Halaman


Khamis, 18 April 2013

Kita adalah anugerah.

Kau tahu, bila aku rasa amat down, aku boleh mencapai balik ke tahap sifar aku dulu. Cuma aku taklah lagi terfikir nak habiskan hayat. Cuma aku terfikir cepatlah tuhan habiskan hayat aku, supaya aku tak buat banyak lagi kemungkaran dan dosa atas dunia ni.

Sebenarnya, perasaan hidup sendiri ni kena amat kuat. Bila balik letih fikiran berkecamuk tentnag kerja dan perkara lain, balik rumah, kosong, hanya perabut yang tidak berjiwa, hidup rasa macam tiada erti.

Bila kita lemah, iblis jadi kuat bangkit melompat-lompat, memainkan perasaan, mulalah membisikkan perasaan yang kita tidak akan bahagia, kita takkan dicintai, mahu atau tidak, perasaan itu ada dalam semua manusia.

Nak bercinta, hati lebih mudah mencintai gadis.

Taknak bercinta, hati macam kosong, yelah, iman masih lemah.

Sebenarnya, kehadiran kita didunia adalah anugerah yang esa buat alam, andai kita pandai berfikir. Buat keluarga. Buat sahabat, buat orang-orang disekeliling, malah buat orang asing yang kita bukakan pintu pun. Atau saja orang asing yang kita hadiahkan senyum.

Benar, orang bujang, selalu tak stabil (so what? kau nak suruh aku pinang Pierce Brosnan?), terimalah kalau kami meroyan dimana-mana. Tapi, kamilah yang selalu ada untuk kerja, kamilah yang selalu ada sebagai sahabat, kamilah yang meramaikan tempat melepak, kamilah yang mudah sikit nak berjuang dimana-mana.

Jadi, orang bujang, orang tiada pasangan, senyum. Anda juga tidak kurang harganya dengan orang-orang lain, malah anda kadangkala lebih berharga jika anda kuat emosi dan kental rohani.

Aku mencari orang bujang seperti aku dikawasan berhampiran, untuk jadikan kawan.Sekian.

ps: entry sebelum ini tidaklah menggambarkan aku putus asa. aku akan berjuang hingga ke akhir, inshaallah.

21 ulasan:

  1. salam. saye bujang.tapi di perak.ape kabo kawan?

    BalasPadam
  2. Tak kan nak kawan org dekat sja...siannya org tanah borneo kan...

    ~Jaa~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Borneo kt kepala ke...kt mulut simga atas peta tu

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. kat pulau bebas cukai...


      ~Jaa~

      Padam
  3. Ada byk hikmahnya orang bujang ni..cthnya boleh jaga mak ayah lebih dari yg dah berkahwin. Sy slalu fikir mgkin sy x kawin lg sbb Allah nk sy beri perhatian sepenuhnya pd mak ayah.
    Nway, mai la jalan2 puncak alam.hee ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. There is something I never share here. We are in the same boat :)

      Padam
  4. beli robot, jadikan robot itu teman hang..dijamin berkesa..seriously ne,

    BalasPadam
  5. bujang ada kelebihan dia..hargai semua waktu y ada..kesunyian tu blh kita buat manfaat utk memikirkan perancangan masa depan..bg sy..carilah sahabat y blh menghulur tgan ketika jtuh dn mampu membetulkn jika ada salah :-)

    MsA

    BalasPadam
  6. Kat temerloh kan ada yang lagi hensem daripada Pierce Brosnan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo pahrin ahmad idahlah boleh setara ngn pierce brosnan...

      Padam
  7. Kat temerloh kan ada yang lagi hensem daripada Pierce Brosnan...

    BalasPadam
  8. Aku pun hidup bujang. mgkin keseronokan bekerja dan sentiasa berhadapan dgn pelbagai kerenah anak2 muda remaja membuatkan aku lebih senang dgn status ini. Yg pasti komitmen hanya pada ibubapa.... :)

    BalasPadam
  9. Ade masa kita, bujang seronok dgn title. Cuma when loneliness strikes, tue yg emo lebih. Actually lebih kpd how we handle the times when its still being given.

    BalasPadam
  10. Tq, for not being the one yg bagitahu saya you need to have a bf...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...