Assalamualikum, awak apa khabar?
Saya tak tahu samada awak akan baca tulisan saya ke tidak. Dan saya tidak tahu samada apa yang saya fikirkan ini akan pernah sampai pada awak.
Pada tuhan, saya berserah tentang awak.
Awak adalah orang yang baik pada saya dahulu, yang pernah saya sayang. Yang pernah buat saya menangis, dan orang yang pernah membalas kasih saya, sejujurnya dan tanpa selindung.
Awak, benar saya tinggalkan awak, demi sesuatu yang Allah takdirkan. Berat bebanan jiwa saya, bila mengetahui awak semakin jauh. Tidak perlu tahu dari mana saya mengetahui berita ini.
Saya adalah seorang yang pelupa.
Saya mudah melupakan semua orang yang pernah menyayangi saya, pernah mengembirakan saya, atau pernah berduka kerana saya. Lebih lagi andai ianya seorang lelaki.
Tuhan takdirkan saya tidaklah begitu teruja dengan seorang lelaki.Walau secara jujurnya, saya punya beberapa lelaki yang saya kagumi.
Saya tidak pernah peduli pada para kekasih yang sudah tenggelam dengan dunia mereka, kerana saya sering merasa saya tiada apa untuk membuat mereka berhenti dari dunia yang mereka cipta.
Tapi, awak..
Awal pagi tadi, baru saya sedar, saya masih menyayangi awak.
Awak, saya faham, ujian yang awak tanggung amat berat. Kerana ujian itu, saya pernah membuang awak. Ya, saat saya jahil dulu. Saya tidak mahu mengatakan ianya satu kesilapan, kerana takdir tuhan pada saya adalah sebaik-baik kejadian.
Awak, betapa bencinya, saya memikirkan andai awak berputus asa kerana ujian itu, lalu awak bertindak menikmati kehidupan sebolehnya, walau...ia bermakna jauh dari yang Esa, walau ia bermakna berlingkar dengan noda.
Siapa saya untuk berkata demikian.
Awak dan saya dari dunia yang sama.
Ditakdir, untuk dilahirkan dengan pakej ini. Diuji dengan ujian ini.
Saya ingat awak kuat, tapi saya lupa, saya meninggalkan seorang kawan yang pernah merayu dikaki saya. Seorang kekasih yang pernah berkorban banyak perkara untuk saya, dan demi nafsu yang bukan dari satu pihak.
Tidak mahu saya memikirkan, yang saya mungkin orang yang bertanggungjawab merubah siapa awak sekarang.
Awak, berhentilah.
Kita hidup tidak lama. Berapa banyak lagi kerosakan yang ini kita lakukan. Dulu, awak terlalu menyayangi saya..hingga awak terlalu jujur.
Saya, sedang cuba melupakan semua perasaan cinta pada manusia.
Ujian ini bukan segalanya, rasa bertuhan itulah sesuatu dan segalanya.
Haruskah saya mencari awak kembali? Adakah awak perlukan saya? Ah, cuma Yang Khaliq menentukan segalanya, dan Yang Khaliq jua sebaik-baik pelindung.
Wasalam.
Tuhan, dia..tidak tahu..
Tuhan, dia cuma kalah dengan rasa tewas,
Tuhan, berilah hidayah pada kami,
Tuhan, berilah pengakhiran yang baik untuk kami,
Tuhan, dia keseorangan menghadapi ujian ini..
Tuhan, lindungilah dan datangkan bantuan..buat sahabat ini..
Amin. Amin..yarabbal alamin.
Aamiin... :)
BalasPadamtq pakcik. moga untuk kita semua.
PadamSemoga Allah berikan hidayah padanya..andai bnar kita syg, bdoalah utk kebaikkannya..smiiiilleeeee..hihi
BalasPadamYep..hanya doa yg dpt di panjatkn
Padam
BalasPadamhi, i tak kenal u but i dah baca serba sedikit kisah dlm blog u... can i share something?
Can..just email me malaikatgelapdarkangel@gmail.com
Padamdari apa yang aku baca sedikit sebanyak..ko sekarang tengah berperang dengan perassaan dan aku harap ko akan berjaya sepenuhnya..tp terlalu hebat ujian sebagai PLu ni.. yang pentingnya ..kita tidak melakukan maksiatkan?
BalasPadamYep..sama je ujiannya sbnrnya ngn org lain.hidup ni mmg skadar ujian je pun
PadamMgda, you are inspirational!!!
BalasPadam