tak, saya rela je jadi siapa saya sekarang.
jom nikah..huhu
Padamtambahan..ko jangan sesekali hampa dan berputus asa dengan kesungguhan ko tu..Allah dah janji :
Padam“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.” (QS. al-Ankabut: 69)
Jadi, ko kene sungguh2 lupakan dan jauhkan naluri songsang ko tu, Allah kata pe? Allah jamin :- Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.
Cuma dlm hal ni kesungguhan itu yang perlu kita pelajari & cari...
sabar sayangku....ingat Allah bersamamu tetapi ingat juga...Setan menghasutmu...Iman pelindungmu
aku rasa aku kenal kau. jangan sekadar berani dekat blog ni. nak cakap terang-terang. jadi lelaki, jangan sekadar berani kat blog ni.
Padamsy sentiasa mengikuti pkembangan anda.anda sebenarnya cukup kuat untuk menangani konflik dalam diri anda sendiri.saya juga seperti anda,tapi masih tidak mempunyai kekuatan untuk keluar dari sisi gelap ini..apa pun anda inspirasi sy..tahniah
BalasPadamThanks..
PadamApa yang saya faham dr artikel ni adalah keinginan seseorang untuk menjadi hamba Allah yang sebenar iaitu cukuplah boleh di katakan tidak melakukan zina.. walaupun nafsu dan perasaan terhadap wanita ada.. ermm mungkin xdapat jadi normal namun tidak mahu terjebak lagi.
BalasPadamwallahualam.. sama2 la kita bermujahadah dengan kelemahan kita.
Benar AO
PadamSaya faham artikel ni. Saya rasa orang yang tak berapa setuju dengan artikel ni, sebab penulis tak bercadang berubah jadi straight.
BalasPadamWell, saya masih muda, ada perasaan gay, though xpernah lagi tersasar buat yg bukan-bukan...
Tapi, jujur saya katakan, it is almost impossible, perasaan ni akan hilang, in fact dia akan kekal sampai saya mati.
Saya sendiri pernah menafikan yang saya Gay, cuba habis-habisan untuk suka perempuan tapi fail jugak... Almost suicidal i struggle
Thus, the first thing yg heal saya, terima. Kemudian, make peace with it. Dan letakkan batas-batasnya... alhamdulillah, i am stictly a practice Muslim will and will always...
Saya, macam penulis. Telah sampai ke konklusi, perjuangan saya adalah menahan diri dari lakukan maksiat. Sebab perasaan ni sentiasa ada. Tiap hari saya jumpa laki2 menarik, sentuh bahagian badan lelaki, kadang2 terpaksa tengok bahagian sulit as i study medicine. That is my perjuangan.
Cuba jadi straight? How? Berkahwin? Is marriage a real solution? You answer it yourself? As penulis mention, cuba jadi straight dengan bercouple, berzina? So, how?
Totally secclude once self also is not a solution either...
Beinh straight is also my dream, but how? What is the way? Thus, meanwhile I so-called try to be straight, isn't it better to accept myself. Itu bukan nama perjuangan. As i read through the comment, yang xsetuju tu pun PLU. Mungkin boleh share, macam mana awak buat untuk jadi straight...