Halaman


Khamis, 7 Mac 2013

Bukan Ubat kuat tongkat Ali


harini ini tiada kata-kata. Kata orang, kenapa berhenti berharap? Aku cuma berhenti berharap pada dunia, kerena telah terlalu banyak nikmat yang aku kecapi, andai apa yang bukan aku miliki, itulah yang bukan rezki dan hak aku. aku cuma ingin 'pergi' dalam redha dan tidak sebagai penderhaka. Jika ujian datang dan aku yakin hidup ini sekadar mengurus ujian...kuserah segalanya pada yang Esa. Dan aku yakin dia pemberi jalan penyelesaian.

Ada orang bertanya, bagaimana aku sekuat ini. Tidak kawan, aku tidak lah sekuat apa. Dan aku yakin ujian kalian lebih dasyat lagi. Aku ini sekadar melepaskan satu persatu, dan itu pun masih bersisa.

Bila tekad nak berubah dan nak berhentikan semuanya kerana Allah, bantuan Allah pasti datang tanpa disangka-sangka. Aku pernah menyangka dengan perkahwinan aku akan selamat dan berubah. Rupanya tidak. Benar kata Deanna dulu..

"If God cannot stop you, how a husband can stop you?"

Sebelum berkahwin, aku pernah berkali berhenti, doa dengan sangat pada tuhan, dan memang Allah bantu dengan pelbagai kejadian. Tapi kemudiannya Allah juga akan datangkan ujian yang makin besar, dan semuanya itu untuk mengajar aku lebih kuat, kerana Allah maha Penyayang.

Selepas gagalnya perkahwinan itu, aku masih juga 'bersama' dengan Deanna, namun rasa bersalah dah amat tinggi. Mungkin proses perceraian dulu buat aku semakin kuat dengan Allah, solat malam selalu, kerana perkahwinan itu terlalu dasyat buat mental aku. Merayu dan merintih disejadah itu menjadi amalan, tabiat manusia, bila buntu dan sukar dia akan mencari Allah, bila senang..dia mencari yang lagha.

Dan selepas perceraian itu, aku mula tenang, dan waktu itu dah bertekad, itulah sebesar-besar pengajaran Allah, perkahwinan tidak akan menghentikan aku, malah apa-pun tidak akan menghentikan segala onar dan penderhakaan yang aku buat.

Hanya dengan rasa bertuhan.

Ya, hanya dengan rasa itu yang akan menghentikan aku. Dan bila hati mula berniat berubah kerana Allah. Allah temukan dengan orang-orang yang membantu.

Pertemuan aku dengan sahabat blogger yang hebat, membuatkan aku tekad. Aku diberi nikmat kesihatan dan umur, sampai bila lagi akan aku bazirkan dengan dosa yang meresahkan diri?

Syawal 2012, aku berterus terang, dengan Deanna, dimana beberapa hari sebelum tu, kami masih bermukah sesuka hati, dan setiap kali ia berlaku, aku makin resah, aku makin derita, walau selepas nikmat dunia yang beberapa jam itu. Dan tuhan bagi kekuatan pada aku, untuk berterus terang menyatakan pendirian aku pada Deanna, bukan mudah, kerana dia pengikut Katholik, dia mempersoalkan semua asbab yang aku nyatakan.

Satu demi satu. Aku leraikan.

Dan semuanya, Allah bantu. Malah semuanya..Allah gerakkan.

Aku sedar, ujian yang kawan-kawan lalui adalah amat hebat lagi. Namun, aku doakan semuanya akan menemui penghujung yang baik dan Allah redha. Moga kita sentiasa diberi hidayah, amin..yarabbal alamin.

ps: aku selalu rasa nak gelak tengok iklan-iklan ni, dalam masa yang sama, aku simpati..siapa kata mudah menjadi lelaki?



8 ulasan:

  1. SENANG JE JADI LELAKi..tak payah fikir sal aurat and leh bebas..hehe..

    BalasPadam
  2. Bagus, positif artikel ni moga Allah kurniakan yang baik-baik amin

    BalasPadam
  3. very inspirational. perjuangan dalaman paling susah dalam apa jua keadaan. semoga kekal kuat dan berterusan hidayah Allah ke atas kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup ni..ditgn tuhan. Moga pengakhiran baik..jua ditgn yg Esa.

      Padam
  4. errr...errr... err...
    alhamdulillah pakcik tak perlukan ubat tahan muntah
    (tetiba)

    t kasih atas perkongsian yang jujur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik..alhamdulillah..kehkehkeh. hmm..sy ni jujur sgt kot..entahlah...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...