Petang semalam aku menonton teater inggeris yang menjadi projek Deanna di kampus, beberapa bulan ini.
Aku tahu, dia sebenarnya hampir terlupakan aku. Faham, kesibukannya. Itu lebih baik dari kami sentiasa mencari masa untuk bersama dan akhirnya aku yang tidak dapat melayan gelora nafsu.
Dia sebagai pengarah duduk dibarisan hadapan bersama rakan lelakinya. Deanna, pernah cerita padaku, hubungannya yang bermasalah dengan teman lelaki, membuatkan dia melayan mana-mana lelaki yang menghampiri. Kataku kenapa tidak, cari saja yang terbaik.
Lalu aku duduk dibarisan tiga. Disebelah gadis tionghua yang aku terpeluk bahunya waktu sedang asyik menonton.
Aku tidaklah dapat menikmati sangat persembahan dihadapanku. Aku lebih sesekali memandang Deanna. Yang kadangkala ditenangkan oleh lelaki disebelahnya apabila ada babak yang gagal mencapai sempurna.
Hati aku, andai bukan kerana cinta, pasti tidak terasa apa. Terhiris juga. Namun aku cuba menumpukan pada pentas. Aku sedar aku siapa. Aku tidak akan pernah menjadi teman lelakinya. Walau bukan tak pernah kami hampir merancang berumahtangga di Thailand. Aku memilih untuk tidak menurut kemahuan hati dan nafsu.
Itulah hidup seorang skandal. Memerhati dari jauh, orang yang pernah kau uliti dan tahu setiap inci tubuh. Namun tidak sekali kau dapat isytihar hak.
Kebelakangan ini juga, aku rapat dengan seseorang. Namun wanita ini tahu prinsip dan perjuangan aku. Walau hatinya dalam pada aku. Dia berpunya. Jadi kami sekadar berhubung di hari kerja, 8pagi hingga 8malam, akibat sibuk, hnya beberapa kali sahaja dapat berhubungan.
Namun aku syukur dia sudi mengambil berat dan menemani hidup aku seadanya.
Akulah yang tidak pernah ada untuk dia.
Nak skandal dengan lelaki? Simpang malaikat 44. Aku rela pergi meminang kalau hati dah suka, dia pun suka dan dia tidak berpunya.
Kerna aku tahu betapa mahalnya sebuah perhubungan yag halal.
Terlalu mahal. Dan aku tidak ragu andai aku tidak mampu memilikinya.
Ps: gambar dibawah adalah screen capture status fb seorang penulis yang juga seorang plu. Statusnya menyentuh hati aku.
ps2: aku baru je tergerak nak check inbox..ampunnnnnn aku tak sedar banyak email bertandang, mari marah fon aku sebab tak bagi aku notification, yes..semua email akan dibalas harini juga. maaf ye.
ps2: aku baru je tergerak nak check inbox..ampunnnnnn aku tak sedar banyak email bertandang, mari marah fon aku sebab tak bagi aku notification, yes..semua email akan dibalas harini juga. maaf ye.
wau2...ambik aku jadi skandal kau nak? :P
BalasPadamKau ingat aku tiada taste ke? Jumpa dulu kenal dan jatuh cinta..baru ada hati nak jadi skandal.
PadamWalaupun aku bisex, bukanlah bermakda semua yang berbuah dada atau yang dominan aku sebat.
betul tu..perasaan bkn semudah tu utk rasa..walau berjuta pun yg ada..tp hnye org2 tertntu je dpt goyahkn iman di dada..
PadamDan aku tk fhm langsung status tu
BalasPadamTulisan ni hanya difahami oleh orang yang menghargai bahasa.
Padambukan mudah utk membuang rasa cinta kan....apa lagi cinta yg pernah kita berjanji utk hidup bersama. Sakit...pedih...kecewa smua itu pasti ada....yg pasti cinta akan sentiasa ada dlm diri kita....wpun kita tak tahu siapa yg akan milikinya.... :)
BalasPadamTakpelah, persoalan itu tidak sepenting berapa kali aku tertinggal solat didepan tuhan, kelak.
Padamdan aku pasti cinta pd yg DIA yg Esa akan sentiasa subur dihatikan....
Padamsaya..ni lemah...tak dpt pastikan..berusaha boleh...tu pun kadangkala ikut mood.
PadamYup..sedih bile jd skandal ni :`(
BalasPadam