Halaman


Khamis, 23 Mei 2013

Be your own master!

Pernah terfikir tak ngerinya andai esok bila kita bangun, adalah hari yang sama, terpaksa melalui kelukaan yang sama, dan kegembiraan yang sama.

Sebagai manusia yang cepat bosan dengan keadaan yang rutin, mimpi ngeri sebegitu adalah amat ngeri, rela mati dari kena bangun pagi pada hari yang sama.

Lalu hari yang baru patut disyukuri, tak gitu? Heheh.

Yep, orang macam kita, hanya harus menikmati nikmat yang ada, tidak perlu mengejar sesuatu yang tak pasti.

Bertuah orang macam kita.

Betul, derita bila terpaksa menolak cinta yang dah sah-sah takkan menjadi halal. Cinta yang kalau bernafsu besar trillion angkasa dan buat hubungan seks 20 juta kali sehari pun tidak akan menghasilkan benih.

Kui..kui..kui.

Bila ada yang datang bertamu, aku hanya harus sekadar melayan sebagai kawan, walau hati membuak nak manja-manja sikit.

Fikir balik, kalau layan hati aku dan layan hati dia, dua dua sengsara, dua dua akan timbul perkara yang lebih parah.

Cukuplah parah yang dah aku alami.

Nafsu dan emosi harus dikawal, agar ia menjadi hamba pada diri. Berlaku kejam kepada dia, supaya dia sedar siapa tuannya. Ni tidak, sesuka hati je nak muncul, sesuka hati je nak bagi tuan ni penat melayan, berair mata dan tempat-tempat lain.

Hidup ini pilihan. Ya, mungkin  aku tidak dapat memilih untuk membalas cinta dia. Si dia..atau si dia..atau aku sendiri.

Tapi pilihan aku adalah untuk menjadi tuan pada diri sendiri, iaitu hamba hanya kepada yang Esa.

Selamat pagi, selamat bekerja. Kalau mengantuk, jangan layan..bangun dan buat kerja okeh!

Tak ke mati kalau kena alami 50st date,, kesian kat perempuan ni dan kesian kat Adam Sandler. Eh..syukur kau ada harini dan esok.

11 ulasan:

  1. Dosa letak pic dedah aurat.

    BalasPadam
  2. Semoga terus kuat mghadapinya ツ

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih ..macamna ye buat simbol kat hujung tu?

      Padam
  3. Singgah utk amek Semangat. *SedutSedutSedut* lega skit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih,saya doakan ayamas pun kuat juga.sentiasa..inshaallah!

      Padam
  4. kadang2 kita kena fikir jauh sikit dan perlukan sedikit pertolongan kawan2.. moga istiqamah.. dunia ni sat ja..

    cari bahagia dalam hati, fokus pad benda lain yang boleh membahagiakan kita, tukar derita kpd bahagia.. kita nak hidup xlama di dunia rugi kalau derita..

    kata2 ulama terkenal.. kita perlu merasa syurga di dunia.. untuk merasa syurga di akhirat dan syurga kita berada di dalam dada kita.. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thumbs up for this artikel.. be your own master! i like

      Padam
    2. thanks ao, awak antara orang paling setia, saya harap awak akan jadi seorang daie yang gemilang satu hari nanti

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...