Halaman


Ahad, 7 April 2013

Saya seorang biseksual.

Ujian demi ujian datang pada manusia, selagi dia hidup dan diizinkan tuhan untuk terus memimpin diri. Dan selalu dijanjikan bahawa sabar didunia ini hanya lah sedikit berbanding kegembiraan diakhirat apabila mendapat redha Allah.

Dalam hidup aku, banyak masa membuatkan aku merasakan aku adalah lesbian. Aku pecinta wanita, aku meminati wanita.

Sehinggalah aku berjumpa dengan seseorang yang banyak mengubah persepsi hidup aku.

Dia bukanlah sempurna. Dia bukan sesiapa.

Tapi dia orang pertama meletakkan skru dikepala aku, mengatakan aku biseksual. Tidak melalui kata-katanya, tetapi melalui rasa yang wujud dalam diri aku. Mungkin sejak dia pergi, tiada lelaki yang buat aku begitu.

Ya, aku biseksual. Harini aku mengaku, dan hanya kerana lelaki ini datang kembali.

Aku hampir melupakan dia, setelah beberapa usaha yang mematahkan hati aku sendiri, bukanlah putus asa, namun aku merasakan hidup aku lebih mudah bersendiri.

Namun, tidak Allah uji manusia itu untuk sia-sia. Dan tidak juga Allah tinggalkan manusia itu menganggap dirinya sudah selamat dari tipu daya dunia.

Kadangkala aku merasakan aku ni jalang sangat. Bila dengan Deanna pun nafsu bertalu, dan kini datang pula lelaki yang pernah memberi erti cinta dalam hidup aku.

Teringat perbualan aku dengan seorang kawan..

aku: kau tahu aku pernah ada, boy friend, ada girl friend dan pernah ada suami?
dia: woiii..susuk apa kau pakai ni?

Haha.

Meninjau entri-entri di blog bro Najmi, melihat ada lelaki gay yang lebih mudah mengaku mereka biseksual, buat aku tersenyum sinis. Aku pula susah nak mengaku bahawa aku adalah biseksual, takut dibuang rakan lesbian dan dicemuh masyarakat sudahlah tentu.

Pedih bila orang kata, depan belakang pun kau boleh, lelaki perempuan pun kau sapu, kalah haiwan.

Bekas kekasih aku pernah berkata pada aku.

"Awak tahu kenapa antara sebab khinzir haram? Kerana mereka melakukan hubungan seks tanpa jantina, itu nature mereka"

Itulah kata bekas teman wanita ku, saat mendengar aku akan berkahwin.

Dan, ya. Kadangkala aku rasa aku seperti jalang. Terseksa dengan diri sendiri. Oleh kerana tekad aku, aku ingin berhenti meniduri perempuan, jadi aku dah agak dapat mengawal pergaulan ku dengan Deanna.

Tetapi bila lelaki ini datang kembali. Tahulah aku sebenar-benar ujian nafsu. Dan untuk menjadikan ini halal juga kelihatan masih jauh lagi. Aku dengan ketakutan aku pada ikatan yang sah, dan dia juga dengan kehidupan dia.

Jauhilah zina, walau siapapun anda, walau siapa pun aku. Walau dengan siapapun aku hadapi.Inilah seberat-berat ujian. Tekad aku, aku tidak akan bercinta, aku tidak akan berpasangan, tidak akan melayan, selagi tidak akad.

Dan sebenarnya, bersendirian itu lebih mudah, dari mengetahui ada seseorang yang kau inginkan, dan dia juga menginginkan anda, namun belum sampai masanya. Atau..bukan lagi takdirnya.

You want to be bisexual? Think again, you will suffer more.


19 ulasan:

  1. Bi? Wau, hebat doe my syg ne.. Tapi bi bukanya seorang tak setia? I mean, kan dia suka dua2 jantina? Plis jgn mrh. jusst ask ok ye syg..Tak tgok Abph? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Princess riya..tolong jangan menulis dgn nada begini..ni nada mengurat.

      Nanti timbul lagi fitnah cakap aku mengurat dan bercouple lagi.

      Maaf ya. Kita stick pada proffesional relationship.

      Thanks.

      Ttg bi seorang tak setia....itulah ujian yg Allah bagi. Dia sepatutnya hanya mencari yg halal sahaja. Kawal nafsu dan perasaan pada dua2 jantina. Cinta seorang shj...andai bercinta.

      Padam
  2. Samada ko les @ ko bisex xde beza disisi Allah. Hukuman ko tetap sama. Xla diberatkan jika ko jd bisex dan sebaliknya. Cuma bila ko nak jd bisex sdh tentu les akan mencemuh krn ko akan pergi dr dia..

    Sdgkan ko nak kembali kepada fitrah kejadian ko. Ko kembali kepada lelaki. Itulah yang halal tp melalui nikah la..Bila ko nak ke arah tu, sdh tentu aku akan cakp ko kene la tingalkan perempuan2 tu. Bukan bermaksud ko kawin dgn lelaki kmdn ko main pmpn lagi. sdh tntu itu HARAM bukan krn ko dilabel bisex...

    Apapun yang dihasut, dikata ko mcm babi ke bila ko nak ke LELAKI, katakan kepada mereka bhw mereka lebih teruk dan lebih jijik dari BABI kerana itulah yang Allah firman :

    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
    SURAH AL A'RAF : AYAT 179

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aku kahwin..aku rela bunuh diri..kalau aku masih main dgn perempuan. Sbb tu aku divorce dahulu. Aku divorce sebab utamanya..lelaki tu tak mampu berikan aku kasih sayang...jadi sebab aku takut aku curang..aku rasa baiklah divorce..dari curang dan jadi isteri derhaka.
      Ikatan suami isteri adalah ikatan yg suci....amat suci.

      Dan aku bukanlah nak jadi biseksual. Aduh..susah nak bagi faham asmara yg straight ni.

      Biseksual ni mmg ada dalam diri aku la.

      Sesksualiti ni bukanlah ..nak jadi. Its already in you. Tuhan dah pilih sejak azali untuk diuji begini. Cuma perkara tu kita sedar bila sesuatu berlaku.

      Macam kau melayu..adakah masuk dek akal..kalau kita kata..nak jadi melayu. Dan juga mcm bangsa lain la kan.

      Aku harap kau faham analogi ni.

      Padam
    2. kau dipilih,,
      dan kau bisa memilih..

      fitrah kite semua same,,
      mahu pulang pada pangkal..
      tpi kadang belenggu yang ade pada kite,,
      kuat smpai kite xdpt nk gerak pon..

      tpi tu lah ujian,,
      tuhan nk ko tau,,
      yang ko ni hebat,,ko diuji dgn rasa ini..

      dan tuhan nk ko rasa,,, yang ko adlah sorg yang lagi hebat ,,lagi kuat..
      kalau kop mmpu hadpi ujian ni dgn cara yang betul..

      and untuk xsmmstinya cara yang betul untuk ko pulang tu terus dpt in first try..

      mybe after 68th trial.,,
      ko dpt petunjuk tu..


      Padam
  3. luqman (bukan nama sebenar)8 April 2013 pada 8:13 PG

    Kalau aku kahwin..aku rela bunuh diri..kalau aku masih main dgn perempuan.«Mana boleh macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok aku minta maaf..maksud aku..aku tak rela diri aku curang la..andai ada ikatan yg sah.
      Maaf..

      Erkk..pembetulan.

      Padam
  4. Ini perumpaan saja , saya kenal penulis.

    BalasPadam
  5. Apa pun ujian hidup yg kita tempuh ianya bkaitn iman dan jln ke syurga.
    Ada ujian & ada pnyelesaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul pakcik. Setiap orang ada ujiannya. Mungkin khilaf saya kadangkala merasa tidak difahami dan tidak dimengerti walhal terlalu banyak lg nikmat yg harus disyukuri

      Padam
  6. i think it's important to make that distinction - bi or gay. cuz its different. more importantly, its for straight people to understand that being gay means u exclusively are attracted to the same sex, and being bi means u can be attracted to both (why should there be an issue of fidelity? i dont think so). i dont view being bi a curse - we all face the same issue in trying to find that someone from billions of people on this earth - and i ur case, a person you can hv a halal rship that passed your definition.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I nvr thought I am bisexual until I meet this particular person.

      Where my feeling towards him just like other girlfriends. Not less.

      But will him be someone that halal to me. We never know.

      Life is like a box of chocolate. And my life really a box of chocolate.

      Padam
  7. bila aku tau kebenaran yg payah utk aku telan, aku sedaya upaya utk tidak bergaul rapat dgn mana2 individu. Biarlah mereka ckp aku sombong. Aku rela. Aku xmahu terjebak lagi. Aku cepat tergoda, lelaki mahupun perempuan. Yg mengasihi aku, yg selalu dekat dgn aku. Semoga tuhan memberi kita kekuatan utk menghadapi kecelaruan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Kita mungkin ditkdir hanya dpt melihat kebahagiaan..

      Padam
  8. Aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang bisekual. Yes, dia punya hati pada lelaki dan juga wanita. Tapi dia tak bernah lagi bercinta dgn mana mana lelaki dan meniduri mana mana lelaki. Cuma perasaan. Dia juga sukakan aku dan aku terlalu sayangkan dia.Selepas dia bgtahu yg dia sukakan aku, dia berterus terang yang dia adalah Bi. Mula mula mmg aku terkedu, tp entah kenapa aku seolah dapat terima. Aku cuma harap one day, he will become straight sbb aku rasa yang dia masih dapat diubah. Kaupun, semoga semua baik baik aja utk kau ye.

    BalasPadam
  9. juz wanna share my story. ..aku xtahu nk mula dari mana..tp aku pendekkan cerita..act aku bru sedar yg aku bi setelah jumpa bakal adik ipar aku..act aku bercinta dgn si abg..masa mula2 jumpa adik bf aku...adik dia ckp nk knal aku dgn lebih rapat..aku ckp ok je..igtkn nnt nk jadi satu family..apa salahnya berbaik2 kn..rupa2nya adiknya ckp dh suka aku..jatuh cinta ngn aku..dan dia meminta untuk kami bercouple..pada mulanya aku menolak..si adik wat perangai..mabuk..drug..sampai satu tahap nk bunuh dri...last2 aku terima pelawaan dia..atas dasar kesian..tp lama2 muncul dlm hati..terasa syg dan cinta sgt dkt dia..aku syg abg n adik..skrg ak mmg bercinta ngn 2 org..aku tahu perbuatan aku salah...sgt slah..tp aku manusia yg lemah..aku harap ada sinar untuk kami bertiga...aku xtahu nk cerita dkt spe..ngn korg2 yg pernah melalui perasaan ini yang benar2 memahami kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jatuh hati dgn seorang biseksual guy, dia matang.. sudah berumah tangga, dan saya sentiasa beritahu dia supaya mengutamakan keluarga berbanding saya.. just kadang2 lonely sngt.. hnya tau bersedih je..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...