"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Selasa, 30 April 2013
Antara Ego dan hikmah.
Aku adalah seorang yang ego, panas baran dan kurang sifat sabarnya. Aku bukanlah berjiwa besar seperti orang-orang yang aku kagumi. Banyak perkara yang harus aku belajar dalam hidup ini. Terlalu banyak.
Kadangkala kalau ada yang sedar, mungkin menganggap aku seorang schizophrenia. Ada waktu aku seorang yang sabar, ada waktu aku mudah melenting, kaki gaduh dan baran.
Ego menyebabkan aku tidak mudah menelan kritikan orang. Sewaktu berumur 17 tahun, didalam sebuah kem, aku pernah menendang kerusi melayang hampir terkena fasilitator yang bercakap didepan. Hanya kerana menegur sifat aku yang lain dari pelajar perempuan yang lain.
Baran.
Dan sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang membuatkan aku terpaksa telan dan belajar bersabar. Dengan perjuangan diri yang kadangkala sekadar menanti rebah, MGDA juga telah ditusuk bertubi-tubi.
Kawan-kawan mula sukar menerima kelemahan-kelemahan aku, aku yang dulu amatlah playful, suka mengurat sana sini, aku dipaksa untuk membuktikan perjuangan aku.
Perjuangan apa? perjuangan untuk mencari redha Allah. Perjuangan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Manusia yang tidak berzina dan menghampiri zina.
Dan aku akui, bila disepak terajang oleh rakan-rakan plu yang masih juga berbangga dengan awek-awek mereka, separuh dari diri aku meradang, kau tu setiap hari kehulu-hilir dengan partner, malam dapat sedap-sedap, ada hati nak mengutuk dan menyindir aku.
Tak kurang juga rakan-rakan yang memang mempunyai jiwa yang baik, menasihati aku. Tapi resam orang baran dan ego, susah nak terima nasihat orang lain, kepala otak dia je yang betul,
Tapi aku selalu teringat kisah seorang sahabat nabi yang menangkap seorang pencuri (dikatakan pencuri itu adalah iblis yang menyamar) yang memberi nasihat kepada sahabat nabi itu. Lalu sahabat nabi itu mengadu kepada nabi tentang peristiwa itu. Kata rasullullah, benar, nasihatnya benar, lalu ikutlah tanpa mengira siapa dia.
Siapa pun orang yang memberi nasihat, namun andai nasihatnya benar, hadamlah andai ianya memang akan membawa kebaikan kepadamu.
Susah kan, sebab dalam diri, masih ada ego.
Benar, nasihat itu berat, lalu contohilah rasullullah yang sentiasa menasihati dengan berhikmah. Tapi dalam hidup ni, tak semua ubat semanis madu.
ps: wahai adik-adik, takpelah, akak redha korang panggil akak ni akak, nanti umur 50 karang kena telan juga orang panggil makcik,kan. Tak gitu pakcik. tapi janganlah saja-saja niat nak sindir, akak ni kan jiwa dia masih tak betul, selalu terasa dia ni 'bro'. Takpelah, hidup macam 'bro' pun..nanti bila jadi jenazah, akak-akak, makcik-makcik juga yang uruskan jenazah.
-menulis dengan mood tenang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulilah. My angel dah tak baran..hehehe..Husih, takutnya aku bila baca ayat ni >>>>>> Sewaktu berumur 17 tahun, didalam sebuah kem, aku pernah menendang kerusi melayang hampir terkena fasilitator yang bercakap didepan. Hanya kerana menegur sifat aku yang lain dari pelajar perempuan yang lain.(Aku tak begitu). Mengerikan.
BalasPadamTu dulu. Skang takde dah.
PadamHi makcik!
BalasPadamIni pkcik pie ni.... Hehe
Bgus pkongsian ni. Like!
Tok pie...
PadamHahaha...ada orang bengkek!!
Padamperlu juga ego dan baran tu...supaya ada kepelbagaian ragam manusia...baru meriah kan... :)
BalasPadamKalau kerja mengamuk je, payah gak kan.
PadamBetul jgk kan....tak pe, jgn baran2...anggap je perkara yg mbuat kita baran tu sbg teguran ikhlas....mudah2an rasa nak mengamuk tu mulai berkurang.....(ayat penenang utk diri sendiri yg selalu juga baran)....huhuhu
Padamhi mkcik
BalasPadamini mokcik maiyah
akk pun baran tp bleh kawal
kdg2 tolopeh gak
Harap kita tak baran selalu.huhu
PadamSetiap orang ada ego, panas baran dan had sifat sabarnye,.
BalasPadamAku mengaku, walaupun aku tak cepat naik angin, tapi aku ego orangnye, haha XD
Cuma yg bezakan kita dengan orang lain is macam mana kita handle & kawal ego & sifat marah masing-masing, itu je ;)
Pada aku, kau tak ego mana, sebab kau mengakui kelemahan diri kau sendiri.
Orang yang tak nak mengaku dirinya ego itu lebih ego sebenarnye, haha,.
;)
Hmmmm...mungkin akublebih pada baran kot.
PadamEgo........well said. Nk buang ego pi lah cuci tandas selalu...
BalasPadamAku cuci tandas yang bersih je.hahaha
Padamego n panas baran ni macam duri dalam daging.
BalasPadam