Halaman


Isnin, 16 Mac 2015

Perkahwinan bagi seorang PLU

PLU that was born as woman.

Dulu beberapa kali aku mendengar luahan rakan-rakan yang telah berkahwin, yang sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan, ada yang berputus asa dan keluar dari perkahwinan, ada yang sekadar menjadikan perkahwinan sebagai topeng namun ada yang kekal dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Bagi PLU lelaki yang paling ditakuti adalah hubungan intim, sedangkan hubungan intim memp;unyai pelbagai penyelesaian andai sekadar mahukan zuriat.Jujur aku katakan, melaksanakan hubungan intim amatlah mudah namun, kasih sayang itulah yang paling sukar.

Begitu juga PLU perempuan,sama, tetap itu juga yang ditakuti. Semuanya ini apabila seorang PLU telah pun nekad untuk berkahwin. Namun sebenarnya didalam sebuah perkahwinan hubungan intim adalah paling mudah berbanding keberlansungan hidup dengan kasih sayang.

Kasih sayang kerana Allah adalah mahal harganya. Kerana kasih sayang itu akan membuatkan seseorang itu berusaha untuk menyukai apa yang dia tidak ingini. Dengan kasih sayang itu seseorang akan begitu mudah menepis setiap ketidaksempurnaan.

Perkahwinan bagi seorang PLU adalah hanya bila dia nekad.

Kekurangan dan ketidaksempurnaan pada diri boleh membuatkan seseorang itu tertekan dan menyesali perkahwinan.

Walau apapun... Allah melarang keluh kesah dan sangkaan buruk.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum… sy ingin mengucapkan tahniah kpd awk.. sebab juga org-org terpilih diberi ujian ini…. Walaupun sy tak merasai macammana berada di tempat awk.. tetapi sy dapat bayangkn apa yg dirasai oleh orang2 seperti awk.. sy selalu dengar org2 yg dilahirkan bernaluri sonsang sering menyatakan mereka tak minta dilahirkan sedemikian.. contohnya lelaki lembut mereka tak minta dilahirkan sebagai lelaki lembut… lebih menyedihkan mereka sering diejek di sekolah… kadang2 ada juga sstengah orang yang ahli agama.. meletakan mereka dikalangan ahli2 neraka.. kononnya mereka umat nabi Lut yang ingkar.. memang pedih sangat2 pedih ayat yg diberikan oleh sesengah org yg tidak memahami… siapa nak jadi ahli neraka? Siapa nk jdi umat nabi Lut??semua org islam tak nak… Bagi saya orang yg dilahirkan dan terus diuji dengan naluri yg sonsang tetapi kuat menentang nafsu dan godaan iblis adalah seorang pejuang… sebelum ini kita selalu dengar.. orang yg berjuang menentang musuh kerana Allah swt (jihad fisabillah) akan mendapat ganjaran yg besar daripada Allah swt.. bagi saya golongan2 PLU yg berjuang menentang musuh nafsu dan godaan iblis yg melampau adalah org2 yg hebat2.. bukan mudah berjuang dalam diri sendiri… kerana kita tidak mampu menipu diri sendiri.. ibarat kita menikam pisau di dalam dada sendiri… amat menyakitkan…
    Jika seseorang PLU meninggal dalam keadaan berjihad di jalan Allah swt menentang musuh Allah iaitu Iblis dalam diri sendiri, saya percaya mereka akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada org2 yg normal naluri… inshaAllah.. sebab Allah swt yg Maha Penilai, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui… yg penting sentiasa berada di jalan yang lurus dan jangan biarkan diri terus tersesat…
    Saya teringat satu kisah yang membuatkan saya terharu dan sebak.. dia sepupu saya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki lembut.. ayah dan ibunya bercerai semasa kanak-kanak.. selepas itu, dia tinggal bersama dgn datuk dan nenek saya.. ketika saya kanak-kanak .. dia remaja.. tiada siapa sudi berkawan dengannya.. sebab itulah dia berkawan dengan saya dan kawan saya…walaupun saya masih kanak2.. Dia memang lembut.. sampaikan orang kampung bagi gelaran pondan.. dia selalu memanggil saya Erra fazira dan kawan saya Ziana Zain sebab pada zaman itu filem itu sangat la popular… (biasala lelaki lembut memang suka artis).
    Ketika remaja, dia sangat dibenci oleh pak sedara saya, saya ada dua orang pak saudara.. kedua2 sangat benci pada dirinya,, sebab dia lembut.. dia juga takut dengan tikus.. pak sedara selalu buli dia.. diletaknya tikus di dalam selimut.. berlarian dia ke ruang tamu.. pak saudara juga sering memarahi dan pernah pak sedara memukulnya menggunakan penyapu.. Dia pernah lari daripada rumah pada waktu malam.. sehinggakan penduduk kampung dan datuk mencarinya.. bila jumpa ..rupa-rupanya duduk termenung di tepi sungai..
    Pada suatu hari dia minta untuk keluar dari rumah, dia ingin bekerja di bandar.. selepas kepergiannya.. dia mengirim surat.. di dalam surat itu dia tulis.. dia meminta maaf kepada semua terutama datuk dan nenek.. dia juga meminta maaf kepada pak sedara kerana pak saudara seolah2 malu mengaku dirinya anak saudaranya.,, dia juga memaafkan segala kesalahan pak saudara seperti meletakkan tikus di dalam selimutnya.. walaupun di hatinya dia memang terasa dengan sikap paksaudara.
    Kepergiannya membuatkan saya sunyi..saya tiada tempat bergurau2 dan mendengar cerita.. dia sangat baik terhadap saya dan kawan saya… dia selalu belanja saya dan kawan saya gula2, keropok dan mcm2 saya dah lupa..
    (sambungan)

    BalasPadam
  2. Selepas beberapa tahun, siang dan malam silih berganti, saya pula meningkat remaja.. saya berada di tingkatan 4.. dia pula sudah dewasa.. setelah beberapa tahun menghilangkan diri.. dia kini kembali semula di kampung halamannya.. tetapi dia kini banyak berubah.. dia lebih pendiam dan tak ceria seperti dulu.. Cuma dia hanya mampu tersenyum setiap kali berbicara.. dia kini lebih banyak mendekati agama.. kehidupannya banyak dihabiskan dengan bekerja dan beribadat.. sekurang2 dia dapat membantu datuk dan nenek.. saya selalu bertanyakan soalan tentang perkahwinan.. dia ada makwe ke tidak? Dia nak kahwin ke tidak? Bila nak kahwin? Kalau bertandang di rumahnya.. itulah soalan saya.. pernah sekali dia macam tak suka.. dia jawab .. tak ada soalan lain ke.. asyik kahwin je.. dia juga memberitahu mungkin jodohnya di akhirat sana n dia tiada siapa yang nak..
    Pada suatu hari kami berbual panjang.. macam2 cerita.. lepas itu dia minta izin dia nak solat magrib.. walaupun belum masuk waktu lagi… dia dah duduk di sejadah… saya juga memerhatikan dia solat.. dia berdoa agak panjang.. selepas itu dia mengaji al-quran… sampai masuk waktu isyak.. dia pun solat isyak.. kemudian dia solat lagi.. selepas siap semua itu.. saya bertanya dirinya… selepas isyak dia solat apa..? dia jawab dia solat taubat… hari2 itulah kehidupan dia… dia sering solat taubat.. dia juga memberitahu manusia kena banyak solat taubat.. mana tahu tiba2 ajal datang menjemput.. tengah tidur pun boleh meninggal.. saya hanya tersenyum saling mengaguk-anggukkan kepala..
    Keesokan harinya, saya pulang awal dari sekolah ..saya melihat dirumah saya tiada orang.. selepas itu.. saya menelefon ayah saya,.. ayah saya memberitahu.. dia terkena ketumbuhan otak (tak silap saya atau kanser otak) .. dan dimasukkan wad kecemasan.. doktor meminta izin keluarga untuk melakukan pembedahan di otak dan tempurung kepala perlu ditebuk.. (saya tak pasti) dia koma.. kemudian saya masuk ke biliknya saya melihat semua orang koma.. mereka seolah2 tidur.. saya melihat dirinya tenang.. saya membaca surah yasin untuknya.. selepas itu ibu mengajak saya pulang ke rumah, dalam perjalanan pulang ke rumah saya mendapat panggilan telefon daripada saudara bahawa dia sudah menghembuskan nafas terakhir….
    (maaf susunan ayat lintang-pukang, sekadar berkongsi cerita dan meluahkan perasaan)

    BalasPadam
  3. lagu sumayyah dari kumpulan hijjaz ini untuk awk..jadilah seperti sumayyah yg rela mati kerana Allah swt..
    https://www.youtube.com/watch?v=E8NsaAgt7CY

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sangat shaira, saya akn letakkan kisah sepupu aawak..iaitu antara orang yang berjuang, di entry akan datang.

      Padam
  4. Mcm mana sy nak berhubung in private. Perlukan bantuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh email saya malaikatgelapdarkangel@gmail.com
      -MG DA

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...