Halaman


Isnin, 18 Februari 2013

Pengkid, ftm dan transgender.

Sebelum aku mula bicara, mari aku bercerita tentang definisi yang dipakai. Namun harap maklum, definisi yang terang hanyalah sekadar penilaian aku dari pergaulan, pembacaan dan pengalaman.

Pengkid:
Golongan yang dilahirkan sebagai perempuan namun mempunyai cara hidup seperti lelaki, cara berpakaian, cara bercakap dan bergaul. Kebanyakan mereka tidak selesa dikenali sebagai perempuan melalui panggilan nama seperti kakak, cik dan sebagainya. Malah nama panggilan yang dipilih juga selalunya menyerupai nama lelaki.

FTM (Female to male):
Mereka ini bukan sekadar berpakaian atau hidup seperti lelaki, mereka sentiasa menganggap diri mereka lelaki, dan merasakan terperangkap dengan tubuh biologi mereka. Mereka didefinisikan ftm sepatutnya hanya setelah mereka membuat pembedahan membuang buah dada. Ada yang memulakan dengan mengambil pil Testoran atau dipanggil 'T'. Selepas fasa ini biasanya mereka akan melengkapi diri mereka dengan pembedahan Metoidioplasty, untuk memiliki penis yang membolehkan mereka sekurang-kurangnya membuang air berdiri. Dan terakhir adalah pembedahan buang rahim, agar mereka tidak mengalami haid.

Transgender:
Golongan FTM ataupun MTF. Dimana FTM dipanggil Transmen dan MTF dipanggil Transwomen.

Pengkid biasa dilihat namun, FTM pada awalnya hampir tidak wujud. Namun, mereka sebenarnya ada. Terlalu sukar untuk dibezakan, kerana mereka biasanya amat low profile, amat. Mereka tidak pernah menganggap diri mereka lesbian, mereka adalah lelaki.

Aku sering dan suka mengkaji kehadiran FTM sejak 3 tahun lepas, dan komuniti di Malaysia telah ada, namun jarang disedari kerana mereka terlalu terpencil.

Membaca dari artikel The Transmen is still overshadowed  aku merasa sesuatu.

Aku dapat merasakan sedikit kemelut dijiwa mereka. Ya, aku tahu mencapai impian namun tidak akan pernah diiktiraf, apalah ada pada pengiktirafan kewujudan, jika di bandingkan dengan kepuasan yang diperolehi. Di Malaysia, penukaran gender didalam dokumen hanya dibolehkan kepada golongan khunsa, iaitu yang disahkan doktor memiliki dua jantina.

Pertama sekali, prinsip aku, kita semua manusia, masyarakat yang menghakimi dan menjadikan dunia ini memaksa banyak perkara. Kalau ikut hati aku, aku memang nak buat pembedahan, dan migrate ke luar negara..lalu hilanglah semua ketidak puasan.

Ingat dalam diri kami tiada tuhan? Kucing pun tunduk pada kekuasaan Illahi. Perkara paling besar dan anugerah paling berharga adalah kalimah Allah didalam hati. Dan ini tidak akan dapat dinilai oleh sesiapa.

Berhakkah orang lain mengatakan orang transgender ini harus dibakar dilaknat Allah, tak diterima bumi, harus dipulaukan, harus ditentang, malah ada yang mengatakan harus dibunuh.

Mereka mengatakan dan melantik diri menjadi hakim kerana mereka tidak pernah merasa betapa peritnya rasa janggal dalam setiap perkara, merasa tidak pasti dalam setiap perkara, merasa keliru dalam setiap perkara, merasa asing pada tubuh sendiri.

Sewaktu berusia 18 tahun, aku ingat bagaimana seluruh keluarga menentang aku, abang merayu, kakak menempelak, Pa dan Ma melontarkan bahawa aku memalukan keluarga. Namun pemberontakkan hati itu hilang kah? Tidak. Ia cuma hilang, bila Allah beri hidayah pada hati, iaitu beberapa tahun kemudian.

Lalu pada semua prejudis dan kebencian yang dilemparkan, adakah ada impak pada setiap jiwa yang telah tekad? Jawapannya tidak, ianya sekadar menguatkan dan membina benteng disegenap ruang hati, lalu mencari jalan keluar.

Sewaktu mengikuti program street dakwah dahulu, aku panas telinga bila ada rakan se program yang mengadu kawan mereka tidak menutup aurat dan sebagainya. Ingin sahaja aku memberitahu, perkara paling utama adalah syahadah, adalah iman dan kalimah Allah. Ramai sahaja orang bukan islam yang bertudung litup, tetapi tiada syahadah dihati.

Membenci, tidak akan menyelesaikan apa-apa, kerana dunia ini hanya sementara. Yang utama adalah masih memegang kalimah syahadah. masih mengaku diri ini Islam. Dan aku tahu itupun mahal harganya bagi segelintir muslim secara biologi.

Doa aku buat semua, siapa pun anda, bagaimana pun diri anda, walau ada yang mengatakan anda tidak layak hidup dibumi ini, peganglah kalimah Allah, dan akuilah rasulullah itu pesuruhnya, ada banyak perkara, hanya Allah dan anda sahaja yang tahu. Solatlah cara mana pun. Selagi anda mengaku anda Islam, anda adalah saudara seIslamku.Moga kita sama-sama sentiasa mendapat hidayahNya.

Link: Videoblog ,PLUcommunity, wikipedia, Iranian Transmen

Salah seorang FTM selepas mastectomy, pembedahan dada.

21 ulasan:

  1. Saya bila baca artikel ni saya dapat rasa sakit dan dendam..

    lepaskan semua sakit dan dendam itu insyallah boleh pulih segala luka yang ada di hati..

    Kita di dunia ni sementara, ujian yang di lalui akan menjadikan kita lebih kuat. Belajar dan cari ketenangan dengan ilmu mendekati Allah.

    Saya cadangkan dengar usrati di radio IKIM boleh juga dapat di you tube dan download di majlis ilmu.

    Saya rasa bila kita mendekati al-quran jiwa kita lebih tenang, cara fikir kita berubah dan lebih penting hidup kita lebih tenang.

    Raihlah kebahagiaan dan beri peluang pada diri untuk meraih kebahagian... Allah mencipta rahmat lebih besar dari murkanya. Di sini saya pecaya apapun ujian kita mampu untuk meraih kebahagian dengan melepaskan semua dan mencuba dengan bertawakal kepada Allah.

    :) Allah sayang kita dia tahu bagaimana nak mendidik kita supaya lebih dekat kepadanya.

    apapun pandangan saya boleh jadi betul dan boleh jadi salah... kerana saya hanyalah manusia biasa. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah..harap semua akan mndapat yang terbaik dalam kehidupan ini.

      Padam
  2. Terima kasih bkongsi ilmu dan rasa. Hnya yg bdpn dgn ujian fhm masalah sbenar. Tahu yg tbaik utk mbntu komuniti. Hrp MGDA dpt memainkn pranan tsebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya mampu menulis. Menulis apa yang termampu dan terfikir.

      Padam
  3. Ya allah,perbaikilah hubungan di antara kami
    Dan mesrakanlah di antara hati-hati kami
    Dan tunjuk-kanlah kami jalan yang selamat
    Dan lepaskanlah kami dari kegelapan kepada
    Cahaya
    Dan hindarkanlah kami segala kekejian sama ada zahir daripadanya atau pun tersembunyi

    :-)


    BalasPadam
  4. Baru tau kewujudan FTM lepas baca entry kau nie MGDA,.
    Suka cara penulisan kau, tak menghukum, tak menghakimi tapi kau juga tak mengiyakan yang salah,.
    Moga-moga ada hati yang mendapat hidayah melalui segala penulisan kau, amin!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Assamualaikum.. saya kurang faham sikit dgn FTM ni.. adakah dosa FTM ni ? kalau nak buat full surgery dekat KL ni dekat mana ye ? berapa kos surgery tu ? boleh terangkan.. saya dah tak tahan hidup macam ni.. dari kecil mmg saya merasai diri saya ni lelaki.. tanpa ada sebab.. yg lagi memelikkan saya mempunyai halkum.. semakin ketara penampakan halkum tu.. bantu saya.. saya ingin memgembirakan semua org :(

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam, hidup kita asalnya adalah sekadar untuk mengembirakan Yang Maha Berkuasa-MGDA

    BalasPadam
  8. Saya berumur 33 thn dn kini berada di luar negara, sekarang saya sedang proses migrate ke negara ini. Di sini saya lebih dekat dgn Allah SWT dan Islam. Cinta terhadap Islam sehingga ke akhir hayat. Saya merancang melakukan top surgery tahun depan Insya Allah..dn start mengambil testosteron slps itu. perancangan ini lgsung tidak diketahui keluarga kerana mereka tidak pernah faham dan cuba faham situasi perit yang saya alami selama ini. ingin rasanya dikongsikan pada ibu ayah, namun takut memberi kesan kecewa dlm diri mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum,boleh saya tahu dimanakah anda mengambil ftm itu,kerana saya pun mahu melakukannya,tetapi keluarga saya menyokong saya,tapi saya tidak tahu cara dan tempat untuk saya mengambil cucukkan t itu tolong dm saya di insta saya erickzz88 .

      Padam
  9. Buat baik sentiasa, dalam hati ada Allah

    BalasPadam
  10. Harap teman2 sekalian tabah menghadapi ujian hidup ini :-)..

    BalasPadam
  11. hai salam,saya pun boleh diketegorikan pengkid dari umur saya 2 tahun...dalam diri memang sangat teringin untuk buat top surgery dan ambil t..cuma saya tak mampu kosnya...sebab saya memang terdiri dari golongan boleh dikatakan miskin...walaubagaimanapun saya rasa t tak begitu mahal sangat..kalau ada sesiapa yang tahu dimana boleh dapatkat testeron atau nama short t tolong email saya di neelasurya59@gmail.com...terima kasih kepada yang sudi membantu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...