Halaman


Sabtu, 1 Jun 2013

Hidup ini sekadar menguruskan ujian.

6 bulan lepas..
Aku: aku nak buat group plu,untuk sama-sama cari kekuatan dengan aku.

Kawan: pendapat aku, payah, kau sedia ke nak jadi pemimpin dalam kumpulan yang pelbagai ragam?

Aku sekadar senyum. Saat itu, terus terang aku kata aku tak fikir panjang. Naifnya aku, aku berkata pada diri, ah...kalau group pengkid lesbian berlambak di fb kenapa tak boleh aku buat group yang nak bawa pada kebaikan.

Satu ketika seorang lagi sahabat pernah berkata..

"Kalau nak buat benda untuk Islam ni memang badi, ujiannya bukan alang-alang"

Ya harini baru aku tahu. Baru aku belajar permulaan sepak terajang, benda yang aku ingat mudah dulu.

Moga Allah beri aku kekuatan. Berjuta kali dah aku nak remove diri dari group. Yang ada waktu benar-benar mencabar jiwaa lemah aku ini.

Benarlah, tuhan beri ujian bukan untuk menzalimi tapi tanda kasih untuk mendidik kekuatan jiwa.

Dan tuhan sentiasa mewakilkan insan-insan yang membantu sepanjang perjalanan.

Moga sesuatu yang kita buat untuk kebaikan itu, baik juga akhirnya.

4 ulasan:

  1. Sentiasa merasainya dan krn biasa itu la akhirnya mnguatkn diri & insyaAllah mnjadi chye yg mnemani pjalanan d sana...
    Rasulullah sndiri diuji, inikn pula kita hmbaNya yg hina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi rasulullah ada keluarga..ada isteri2. Saya ni balik sorang hentak kepala kat dinding jela. Lol

      Sebenarnya lagi sendirian orang itu..sepatutnya lagi dekat dia dengan tuhan..kan.

      Takpelah inshaallah sy buat yg termampu.

      Padam
  2. Berjuang ke arah kebaikan bukan perkara yg mudah... tp, aku yakin perjuangan mgda dlm group itu bukan perkara yg sia-sia... teruslah kuatkan hati dan diri spya apa yg diniatkan menjadi realiti kemudian hari.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah. Ya..harapnya tetap dengan matlamat yg betul.

      Tq dlizhs

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...