"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Ahad, 26 Mei 2013
Aku hariini.
Ramai yang kata, isu aku, balik-balik itu, balik-balik rindu dan cinta aku pada Deanna. Andai aku katakan blog ini sekadar itu, pasti ada yang hempas-hempas pintu, kahkahkahkah, maknanya, bila aku dapat mengubati cintaku pada Deanna, blog ini akan diberhentikan. Hahahaha.
Sebenarnya, blog ini asalnya adalah catatan-catatan peribadi aku tentang sisi-sisi gelap aku. Dan kemudiannya, bila aku bertemu dengan seorang lelaki yang besar pengaruhnya pada aku iaitu Pakcik Pie a.k.a Tok Ayah Pie pemilik kepada blog Aku Hiv Positif, blog Ada Malaikat Didalam gelap ini mula menceritakan perkembangan aku sebagai MG DA. Tok Ayah Pie baru-baru ini mendapat anugerah Ikon Media Non-Conventional (Sesungguhnya aku lupa nama anugerah nya sebenarnya, harap dia tak baca entry kali ni,hahah)
Ada orang panggil aku Magda,ada orang panggil aku DA, namun aku lebih senang dipanggil MG. Walaupun MG tu boleh juga membawa kepada akronim yang merapu, Minah Gatal ke, Minah Gerek ke, Minah Gemuk ke, Minah Ganas ke, mengada-ngada ke.
Bagi aku terpulang. Tapi dengar kat telinga aku nama-nama diatas ni, memang aku musuh lah, kalian.hahaha
Dan nama MG ni pun, sebenarnya aku mula tekad, selepas aku mewujudkan grup Jalan Pulang-PLU. Ada yang pandang nama MG tu besar, tak boleh buat silap, tak boleh ada kelemahan. Ada yang rasa MG ni sangat kuat, boleh menepis segala godaan sehebat Ultraman melawan raksasa.
Dari grup ini, aku banyak belajar tentang apa yang perlu dibuat, bagaimana menangani konflik antara grup, yang mana aku sendiri masih banyak belajar. Ada waktu rasa putus asa dan merasa, buat apalah aku nak bersusah payah bawa grup ni, tinggalkan sahaja, ada orang lebih baik dari aku. Tapi, grup ini sebenarnya juga banyak bagi kekuatan pada aku, bertemu dengan orang-orang yang lebih hebat ujian dan dugaannya, aku mula rasa, apa sangat ujian yang Allah beri pada aku. Dan, kami saling memerlukan. Bertahan dan bertahan dalam perjuangan.
Paling unik, tujuan asal aku sebenarnya ialah untuk mencari rakan-rakan sebaya aku, yang dah lama bergelumang dengan dunia PLU, yang dah bertukar-tukar pasangan sejak usia muda lagi, dah rasa sepak terajang dunia PLU, dah rasa peritnya nak tinggalkan dunia ni, putus asa dan berpasangan lagi, putus asa dan berpasangan lagi, putus asa dan berpasangan lagi. Macam aku.
Namun, kemudiannya, aku bertemu dengan ramai golongan anak muda yang teruja dengan grup ini, dan mahukan apa yang aku juga nak. Kekuatan untuk kembali kejalan fitrah, kekuatan untuk memerangi nafsu pada yang tidak halal.
Mulanya, egoku mengatakan, alah dik, baru couple dua tiga nak taubat, rasa dulu couple 5-6 tahun, one night stand waktu break up, rasa dah cukup semua, rasa dah penat kejar cinta, rasa dulu sampai nak gadai agama, dan merancang nak bawa lari awek migrate pergi Thailand ke UK ke.
Kemudian, aku fikir balik. Mereka yang muda ini, adalah gambaran aku dan kawan-kawan aku dahulu, lihat betapa teruknya kami terjarah dalam dunia gelap. Bagi aku, aku dah amat teruk, bukan sahaja bertukar-tukar pasangan, dengan wanita, tetapi juga mula terjebak dalam dunia 'coklat', yang tak sanggup aku sebut lagi. Kalaulah aku tidak terlalu merasa sendirian dengan dunia aku, mungkin aku tidak sejauh itu.
Setiap kehidupan adalah pengajaran, bukan kesilapan.
Aku pula kini, selalu serba salah, bila berada dalam grup. Nak tegur lebih-lebih, gurau lebih-lebih, dikatakan memikat ahli group sendiri, bila aku tak begitu tegur sesiapa, adalah kerugian bagi aku peluang untuk menjalinkan silaturahim. Jadi jika aku tegur lebih-lebih, manja sikit-sikit, maafkan aku, aku sekadar ingin berkawan. Fitrah aku, aku adalah orang yang amat gemar menyendiri, jadi dalam bergaul ni, aku banyak kelemahan.
Dalam sebalik-sebalik itu, aku gemar mendekati mereka yang sendirian, sebagai sahabat. Mungkin juga kerana sendirian itu adalah hidup aku.
Selain kehidupan online, aku adalah seorang anak yang memikul tanggungjawab menjaga kedua ibubapaku yang uzur. Cerita tentang keluarga ini, adalah sesuatu yang aku tidak gemar untuk sentuh, kerana ianya terlalu pribadi bagi aku.
Jadi, inilah hidup aku sekarang yang sebenarnya,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
You've made me feel old. Ouch.
BalasPadamhahahah, kai, rileksss! kau kan memang manusia dari setiap zaman,hahah
PadamUntung jaga kedua orang tua ni, saya tak jaga mak ayah saya pun.. mak ayah saya jaga saya hehehe.. moga2 ganjaran menjaga orang tua kelak di perolehi.
BalasPadamermm yang lain2 tu biarlah orang seadilnya memberi pendapat.
hmm....
Padamlike! :)
BalasPadammekasih..do you like me? heheheeheh larik
PadamKdg2 kita tak sedar usaha kita yg kecil di mata kita tp sebenarnya besar pd seseorg.... :)
BalasPadamhmm..harapnya...dapat sama-sama beri kekuatan.
PadamPlease do not give up on yourself yet. Everything on this world is temporary always. Only Allah knows you the best!
BalasPadamnot give up, expecially after i met you
PadamTok ayah singgah bce wahai cucu...
BalasPadamaiyooo...maapkan cucu ye tok, anak cucu tumpang lalu.hehe
Padamsy pun sama spt anda...
BalasPadamSama bagaimana? Inshaallah..sesama kita bersama dalam satu kesamaan yang bersama dalam menyamai sama-sama.
Padambace blog time tgh keja.touching tol.tp cool je coz kemachoan perlu dcover.
BalasPadamXpe. Ayat2 yg dtg dr hati xkan mmbosankan. Mgda bnyk luahkn apa yg kmi xmmpu tules dlm ayat2 yg smpurna.jia yo!
Jia yo? Aku kenal sorang je yg slalu guna jia yo ni. Have we met?
Padamxpenah. maybe someday :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamda lem x singgha n komne...stay sttong n never give up..ramai yg mndoakan..insyaallah :)
BalasPadam