Oswald adalah seorang FTM yang baru menyertai group Jalan Pulang.
Oswald:
Oswald:
Saya menerima satu email tentang Bengkel pengurusan Jenazah.
Saya banyak berfikir tentang apabila saya mati, siapa akan menguruskan saya,
lelaki muslim atau wanita muslim?. Saya adalah Transmen (Female to Male)
post-op.
MG: Saya pernah menghadiri ceramah, yang memperkatakan
tentang jenazah. Seorang MTF (Transwomen, Male to Female), akan diuruskan oleh
lelaki muslim dan FTM diuruskan oleh wanita muslim.
Oswald: Oh, jadi
bagaimana dengan muslim transgender yang mahu berkahwin? Bagaimana dengan menunaikan
haji dan umrah?
MG: Perkahwinan
dikalangan transgender adalah tidak sah. Kecuali FTM berkahwin dengan seorang
yang memang dilahirkan sebagai lelaki. Satu fakta yang agak sedih untuk kita
terima, semua ibadah mesti dijalankan mengikut jantina kita dilahirkan.
MG: Kecuali
Khunsa, khunsa adalah kes yang berbeza, dimana mereka memang dilahirkan dengan
dua jantina. Selalunya ia boleh dibezakan dengan adanya rahim atau kilang
sperma. Jika seseorang itu boleh mempunyai sperma, sudah semestinya dia lelaki,
sekiranya mempunyai rahim, sudah semestinya perempuan.
MG: Tapi ada
wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Kesimpulannya, khunsa akan disahkan oleh
doktor samada seseorang itu benar-benar mempunyai dua jantina sejak dia
dilahirkan. Ianya boleh ditentukan oleh hormon, struktur tulang, sperma, rahim
malah kromosom. Kemudian mereka akan mengesahkan seseorang itu sebagao khunsa
dan penjaga biasanya dinasihatkan untuk membuat pembedahan jantina kepada
kanak-kanak itu.
Itu mengikut apa
yang saya tahu dari syarie. Sekurang-kurangnya, itulah yang berlaku di
Malaysia.
Pada awalnya,
saya juga tertanya-tanya tentang ini, tapi didalam ceramah yang saya hadiri,
fasilitator itu berkongsi dengan kami pengalamannya menguruskan jenazah MTF
(wanita transgender/maknyah/transwoman). Jadi dari situ saya faham bagaimana
hukum soal ibadat terhadap transgender.
Oswald: Terima
kasih. Saya sebenarnya tidak berani untuk mengimpikan perkahwinan, bagaimana
dengan menunaikan ibadat haji?
MG: Menunaikan haji,
jika kita fikir secara rasional, dalam kad pengenalan anda adalah lelaki
(Oswald adalah warganegara Singapura, mempunyai peruntukan undang-undang untuk
menukar jantina, setelah pembedahan jantina dilakukan). Arab Saudi akan
menerima itu. Tetapi samada ibadah itu sah atau tidak, ditakuti secara syarie
ia Cuma akan sah jika ftm menunaikannya seperti muslimah.
Oswald: Pada masa
kini, didalam jantina pada ID saya adalah lelaki, tetapi tidak pada sijil
kelahiran.
MG: Arab Saudi
akan terima, tapi..seperti saya terangkan tadi..
Oswald: Saya
bersedia untuk menerima kenyataan ini. Saya tidak mahu hilan iman saya lagi.
MG: Sama seperti
semua ibadah. Bagi syariah Islam, ianya akan mengikut jantina kelahiran,
kecuali khunsa.
MG: Saya
menyayangi kami! Dan tahu ianya tidak mudah, kawan.
Oswald: Memang ternyata tidak mudah. Kita kembali kepada
Allah seperti kita datang kesini dari Dia. Saya telah pun berbincang dengan
teman saya tentang ini.
MG: Kerana itu
saya menyayangi kamu! Sayang kerana Allah, semua kita boleh kembali pada Allah
dan sesetengah kita melalui jalan yang sukar, tetapi Allah tahu dan kira
setiapnya. Makin susah perjalanan itu, makin tinggi darjat iman seseorang itu.
Hidup ni tiada
apa...redha Allah adalah amat sesuatu.
Oswald: Terima
kasih kerana menyayangi saya, kawan. (terharu). Saya menghargai kebebasan dan
pilihan yang Allah beri. Ya, hidup hanya sementara. Saya amat gembira menyertai
group ini sejak jumaat lepas.
MG: Inshaallah. Moga
Allah merahmati kita, moga kita kembali pada Allah dengan redhaNya, dan moga
semua kita berjumpa disyurga.amin.
Mesejnya kepada
ku:
Di masa hadapan,
saya akan bersedia untuk menunaikan haji dan pergi kesana sebagai wanita.
Selepas pulang, saya akan terus menjadi wanita, hingga akhir hayat.
Note:
Definisi ’pre-op’, post-op dan full op FTM:-
Pre-op: Tanpa
pembedahan jantina. Hanya menggunakan suntikan hormon terapi (HRT).
Post-op: Telah
menjalani pembedahan jantina(SRS): bahagian atas dan juga hysterectomy (membuang rahim). Terus
menggunakan suntikan hormon (HRT).
Full –op: Telah
menjalani pembedahan jantina (SRS): Pembedahan penis mengikut beberapa kaedah
yang dipilih- phalloplasty (mengambil kulit lengan atau peha dan menstruktur zakar dan penis) ataupun Metoidioplasty (mengubah struktur clitorist, tanpa membentuk zakar). Meneruskan suntikan hormon.
Proses detransisi bukanlah mudah dan hampir mustahil, kerana Oswald telah pun lama mengambil suntikan hormon, dan telah menjalani pembendahan Post-op. Dan dia memerlukan kestabilan estrogenes untuk struktur tulang apabila telah tiada lagi rahim dan ovari.
Apapun, dunia hanyalah sementara. Siapa dan apa rupa kita dihadapan manusia, selagi perintah Allah kita turuti..kita hanya hamba Allah..dan Allah lah yang maha mengetahui niat dan usaha hambaNya.
Entry rujukan: apa itu pengkid dan FTM
Entry Part 1: respond seorang FTM.
Catatan dari Oswald: Between Islam and FTM
Entry rujukan: apa itu pengkid dan FTM
Entry Part 1: respond seorang FTM.
Catatan dari Oswald: Between Islam and FTM
Pengajaran utk kita semua... pernah menonton telemovie Dalam Botol... wpun ia tentang MTF, tp sungguh terkesan di hati... sesungguhnya kepada DIA jua kita akan kembali...
BalasPadambenar, dalam hidup ini terllau banyak kebenaran yang kita cuma akan dapat bila kita memikirkannya.
PadamSebab tu Allah suruh kita berfikir, melihat dan ambil pengajaran....yg baik kita ikuti, yg sebaliknya cubalah sedaya mgkin utk elakkan....Suka atau terpaksa... kita tetap kena kembali pd fitrah asal kelahiran kita..
PadamSemoga di beri kekuatan untuk berubah, manusia ni apabila tercalar.. sangat mudah nak kembali kepada Pemilik kita tapi keadaan sekeliling akan sering mengukum kita.. semoga sabar dan sabar serta tabah dalam proses kembali pulang.. ingatlah walau semua jalan di dunia tertutup buat kita masih ada jalan yang terbuka untuk kita di langit sana.
BalasPadamSemoga kuat..
saya tertiba sedih sebab dia dah buang rahimnya, saya belajar anatomi dan fisiologi rahim.. jadi saya tahu kesan2 yang bakal di alami.. semoga tabah kawan.. semoga tabah... * give big hug untuk Oswald *
Oswald saya nak kawan dengan awak, kalau sudi emaillah saya di delaboratoire@gmail.com .. tq.
terima kasih mgda sb translate..
anonymous one, terima kasih kerana bagi semangat, err..tapi oswald belum belajar bahasa melayu.
PadamAnonymous one, I appreciate your kind words. I am very sorry to tell you that i am non-Malay language user. I use Google Translate to convert from Malay to English, but it is not very perfect. :( Anyways, I am currently learning the very basic level of Malay language. You can follow on my blog. :)
PadamTq MGDA kerana entry2 di blog ini.
BalasPadamTo Oswald, i'm happy for you and May Allah bless you, amin :))
-yatt-
aminnn
PadamYatt, thank you for your kind expression.
PadamAda sorang reader mengadu pasal kawan dia FTM kat blog aku dan sebenarnye aku agak buntu nak reply ape,.
BalasPadamTapi post kau nie bagi aku idea apa yang perlu aku reply, di samping buat aku lebih paham pasal kewujudan & hal-hal teknikal pasal FTM nie,.
Thanx sesangat MGDA! ;)
thanks to you too, :)
PadamSaya jual hormon testosteron utk yg ingin kelihatan maco dan spt laki2
BalasPadamAdd pin:53FA660A atau id line: kolebshop
maaf mencelah.
BalasPadamsaya Muhammad Nazih.
khusus dlm sains kemanusiaan dan ilmu wahyu. Sy tlh buat reserach ttg maksud khunsa dlm islam lbh 10thn.
pd sy ada kekurangan dlm ulasan di ats.
Transgender trbhagi kpd 2..
1, org yg dilahirkn sbg prmpuan, trima diri dia sbg prmpuan, tapi dia suka kelihatan spt lelaki..dn bernafsu kpd lelaki. dlm islam, golongan ini lah yg disebut dlm hadith sbg dilaknat Allah.
2, org yg dilahirkn sbg prmpuan, tapi ruh dia lelaki..dia trima dn sedar diri dia lelaki, dn tetap sedar dirinya lelaki wlau dibesarkn dlm environment sbg prmpuan. bernafsu hny kpd prmpuan. mreka tdk blh solat dlm jemaah prmpuan..dan harus ke ats mreka mlakukan pmbedahan. ibadah mreka..WAJIB sbg lelaki.
Dan mreka sah brkahwin hny dgn prmpuan.
Dua kategori ini sgt susah dibezakan.
dan mngikut fuqaha, hukum ke ats keduanya berbeza.
minta admin juga share kpd pembaca paperwork prof sy, prof hashim kamali..
dan fatwa dr ulama' negara2 arab spt Iran.
Sekadar brkongsi ilmu..krn sy tdk mahu mnusia slh fhm ttg Islam. Allah tdk akn mmbebani hambaNya mlebihi apa yg ia mmpu..Jika mreka mmg transmen yg btl2 male imprinted mind, harus ke ats mreka mlakukn pmbedahan..dn yg plg penting ibadah. krn sy sbg seorg lelaki, sy blh byg apa yg mreka rsa jika trpaksa solat dibelakang prmpuan..ibadah pn tk khusyuk, solat pn tdk sah.
wallahua'lam