Halaman


Sabtu, 8 Jun 2013

Tiada apa yang perlu dikejar

Aku mudah sayang pada orang yang menyayangi aku. Orang yang kejar aku, aku akan jatuh cinta tanpa sebab.

Aku tidak memilih rupa atau apa. Bila kau menyayangi aku, kau akan tahu betapa kasih aku mungkin tak dapat kau tampung.

Sayangnya, andai Adam. Sepanjang yang aku kenal, mereka akan mula kendur dan menghilang apa bila sedar tali yang mereka hulur, juga mendapat rentapnya.

Kata orang jangan dikejar..

Sedari dulu, aku banyak hargai dan mudah mengasihi hawa kerana kasih mereka yang kuat dan tulus. Hidup bagai syurga.

Namun pahitnya terpaksa kutelan kerana tidak akan dapat diakad.

Kata orang jangan dikejar..

Kerana aku seorang hawa. Walau lelah dengan bahagia cinta dari sang hawa..aku tetap harus mengecewakan. Dan hati aku lebih parah, tiada yang endah.

Kadangkala ada bisikan mengatakan..sudahlah..memang takdirmu untuk sang hawa. Apa lagi ditongkah bahagia bertalu.

Kata orang jangan dikejar..

Benar, hati cuba mengejar redha Allah. Tapi..rasa terlalu jauh dan terlalu sukar.

Kata seorang ustaz, kecewa tidak mengapa, tapi jangan berputus asa..

Tapi, hati aku cuma kenal cinta sang hawa.

Astaghfirullahalazim..
Mana cinta Allah yang kau lupa? Ingat, Dia tidak kejam.

Ya Allah, matikan aku bila sekehendakMu. Tapi rayuku, jangan kau matikan hatiku dengan putus asa.

7 ulasan:

  1. Kau takkan putus asa. Masa terlalu pendek untuk berpaling ke belakang, dan terlalu panjang untuk menuju ke hadapan. Ruang masa yang infinit selagi jantung berdenyut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia bukan masa yang lalu. Ia sedang datang bertalu.

      Padam
  2. Apa yg kita ckp pun satu doa.so..ckpla bnda yg baik2 aje...tahu bukn mudah.bgusla saudari x putus asa.

    BalasPadam
  3. Lagi susah kalau tak tau nak bagitahu sape.bagtau tuhan je lah kan.mari bersabar okay.

    BalasPadam
  4. sama2 kita mengejar cinta yg hakiki.... sambil mengejar, sambil belajar, sambil mengajar....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...