Sejujurnya, buat seseorang yang pernah jadi kekasih saya. Seorang Adam, yang pernah saya cuba usaha untuk menjadi yang halal buat saya..
Maafkan saya, maafkan saya.
Saya dalam diam, membandingkan anda dengan Deanna. Salah saya, saya tidak mampu mengasihi awak, seperti seorang perempuan mengasihi awak. Buat masa ini.
Saya boleh kata, entah kenapa, saya tawar hati.
Saya boleh kata, saya kini dan dulu, sebenarnya hanya jatuh hati dengan orang yang matang.
Saya boleh kata, mungkin saya telah lupa tentang cinta saya pada awak.
Saya boleh kata, saya terluka dengan sikap awak yang tidak membuktikan awak boleh menjadi suami buat saya.
Sebenarnya.
Dihati saya masih ada cinta buat seorang wanita.
Yang saya masih simpan, dan belum terhapus, walau saya tidak lagi bernoda dengan dia.
Untuk itu, maafkan saya. Sayalah yang tuhan uji dengan perasaan ini. Sayalah yang tidak lagi dapat mengasihi awak. Kerana saya acapkali membandingkan awak dengan dia.
Saya dah sebati dengan cinta seorang hawa buat saya.
Saya dah biasa. Walau hubungan itu sekadar tinggal kenangan,kini.
Mulai harini, saya tidak mahu memberi harapan pada sesiapa. Pada Hawa, saya dah tidak mampu engkar pada tuhan. Pada Adam..cinta saya tiada.
Maafkan saya, sepuluh jari. Sayalah yang sebenarnya tidak mampu mengasihi seorang lelaki.
Mungkin kini, saya ada satu impian yang lebih besar. Dalam masa yang sama, biarlah saya berjuang pada diri saya dahulu. Atau mungkin berjuang melupakan cinta ini, itu lebih tepat mungkin.
Perkahwinan, bukan perjuangan saya kini. Mungkin dulu, kerana menyangka dengan berkahwin saya akan melengkapi hidup. Tetapi, kini, saya nak belajar ..belajar jadi hamba Allah.
Apa gunanya berkahwin, andai saya tak mampu menyintai awak, walau awak boleh menjadi halal buat saya.
Saya percaya, tuhan akan sentiasa melindungi awak selagi awak berserah pada Dia.
Tidak pernah saya menolak sunnah untuk berkahwin. Namun, andai saya tidak mampu menyintai seorang lelaki kerana dihati saya ada seorang perempuan..perkara itu terlalu berat untuk saya hadapi,sebuah perkahwinan.
Dan saya akan sentiasa berjuang untuk tidak kembali pada siapa saya dahulu. Apa yang telah lepas, saya tinggalkan disitu. Biarlah saya menjadi manusia yang tidak bernafsu. Saya tidak kisah kini, orang kenal saya sebagai MGDA, cuma keluarga tu dan kawan sekerja tu, susah la sikit. Tapi saya percaya, Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang dia tak mampu. Kalau tuhan takdirkan aku tidak lagi perlu sembunyi, itulah yang terbaik.
Aku tidak akan menjaja siapa aku dulu. Tapi kalau yang tahu, biarlah, dan aku nak kalian tahu juga...
Saya percaya, saya tidak pernah sendirian.
Allah ada.
Hidup ni sebentar amat, azab kubur lagilah lama, azab neraka lansung kekal.
Takpe, sekrang aku dah jadi agent jodoh. Biar aku carikan calon untuk kau ea. Serius ni..
BalasPadambuat masa ni aku tanak kahwin la, faham ke tak?
Padamni siapa ni panggil aku kak? ingat kak sri siantan ke ? pantang aku orang panggil aku kak.
BalasPadammaafkan diri kita dahulu... lepaskan segala yg terbeban dibahumu... bila kita belajar memberi kemaafan pada diri sendiri, lebih mudah untuk kita menerima...
BalasPadamyup... Dia sentiasa ada untuk kita.
saya tawar hati, dan saya tahu kenapa.takpelah..not at this moment.
PadamSuka part ayat :
BalasPadam'Pada Hawa, saya dah tidak mampu engkar pada tuhan. Pada Adam..cinta saya tiada.'
Serius terkesan dengan ayat tu,.
Aku sendiri masih belajar merangkak melupakan sisi lama yang songsang dan belajar menerima insan bernama Adam.
Papepun. aku doakan kita sama-sama dapat apa yang kita hajati, insyallah!
;)
belajarlah terima adam tu, kalau dia benar2 cintakan awak.
PadamKeindahan nafsu ciptaan Tuhan :-)
BalasPadamindah.
Padamsorry la...saya punya baran terus meningkat bila orang panggil 'kak'
BalasPadambeb....jika cinta seorg adam itu membuat engkau rasa terbeban aku rasa ap yg kau buat ini adalah yg terbaik untuk masa sekarang. ALLAH uji engkau dgn dugaan yang bukan semua mampu menanggungnya, aku rasa engkau sedang berjuang dgn cara engkau tuk menjadi hambaNYA yang terbaik...tiada cinta yang terbaik selain dari cintaNYA.aku doakan engkau tabah dan kuat semangat dalm ujian ALLAH ni beb.aku tetap sentiasa sokong ko beb.
BalasPadamaku :- edgnote violet
Thanks edg. Ko byk fahami aku.
Padam:) bagaimana? Yang selayaknya 'panggilan' masih tak dpt kau terima? Hinakah panggilan 'kak?' itu?
BalasPadamTidakkah sesuai panggilan itu dengan penampilan kau skrg? Apa kau bangga kalau orang panggil kau 'bro' dlm penampilan kau yg skrg? Kalau kau masih bangga, kau belum redha. Fikirlah...
Kadang yang kita tak suka tu (spt panggilan 'kak' yg buat kau melenting) itulah yang terbaik utk kita. Tapi kalau masih tak redha macamana?
Kalau kau lelaki dan kau mandul..kau akan faham.
BalasPadamLagipun suka hati aku la nak meroyan dalam blog aku. Kalau kat blog aku pun takleh meroyan, baik aku tutup je.
Lagipun apa susahnya kalau aku mrarh dan melenting pun, yangbkomen diatas tu bukan aku yg padam pun. Aku marah. Biasalah. Marah aku balik pun takpe. Apa masalahnya kat sini.
Anon- Lantak MGDA lah tak suka dipanggil Kak atau tak. Itu hak dia. Yang ko ne tak puass hati kenapa? MGDA, tak yah peduli kata-kata anon tu, dia tu jenis tak faham org macam kita ni.
BalasPadamPenk, takpelah, bila orang tak faham, kita kena maafkan. maaflah, aku memang ada waktu baran, tapi bukanlah setiap waktu. aku pun tengah belajar kawal baran ni.
BalasPadamanon, kelemahan saya, saya memang rasa tersinis bila orang yang kenal saya macamni, follow blog saya tapi masih memanggil saya 'kak'. Kalau orang yang tak kenal, memang saya telan saja.
Kalau dikatakan tentang redha, mungkin saya masih belajar. Setiap yang Allah larang, itu, saya dah tinggalkan walau dengan hati yang amat berat. Saya paksa diri saya telan dengan perit.
Saya masih bukan hamba ALlah yang baik. Terlalu banyak kelemahan lagi, masih angkuh dan ego lagi.
Doakanlah hati saya lembut dan menjadi hamba Allah yang baik.
U make me feel like im a coward....thx 4 sharing.
BalasPadam