Halaman


Sabtu, 30 Mei 2015

Perpisahan yang panjang, Pakcik pie (akuhivpositif)

Awal minggu ini aku sepatutnya menulis tentang Kem GNY 3 yang telah berlansung dengan jayanya. Sungguh, kem ini paling membuat aku teruja. Pihak penaja mula matang dalam menyediakan penceramah dan juga dalam menjaga kebajikan peserta.

Tapi, sejak dua minggu lepas, sejak pulang dari pusat komuniti di Temerloh, hati aku seolah-olah mengatakan kami akan kehilangan.

Jadi aku cuma dapat menulis sedikit tentang kem tersebut di page Jalan Pulang LGBT 

Sejak perjumpaan di pusat komuniti, pakcik mula sakit perut yang amat sangat, sebelum ni pun ada berlaku sejak seminggu dua sebelum itu. Pakcik tak boleh bangun. Cuma malam sebelum  training itu sahaja pakcik dapat berbual dengan kami. Hinggalah malam sebelum kami pulang, pakcik gagahkan diri berbual lagi, masa tu kami memang nak angkat pakcik ke hospital, tapi degil orang tua ni memang lain macam. Dan esoknya kami pulang dengan perasaan bercampur baur.

Sepanjang seminggu dua itu, kami cuma dapat mengetahui tentang pakcik dari ummi dan mak melalui aplikasi telegram. Hati kami dah sangat rengsa. Tapi hidup perlu diteruskan, kerja, dan hubung menghubung tentang kem. Pakcik deaktivate facebook, dan orang mula bertanya bagaimana keadaan pakcik. Kami pula diberi amanat untuk tidak memberitahu sesiapa, pakcik mahukan privacy dengan keluarga. Ya, ini saat genting. Bila pakcik tinggalkan whatssap group, aku dah tahu pakcik dah mula putuskan hubungan dari dunia dalam talian, tempat pakcik selalu memberi kaunseling tentang HIV, tentang perkahwinan malah tentang kehidupan, apa sahaja..

Hinggalah kemuncaknya pada 27haribulan Mei, kami menerima mesej dari ummi.

"Tolong..tolong doakan, abah kritikal"

Saat itu aku dan suami dah tak terkata apa. Ya, pakcik Pie, yang kami anggap abah, dia yang selalu memberi nasihat, dia yang sangat penting dalam hidup kami. Sedang nazak. Allahuakbar.

Dan dia pergi pada malam itu.

Benarlah, kematian itu datang tanpa menunggu sesiapa. Pemergian dia membuatkan garis masa FB aku dibanjiri dengan ratapan dan keluh sedih sesiapa sahaja yang pernah mengenali beliau, samada pernah berjumpa atau tidak, semua tersentuh. Benarlah dia, datangnya dirai, perginya ditangisi.

Sehingga aku menulis entry ini, aku masih menghadam bahawa dia telah tiada. Hanya satu ayat yang membuat aku melepaskan dia setiap kali ingatan tentang dia datang ialah..

"Allah merindui dia"

Ya, siapalah kita untuk menahan setiap dari Yang Esa, Yang Maha besar. Selalu pakcik pesan pada aku, minta pada Allah, mustahil ada yang mustahil bagi Allah. Lalu bukankah setiap pertemuan itu nikmat dan perpisahan itu pasti.

Dulu ramai orang menegur aku, jangan taksub dengan manusia yang seorang ini, ini bukan taksub. Sahabat jujur, sahabat yang
ikhlas, yang tidak gentar memohon maaf walaupun dari seorang yang menyakiti beliau bila sedar ada khilafnya. Orang begini tidak datang banyak kali dalam hidup, dan tidaklah salah andai hadirnya dihargai, dan belajar banyak dari sikapnya yang baik.

Ya dia insan hebat. Satu-satunya aku terkilan bila dia menyatakan dia bangga dengan aku dalam satu forum tertutup dan pertama yang aku dan dia dijemput bersama. Aku sangka aku khilaf dengar, dan aku tidak memberikan apa-apa respon sebaliknya sekadar berdiam diri. Walhal aku ingin sangat mengatakan dialah yang banyak mengajar aku untuk terus berjuang dengan diri sendiri dan kebenaran yang aku sangat pasti.


Pakcik, baru dua hari pakcik pergi, kerinduan kami telah sangat tak tertampung. Beberapa mesej dari rakan menyatakan kerinduan dan kesedihan sampai di telefonku. Dan aku semat dalam diri untuk menukarkan semua rasa kerinduan ini sebagai tekad untuk meneruskan perjuangan pakcik.

Mungkin masa ini masa bertenang, demi untuk sama menyokong keluarga pakcik yang pastinya lebih-lebih lagi terasa dengan kehilangan. Kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi mereka, banyak yang perlu dibina kembali, banyak urusan yang harus diselesaikan. Demi sebuah kehilangan. Inshaallah PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA akan kembali mengatur strategi dalam tempoh terdekat.

Pakcik, kami merindui pakcik.
Dan akan kami titipkan alfatihah setiap kali ingatan itu hadir.

Pakcik Pie 20/4/1967-27/5/2015







5 ulasan:

  1. Mcm tk pcaya smua nie trjadi..slalu mdpt motivasi dn info dr tulisan di blog..smoga Allah tempatkn arwah di tempat yg terbaik..Aminn..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info ini. Baca blog almarhum memberi kekuatan kepada saya dari dulu sampai sekarang. Beliau seorang yang kuat, sebab itu Allah datangkan ujian sebesar itu kepada beliau. Semoga Allah permudahkan beliau jalan ke syurga. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Innalillah.. sesungguhnya.. nasihat2 arwah inshaAllah menjadi jariah untuk beliau. walau hanya seketika.. beliau ada menitipkan kata2 semangat buat saya..

    BalasPadam
  4. Innalillah.. sesungguhnya.. nasihat2 arwah inshaAllah menjadi jariah untuk beliau. walau hanya seketika.. beliau ada menitipkan kata2 semangat buat saya..

    BalasPadam
  5. al fatihah... masih terngiang ngiang suara ahp tatkala memberi nasihat kpd sy. malah sblm arwah mgrjakan umrah, sempat juga berhubung n minta di titipkan doa khas buat saya.. semoga usaha2 arwah tidak terhenti malah diteruskan kerana walaupun zahirnya beliau sudah tiada namun jiwa dan semangatnya tetap terus utuh bersama2 perjuangan yang masih perlu diteruskan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...