Siapapun kita, ujian tu sentiasa datang dan keinginan tu kadangkala sangat menghantui. Malah kemanisan yg orang lain lihat,terasa tawar dihati kita, dan apa yang orang lain rasakan kelat,menjadi sangat-sangat manis dihati kita.
Allahu.
Allahu.
Allahu.
Allahu.
Allahu.
Hanya kaulah yang maha Mengetahui. Hanya kau sahaja.
Sang iblis datang dari segenap arah,kadangkala kau lemah,walau kau tahu gagal tidak boleh ada dalam pilihanmu. Lalu,kau hanya bertahan walau hati sangat koyak, bagaikan kain buruk yang menanti rabak. Jiwa bagaikan perisai yang berlubang-lubang dek ditembusi pedang yang bertalu.
Dunia seolah tanpa warna, kerana hati sedang jerih menolak gagal.
Kadangkala bertanya bila semuanya berakhir. Namun selagi bernafas ia takkan bernoktah,kawan.
Redha Allah.
Jannah..
Jannah..
Bukan percuma.
Allahu.
Allahu.
Allahu.
Kuatkan hati kami.
...
...
Orang macam aku, hanya mampu meluah dengan kata-kata yang kelam. Sering orang menyangka, aku telah berkahwin, lalu ujian aku dah selesai, dah habis. Kadangkala aku sekadar senyum, bila kawan sendiri berkata demikian. Walhal kawan itu dulu yang mengatakan kalaulah ada button on/off untuk plu. Dan tidak waras andai kau menyangka dengan sebuah akad, maka kau berjumpa button off itu. Silap sayang.
Orang macam aku, cuma hati yang kena kuat. Kerana yakin apa yang aku buat betul, dan itupun syaitan akan jadikan modal setiap saat. Hati, anytime berbolak balik. Kadangkala ada saat hati tu terlintas juga yang bukan-bukan. Dan ada juga menyangka dengan kahwin, lalu kau jadi straight, nope, kau cuma belajar menerima fitrah.
Orang macam aku, kalau aku kata aku gagal, orang akan panggil aku pengkhianat pada ikatan yang sah itu. Tanpa sekelumit pun faham, akan usaha dan perjuangan hati yang kadangkala boleh jadi lemah bila-bila masa.
Hidup macam roda, harini kita menasihati, esok lusa kita pula perlu nasihat. Sejak akhir ini, setelah kehilangan seorang mentor, aku sebenarnya banyak bergantung pada kekuatan diri sendiri. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan itu. Dia sebaik-baik tempat pergantungan. Tanpa Dia, debu aku pun takkan ada.
Jom, banyakkan baca ayat-ayat cinta Dia bila hati merusuh.
Langit dan masjid selalu indah |
"Hidup macam roda, harini kita menasihati, esok lusa kita pula perlu nasihat."
BalasPadamExactly. Dah la hati ni jenis berbolak balik.
Salam kenal , sye pun seperti awk jga...just boleh cakap tabah kan hati menjalani ujian ini...banyakkan baca maksud al-Quran...alhamdulillah Allah rezeki kan anak dan suami...harta yg tak ternilai ...moga bahagia didunia dan akhira
BalasPadam