Halaman


Ahad, 28 April 2013

Itik dan ayam

Kadangkala aku malas nak berbual dengan kawan-kawan straight yang tahu aku senget, tentang kegilaan aku pada perempuan.

Ada la ayat-ayat seperti..

Ala apa yang pompuan tu ada, kau ada.
Boringla perempuan dengan perempuan.
Perempuan takde .... apa nak buat.
Lelaki la menarik boleh dapat kasih sayang. Pergila mengorat lelaki, banyak lagi lelaki bujang.

Kadang aku terasa aku yang bodoh sebab berbual benda yang pastinya mereka tak faham.

Tapi aku kini ada satu tabiat iaitu lebih rela berbual dengan orang straight tentang seksualiti aku. Ada sebabnya, walaupun akhirnya aku yang sakit jiwa balik.

Sebabnya ialah, aku punya kecenderungan untuk memikat kawan -kawan perempuan yang tak straight. Dan aku tidak mahu berlaku kekecewaan dimana-mana. Sebab kedua ialah, aku takut aku yang lebih menggatal dengan kawan-kawan yang tak straight ni.

Lalu pilihan aku ialah, mengacau kawan-kawan ku yamg straight. Nafsu seksual aku tinggi, pada waktu-waktu tertentu. Dan daripada aku membelek gambar-gambar (porn lama dah aku tak layan) awek-awek yang buat bertambah terseksa, selalunya aku akan cari kawan-kawan straight yang tahu tentang seksualiti aku.

Kadangkala perbualan memang akan jadi bergaduh.

Hahah.

Sebab orang straight ada waktu memang tak dapat faham yang aku tak tertarik lansung dengan bentuk tubuh lelaki. Aku amat suka caring pada perempuan. Aku memang berkehendakkan apa yang perempuan ada. Apa yang lelaki ada tidak membuat aku bernafsu.

Dalam diri aku, aku adalah lelaki. Pada kebanyakan masa.

Sakit jiwa dan terseksa juga. Tapi sekurangnya kawan-kawan aku inilah yang membantu aku lari dari fokus ghairah aku. Membuatkan nafsu berahi aku turun, dan akhirnya berbincang tentang perkara lain.

Kawan-kawan, terima kasih. Kalianlah wakil-wakil dari tuhan untuk membantu aku. Walaupun kalian tak faham, tapi kalian tetap anugerah tak ternilai.

23 ulasan:

  1. Alhamdulilah..syukur2..:P

    BalasPadam
  2. Hehehehe ok la dpt lari topik. Jadi nak manje2 tebantut terus akibat perbalahan dlm conversation dgn si str8 heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. its ok, tak kisah, dah ada orang sanggup layan pun dah ok.hehe

      Padam
  3. Balasan
    1. Kadang dorang tak faham.
      Kita bercinta dgn perempuan bkn sbb nak aset perempuan tu, bkn sbb nak lunaskan nafsu semata. Tapi.. dah naluri ini lebih kpd menyukai perempuan.

      Ah. If I were a boy bak kata Beyonce.

      Padam
    2. Takpelah. Mereka tetap sahabat2 yang baik. Tapi aku selain cinta..mmg nak aset tu pun.hihihi.

      Padam
    3. Err..tapi sekarang..aku kontrol je la.huhu

      Padam
    4. Aset tu nombor dua, kehkehkeh
      Astaghfirullah, kawal nafsu.

      Padam
    5. Betul2.kihkihkih.hehehe. lama yak gelak dengan org yg faham.hihi

      Padam
    6. Jom, kita buat smething yg boleh kita gelak sama sama hihihihi

      Padam
    7. Ayat awk shafika, cam ayat sya lam entri yang belum publish..

      Padam
    8. Dan sesungguhnya ayat itu terlahir dari sudut hati yg sy pun tak pasti

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Taktik yang kau guna nie sama dengan taktik kawan aku, haha ^_^
    Biarlah kawan-kawan straight tak faham, asalkan mereka selalu ada, itu yang penting, dan itu sendiri sudah mencukupi, kan?
    ;)

    BalasPadam
  6. sape ckap ngan ppuan x de per nk buat?

    sape cakap tuh?.....

    abis.........mksudnye...ngan laki ade bnde la buleh wat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun tak tau apa nak buat ngn lelaki ni. Minta tolong pasang ariel kat bumbung kot.

      Masalah kita beb, tahu sgt apa nk bt ngn pompuan. Pompuan yg stret mana tahu.

      Rilek ye. Rilek.

      Padam
  7. lawak gila ah. Sampai nk type 'haha' pun aku rasa xcukup. Paling x tahan part 'xtau nk buat apa ngn laki,suh pasang ariel' tuh. Senak perut aku sey.

    ROTFLMFAO

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...