Halaman


Selasa, 9 April 2013

Positive warriors!!

Entry ini aku dedikasi buat rakan-rakan sukarelawan yang banyak memberi kekuatan pada aku.

Sejak aku mengikuti blog ahp positive, terlalu banyak pengajaran yang aku belajar.

Kerana kami berkecimpung dalam komuniti yang menyokong plhiv, banyak cerita diskriminasi terhadap golongan ODHA (orang yang hidup dengan hiv aids) mengajar aku untuk banyak bersyukur. Juga banyak bina kekuatan.

Siapapun ODHA, mereka adalah manusia seperti anda. Malah lebih tabah lagi. Mereka adalah golongan yang Allah uji dengan ujian yang hebat. Ditendang ahli keluarga, dihina rakan sekeliling, hilang pekerjaan malah ada yang hilang segalanya serentak. Dan harus diingat..saat itu mereka juga mungkin masih terkejut apabila baru didiagnosed.

Contoh terdekat ,jika anda PLU, bayangkan anda terpaksa menyembunyikan diri anda dari keluarga iatu orang yang paling anda sayang, dari rakan-rakan straight yang mungkin prejudis. Anda bersembunyi dalam diri anda sendiri. Ustaz Hasrizal pernah menyebut..umpama berada dalam lohong paling dalam. Sepi...terlalu sepi.

Dan apa yang ODHA hadapi adalah lebih hebat lagi dari lohong itu. Saat kesihatan paling rapuh. Dan dunia amat sendiri. Apakah yang lebih sakit lagi?

Positive warriors adalah pertubuhan yang cuba menjadi support community kepada golongan muslim plhiv di malaysia. NGO pertama untuk muslim di malaysia. Disertai oleh sukarelawan yang dianggap supporters.

Pernah dengar Plhiv menghabiskan saat akhir di gereja? Itu biasa.

Lalu disinilah kewujudan Positive Warriors bagaikan dinanti-nanti.

Hiv boleh dirawat dan dikawal, namun setakat ini tidak boleh disembuhkan. Sejak rawatan HAART diperkenalkan iaitu ubatan yang diambil oleh mereka yang didiagnose hiv positif, kes Aids sudah hampir tiada.

Selagi rawatan Haart ini diambil sebaiknya, plhiv boleh hidup sihat seperti orang yang bukan hiv. Virus didalam badan akan mencapai undetected setelah beberapa bulan Haart diambil. ODHA cuma perlu kekalkan hidup sihat.

Kadangkala aku lihat bonus buat odha, kesihatan mereka benar-benar dipantau.

Dan yang paling aku kagumi, setelah mereka melepasi tahap grieving itu, mereka adalah orang yang amat kuat dan tabah. Mereka pernah jatuh dan seluruh dunia bagai menghempap.

Namun, saat mereka bangun dan mencari jalan hidup dengan kehidupan yang Allah redha. Mereka adalah manusia baru yang hebat.

Kalau pelajaran ini dianggap sifar, rugilah mata yang melihat dan hati yang merasa.

8 ulasan:

  1. your presence is a gift from Allah to all of us. thank you!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Speechless..segalanya ketentuan tuhankan .:)

      Padam
  2. kata ustaz aku.. sekurang2nya mereka sudah tahu hayat mereka berapa lama. tapi kita? kerana kita tidak tahu kita terus hidup dalam lagha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak rasa odha tahu berapa lama hayat mereka, sebab once mereka stable dgn rawatan Haart dan mencapai viral load undetected mereka boleh hidup sihat malah juga berkahwin dan mempunyai zuriat bebas hiv.

      Hayat Allah tentukan. Cuma bukankah setiap ujian dan sakit itu penghapus dosa jika kita redha..dan hebat andai dengan itu kita sedar Allah amat sayangkan kita, lalu kita diujia dan diberi peringatan.

      Padam
  3. setuju beb...aku pon dapat kekuatan dari mereka..terlalu banyak yang aku belajar dari mereka...
    edgnote violet

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...