Sejak aku berkecimpung dalam dunia komuniti terpinggir, ramai insan-insan yang kukagumi perjuangannya, kutemui. Terutamanya golongan maknyah, kerana golongan ini paling menonjol dan mereka tidak dapat berselindung.
Paling terkesan, apabila di satu program, kami diimamkan oleh bekas maknyah yang dipanggil kak jun, dia dan rakannya telah menjalani pembedahan membuang buah dada yang mereka usahakan dulu. Dia kini sangat sederhana, mengenakan kopiah dan kurtanya. Doanya sangat sayu..
"Ya Allah..ya Allah..ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu.."
Terasa sangat tulus doa itu hingga jatuh ke hati.
Bila ada rakan seperti kami yang bertanyakan kisah-kisah insan yang berjaya hijrah, orang seperti kak jun lah yang akan tergambar difikiran aku. Ya, mungkin gay atau awek penk, tidak begitu ketara, walaupun nalurinya sama.
Senang sahaja fikiran ku, kalau maknyah boleh berubah, kenapa kau tak boleh berubah. Kau lagi lemah dari maknyah?
Dan terima kasih Nursharina kerana berkongsi kisah sepupunya diruang komen.
Paling terkesan, apabila di satu program, kami diimamkan oleh bekas maknyah yang dipanggil kak jun, dia dan rakannya telah menjalani pembedahan membuang buah dada yang mereka usahakan dulu. Dia kini sangat sederhana, mengenakan kopiah dan kurtanya. Doanya sangat sayu..
"Ya Allah..ya Allah..ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu.."
Terasa sangat tulus doa itu hingga jatuh ke hati.
Bila ada rakan seperti kami yang bertanyakan kisah-kisah insan yang berjaya hijrah, orang seperti kak jun lah yang akan tergambar difikiran aku. Ya, mungkin gay atau awek penk, tidak begitu ketara, walaupun nalurinya sama.
Senang sahaja fikiran ku, kalau maknyah boleh berubah, kenapa kau tak boleh berubah. Kau lagi lemah dari maknyah?
Dan terima kasih Nursharina kerana berkongsi kisah sepupunya diruang komen.
Assalamualaikum…
Saya teringat satu kisah yang membuatkan saya terharu dan
sebak.. dia sepupu saya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki lembut.. ayah dan
ibunya bercerai semasa kanak-kanak.. selepas itu, dia tinggal bersama dgn datuk
dan nenek saya.. ketika saya kanak-kanak .. dia remaja.. tiada siapa sudi
berkawan dengannya.. sebab itulah dia berkawan dengan saya dan kawan
saya…walaupun saya masih kanak2.. Dia memang lembut.. sampaikan orang kampung
bagi gelaran pondan.. dia selalu memanggil saya Erra fazira dan kawan saya
Ziana Zain sebab pada zaman itu filem itu sangat la popular… (biasala lelaki lembut
memang suka artis).
Ketika remaja, dia sangat dibenci oleh pak sedara saya, saya
ada dua orang pak saudara.. kedua2 sangat benci pada dirinya,, sebab dia
lembut.. dia juga takut dengan tikus.. pak sedara selalu buli dia.. diletaknya
tikus di dalam selimut.. berlarian dia ke ruang tamu.. pak saudara juga sering
memarahi dan pernah pak sedara memukulnya menggunakan penyapu.. Dia pernah lari
daripada rumah pada waktu malam.. sehinggakan penduduk kampung dan datuk
mencarinya.. bila jumpa ..rupa-rupanya duduk termenung di tepi sungai..
Pada suatu hari dia minta untuk keluar dari rumah, dia ingin
bekerja di bandar.. selepas kepergiannya.. dia mengirim surat.. di dalam surat
itu dia tulis.. dia meminta maaf kepada semua terutama datuk dan nenek.. dia
juga meminta maaf kepada pak sedara kerana pak saudara seolah2 malu mengaku
dirinya anak saudaranya.,, dia juga memaafkan segala kesalahan pak saudara
seperti meletakkan tikus di dalam selimutnya.. walaupun di hatinya dia memang
terasa dengan sikap paksaudara.
Kepergiannya membuatkan saya sunyi..saya tiada tempat
bergurau2 dan mendengar cerita.. dia sangat baik terhadap saya dan kawan saya…
dia selalu belanja saya dan kawan saya gula2, keropok dan mcm2 saya dah lupa..
(sambungan)
BalasPadam
NURUL SHAHIRA16 Mac 2015 5:35 PTG
Selepas beberapa tahun, siang dan malam silih berganti, saya
pula meningkat remaja.. saya berada di tingkatan 4.. dia pula sudah dewasa..
setelah beberapa tahun menghilangkan diri.. dia kini kembali semula di kampung
halamannya.. tetapi dia kini banyak berubah.. dia lebih pendiam dan tak ceria
seperti dulu.. Cuma dia hanya mampu tersenyum setiap kali berbicara.. dia kini
lebih banyak mendekati agama.. kehidupannya banyak dihabiskan dengan bekerja
dan beribadat.. sekurang2 dia dapat membantu datuk dan nenek.. saya selalu
bertanyakan soalan tentang perkahwinan.. dia ada makwe ke tidak? Dia nak kahwin
ke tidak? Bila nak kahwin? Kalau bertandang di rumahnya.. itulah soalan saya..
pernah sekali dia macam tak suka.. dia jawab .. tak ada soalan lain ke.. asyik
kahwin je.. dia juga memberitahu mungkin jodohnya di akhirat sana n dia tiada
siapa yang nak..
Pada suatu hari kami berbual panjang.. macam2 cerita.. lepas
itu dia minta izin dia nak solat magrib.. walaupun belum masuk waktu lagi… dia
dah duduk di sejadah… saya juga memerhatikan dia solat.. dia berdoa agak
panjang.. selepas itu dia mengaji al-quran… sampai masuk waktu isyak.. dia pun
solat isyak.. kemudian dia solat lagi.. selepas siap semua itu.. saya bertanya
dirinya… selepas isyak dia solat apa..? dia jawab dia solat taubat… hari2
itulah kehidupan dia… dia sering solat taubat.. dia juga memberitahu manusia
kena banyak solat taubat.. mana tahu tiba2 ajal datang menjemput.. tengah tidur
pun boleh meninggal.. saya hanya tersenyum saling mengaguk-anggukkan kepala..
Keesokan harinya, saya pulang awal dari sekolah ..saya
melihat dirumah saya tiada orang.. selepas itu.. saya menelefon ayah saya,..
ayah saya memberitahu.. dia terkena ketumbuhan otak (tak silap saya atau kanser
otak) .. dan dimasukkan wad kecemasan.. doktor meminta izin keluarga untuk
melakukan pembedahan di otak dan tempurung kepala perlu ditebuk.. (saya tak
pasti) dia koma.. kemudian saya masuk ke biliknya saya melihat semua orang
koma.. mereka seolah2 tidur.. saya melihat dirinya tenang.. saya membaca surah
yasin untuknya.. selepas itu ibu mengajak saya pulang ke rumah, dalam
perjalanan pulang ke rumah saya mendapat panggilan telefon daripada saudara
bahawa dia sudah menghembuskan nafas terakhir….
(maaf susunan ayat lintang-pukang, sekadar berkongsi cerita
dan meluahkan perasaan)
ps: aku gemar meletakkan cerita sebagaimana dia berkongsi.
ps: aku gemar meletakkan cerita sebagaimana dia berkongsi.
terima kasih ^_^
BalasPadamterima kasih sebab share
BalasPadam