Halaman


Jumaat, 25 September 2015

Ujian demi ujian

Kadangkala aku rasa sangat kalah. Buntu, kecewa. Ujian kaliini datang dari orang yang pernah aku sayangi dan kagumi. Ayah. Ayah bukan lagi seorang ayah. Ayah mula membenci sesiapa sahaja yang mahu menjaganya. Aku tidak tahu apa hikmahnya menyebabkan terlalu sukar untuk menjaga seorang yang pernah menjadi ayah.

Aku mula berdoa hingga menangis. Kerana sangat buntu.

Kadangkala aku rasa tak berdaya untuk hidup, dek kerana ujian yang tak pernah berhenti. Doa aku, moga aku bertemu dengan jalan penyelesaian dan diberi kekuatan.

Kadangkala, takiut untuk hidup walau untuk hari esok.

2 ulasan:

  1. Sabar ya. Bileh jadi ujian ini memang untuk mendekatkan kita dengan tuhan. Moga kita sentiasa diberi ketabahan

    BalasPadam
  2. Pengalaman saya menjaga arwah ayah..arwah ayah menjadi agak bengis dan marah2..saya perasan perkara ni kira2 sebulan sebelum ayah pergi. Sampai mak saya pun tak tahan dgn baran ayah. Arwah ayah mmg tak sihat..gout nya agak teruk..dan dia marah semua anak2 dan mak saya tanpa sebab. Sampai la pd 25 april, ayah kemalangan semasa pulang dr masjid.
    Pengajaran buat saya, jika mak ayah kita marah, baran, n seakan2 membenci kita, jgn la kita ambil hati.mmg ujian yg berat buat anak. Saya pnh terbaca, antara tanda2 org yg bakal pergi menghadap Ilahi,dia menjadi sgt baran. Wallahualam. Sabar ye mgda. Pahala sgt byk buat kita sbg anak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...