Halaman


Isnin, 25 Mac 2013

Andai lelaki..

Ada orang tanya ..aku bila lagi akan menikah?

Senang cakap, tiada orang nak pada aku. Tiada orang sanggup bertaruh apa sahaja untuk menjadikan aku halal bagi dia.

Aku ni tak berbaloi.

Dan sungguh aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Kalau nak cari nahas..aku boleh saja jawab, apa perlunya aku berkahwin? Kalau orang yang sinis bertanya tentang nafsu batin dan zuriat.

Bagi aku perkahwinan bukan itu sahaja. Kalau fikir nafsu, aku cukup dengan perempuan. Kalau aku nak yang haram andai dengan lelaki, ada saja yang sanggup bersedia.

Tapi aku dah tolah yang haram dan akan sentiasa berjuang untuk itu.

Zuriat?

Cukuplah anak2 saudara yang ramai.

Bukan aku tak mahu semua yang halal dan zuriat yang menjadi penawar.

Tapi. Pertama sekali, aku tak rasa aku layak menjadi seorang isteri.

Benar aku boleh jadi taat. Namun aku tidak lah tabah untuk melalui perkahwinan kali kedua andai ia lebih buruk dari yang pernah aku lalui.

Bolehkah aku diterima?
Bolehkah lelaki itu menjadi lelaki?
Dalam masa yang sama menerima aku sebagai perempuan yang tak cukup sifat.

Kalau ingin aku menjadi wanita, sila jadi lelaki. Yang dominan. Yang memegang stereng kereta. Yang mampu melindungi aku. Yang mampu kawal aku. Yang mampu pegang aku.

Kalau ingin aku yang memegang stereng, yang mengawal semua, memegang hidup. Sila mampu layan ego aku. Sila mampu layan sikap dominan aku.

Aku tahu hukum. Tapi sila tolong aku.

Untuk jadi lelaki pada aku, mudah. Bukan dengan wang. Tapi sekurangnya makan minum tanggungla beb. Aku bukan wanita yang makeup dan dressup bagai. Aku tak pakai barang kemas, aku tak pakai pakaian2 mahal.

Kau harus tahu, aku amat selesa dengan tshirt dan jeans saja diluar. Dalam rumah tak perlu risau. Aku tak suka pakai apa pun.

Hanya lelaki dominan yang buat aku menjadi wanita. Yang buat aku jatuh kasih.

Dan jangan panggil aku gila bila kenal sisi gelap aku. Aku cuma dapat menjalankan hubungan batin dengan gembira bila lelaki dominan itu sanggup kenal sisi ku dalam hidup coklat.

Selain dari itu..tidak dominan..tidak bdsm..tidak terima aku..sila menjauh.

Biar aku tenggelam dalam perjuangan sendiri.

Mungkin akan ada perempuan yang mahu menjadi teman hidup aku tanpa meminta yang haram. Peduli apa dengan dunia.

Ps: ciri2 lelaki idaman...pandai masak, pandai ajar mengaji dan boleh tanggung aku cukup zahir dan batin. Serta terima aku seadanya.

Susah sangat kan.

21 ulasan:

  1. cer bagi alamat emel, nak antar resume...:P
    larik!!!!!

    BalasPadam
  2. biar aku carikan kau calon nak?

    BalasPadam
  3. Yg dok bertanya tu, cube tnye blk kt dia, bile agaknya mati? Xleh jwb kn. Itu semua rahsia Allah. He is the best planner. N jalan ke syurga itu x semestinya melalui perkahwinan saja :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku nak ingatkan melalui hadis nabi ni :

      Satu perkara yang perlu ditekankan di sini ialah hukum orang yang tidak berkahwin kerana dia ingin fokus melakukan ibadah. Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak wajar.

      Perbuatan ini telah ditegur oleh Rasulullah SAW. “Di zaman Nabi SAW, apabila datangnya tiga orang lelaki bertanyakan tentang amalan Nabi SAW, setelah diberitahu oleh isteri-isteri Baginda, mereka merasakan amalan Rasulullah SAW seperti sedikit. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Saya akan solat malam selamanya." Seorang lagi berkata, “Saya akan puasa sepanjang tahun." Dan seorang lagi berkata, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin buat selamanya." Setelah Rasulullah SAW pulang dan diberitahu tentang perkara ini, Baginda telah bersabda, “Anda semua berkata begini dan begitu. Sesungguhnya akulah yang paling takutkan Allah dan bertaqwa terhadap-Nya. Akan tetapi aku puasa dan berbuka, solat dan tidur, aku juga mengahwini wanita. Maka siapa yang benci sunahku, dia bukan golonganku" (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5063 dan Muslim no. 1401).

      Padam
    2. Bukan berniat utk mmbenci atau menjauhi sunah Rasulullah, tp kalau jodoh itu tiada di dunia, tidak perlu lah rasenya seorg wanita itu kelihatan desperate atau depressed kerana tidak berkahwin. Doa2 kan lah kami bertemu jodoh kami :)

      Padam
  4. Usaha utk jadi baik tu bukannyer utk org len, tp utk diri sendiri..dan diri sendiri tu kene berusaha utk jadi yg baik demi Tuhannye...

    Cam putus asa je munyik post nie...jgn la cenggitu...we are a fighter right?...melawan nafsu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang untuk diri sendiri. Sebab tu aku cakap, untuk apa aku nak berkahwin. Tapi..kalau aku cakao macam tu orang akan kata aku tolak sunnah, riak, bongkak.

      Padam
    2. Post ni juga nak menjawab soalan sorang reader...kenapa akubtak cari suami.

      Padam
    3. sunat tak kawin kalau tak ada nafsu dan tak berzina

      Padam
    4. Aku ada nafsu. Tulah yg aku dok melawan.

      Padam
  5. jihad melawan nafsu...

    BalasPadam
  6. Slm,Allah ja yg mengetahui isihati,berdoa,Allah perkenankan doa,apa yg tersirat akan selesai.mohon yg baik dikurniakan yg lbh baik.Yakinja.krn Allah menyukai hambanya yg meminta2 terutama diwaktu sepertiga mlm.kita manusia semuanya insan yg lemah,tak ada power,tak ada kehebatan.yg ada tu kurnian illahi.yg penting hargai nikmat yg ada dan jgn lupa senyum :-)

    BalasPadam
  7. kenapa ko kata susah sangat? Bagi aku senang je

    Ko ckp sila menjauh jika :
    1. tidak dominan..masalahnya aku dominan tp leh ke koduk bawah aku jd isteri yang taat?
    2. tidak bdsm..masalahnya aku suka ganas2 ni. Cuma aku xde psgn yg suka mcm tu...ko leh kan?
    3. tidak terima aku..aku terima ko asalkan ko tak ulang dosa lama, itu pun setelah ko jd isteri aku la..

    so? aku patut menjauh @ mendekat? hehe

    Ko kata :

    Mungkin akan ada perempuan yang mahu menjadi teman hidup aku tanpa meminta yang haram. Peduli apa dengan dunia.

    Ko x peduli dengan dunia aku sokong. Tp boleh ke ko x peduli dengan Allah? Lagi satu leh ke ko tahan nafsu ko bila ko duk dua bogel2 dgn pmpn?

    ciri2 lelaki idaman ko :

    1.pandai masak --- aku pandai makan tp aku pandai masak air, telur, nasi & sardin jer..ok x?
    2. pandai ajar mengaji -- aku boleh ajar ko tajwid n leh ajar ko hafal quran. Nak x? tapi ko kene ikut cara aku mengajar la. n sanggup kene rotan jg. aku rasa bab rotan ko suka kan?

    3. Boleh tanggung aku cukup zahir dan batin. Serta terima aku seadanya.
    --- aku boleh tanggung ko asalkan ko jadi isteri yang tau kemampuna suaminya..bukan meminta lebih dari kemampuan suaminya

    ko kata Susah sangat kan? pada aku senang je..Susah tu hanya pada ko.

    Cuma masalahnya leh ke ko terima aku? haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. En asmara arjuna, jgn ckp je..berusaha lah tackle mgda. Klu niat tu jujur n ikhlas, Allah akan bg jalan punye ;)

      Padam
  8. Farhana...
    aku nak tackle mcm ne? Kan aku cakap masalahnya nak ke dia terima aku nie? huhu

    MGDA pun jawab x tau nak jawab apa..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki kene ade self confidence yg tinggi utk cube tackle seorg wanita. Da cube tackle ke belum? Klu betul2 nak, even mgda reject anda sekali pun, anda mesti tetap mahu menawan hati dia kn. Mgda ckp x tahu je..dia x ckp xnk lgsung kan.hihi..

      Dun quit before even trying :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...