Halaman


Ahad, 17 Februari 2013

Aku dan motor

Dari kecil impian aku nak mengembara, menunggang motor berkuasa tinggi. Mungkin terpengaruh dengan abang ku yang gemar membeli majalah motor dan juga bertukar-tukar motor, aku jadi mudah kagum dengan kenderaan bermotor dua ini.

Walaupun mengembara naik motor bukanlah mudah, seksa badan juga kan. Cuma mudah parkir dan mencilok, juga mudah nak susur jalan salah arah kalau sesat jalan, kalau setakat motor RG tu, boleh je angkat pergi lane sebelah, kahkahkah.

Dulu masa remaja, aku curi-curi bawa motor Pa, Pa memang selalu meradang sebab aku bawa motor tanpa kebenaran, lesap aja dengan seorang sahabat aku. Cuma aku ni berhati lembut tidaklah sebuas kawan aku, yang memang masuk merempit, walau selalu kalah. Paling indah, adalah pengalaman kelakar susup sasap lari dari polis traffik, akibat tiada lesen.

Kata orang lagi mencabar, lagi thrill.

Cuma satu. Aku tak pandai bawa motor clutch. (Malah bawa kereta pun, aku cuma tahu kereta auto, pernah belajar bawa ada clucth, tapi tetap susah nak tangkap)  Hahahaha. Ni memang dari dulu kena bantai gelak oleh kawan-kawan. Dan sebab tu lah aku tak pernah teringin pun nak berlumba dengan kawan-kawan.

Orang yang ajar aku menunggang motor adalah abang. Motor pertama adalah motor  suzuki gear automatik, jadi bila nak bawa motor ada clucth, memang aku cepat panik dan tak pernah berpeluang nak bawa betul-betul.

Kemudian, masa aku merantau. Aku beli motor skuter elegant. Masa tu motor tu baru keluar. Rasa macam impian tercapai. Member-member serumah bengang je bila aku bawa masuk motor parking dalam rumah, gila tak gila.

Lebih 5 tahun juga aku pakai motor tu. Merasa bawa dalam hujan ribut, sakit-sakit badan kena tujah hujan. Sakit pinggang bila menunggang lebih dari 3 jam. Memang kalau tengah bawa motor tu kalau hujan lebat tak sempat cari tempat berhenti, petir sabung menyabung, hah..masa tulah tahu erti sebenar tawakal. Kehkehkeh.

Masa aku bawa motor tu, ramai member tegur, belilah kereta, tak perlu berhujan lagi, awak tu perempuan.

Ces.

Akhirnya, aku beli juga kereta. Tapi, membawa motor tetap memberi kepuasan pada aku. Tapi bila adik dapat kerja dan kena merantau, motor yang amat kusayang tu, akhirnya ku beri pada adik, kerana kesian pada dia yang baru nak mula hidup.

Jadi sekarang aku bike/motor less, hahah.

Dalam pada aku menulis ini, aku teringat satu detik. Dimana sewaktu aku kerumah mak mertua (dulu waktu masih bergelar isteri), kakak ipar nak bawa aku berjalan-jalan, dan aku nampak motor pak mertua, dalam keluarga suami, tidak ada perempuan yang tahu bawa motor. Jadi bila aku mula meminta kunci, mereka kaget.  Bila aku mula berada diatas motor, pak mertua siap tanya..

"Dah salam minta izin suami kamu belum?"

Hahahaah.

Aku pun  panggil turun motor balik, salam dan minta izin si kurus yang juga sama-berkumpul dengan keluarganya menyaksikan aku menolak motor itu tadi. Start sahaja motor, aku pun ram enjinnya, macam orang nak merempit, aku lihat muka sikurus ketat je masa tu, sebab...dia tak tahu bawa motor. Hhahaahahahah. Aku nampak macam tercabar je kelelakian dia. Bila kakak ipar aku melompat naik dibelakang, aku pun terus lah lepaskan gian menunggang motor.

Tak aku sangka, itu jadi salah satu isu sikurus mengatakan aku hidup macam lelaki.

Tak apa, itu kelakar.

Aku pernah merancang dengan Deanna, yang aku akan bersara awal, dan akan mengembara bersama dia, sekiranya dia masih bujang lagi. Dia setuju.

Sekarang ni, impian, nak pergi tunai haji dulu,kot.hehehe.

Motor impian, BMW bike.

7 ulasan:

  1. Sama la saya pun minat motor berkuasa tinggi. Mungkin sebab terpengaruh tengok abang sepupu yang suka kumpul motor besar ketika itu dan member-member dia datang untuk dia biaki. Lepas tu teruja bila tengok kak sepupu naik motor besar dia hihi masa tu kagum gilalah..

    dulu kawan baik saya din minat motor jadi kalau ke stadium Shah Alam tu saya pinjam motor dia untuk bawa. Abah memang tak benarkan saya ambil lesen moto sebab saya ni jenis lalai tapi saya ada cita-cita nak beli moto yang sit rendah tu untuk abah saya buat pergi masjid... abah minat motor tu tapi xtau la ada jual ke tak moto tuh dah klasik mesti mahal.

    Cikgu sekolah rendah saya ada moto tu pakai setiap ari ..umur dia dah 70 skrg dah tak larat bawa moto tapi bila anak dia jual moto tuh..dia demam 3 hari hihi anak dia pi ambil balik... betul2 sayang dia.

    motor clucth tu saya rasa saya boleh bawak sebab saya rasa motor din ada . saya boleh bawa motor clucth ... sebab dia mungkin sebab saya tahu bawa kereta ada clucth.

    saya belajar moto masa umur 12 tahun mak ajar hihi pernah terjun bendang gara2 start motor tok wan saya dalam keadaan berkelas hihi... nasib baik jatuh bendang lau tak tentu saya dah tak da kat dunia ni.. ermm seingat saya di depan bendang ketika tu ada tiang letrik besar saya tah mcm mana oleh lepasi tiang tuh.. mungkin sebab panik tinggi jugalah saya daki tiang tuh.. hihi..

    seronok kan jadi lelaki... boleh mengembara guna motor, saya tengok kawan saya nak pi vietnam guna moto.. syoknya..

    Saya mungkin tak beli moto besar sebab dah le miskin hihi ada cita2 lain nak saya gunakan dulu.

    orang kedah panggil moto = motorsikal.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa motor memang seronok. Motor cup biasa ringan dan best merempit tapi bawa jauh sakit badan punggung segala. Bawa motor besar pula berat sikitla nak uturn ke atau jatuh sikit boleh bahaya diri. Motor elegant saya pernah tumbang dan hampir hempap kaki waktu saya tinggal seorang diri, cuak juga kalau timpa saya memang saya tak larat angkat.

      Ayat awak seronok jadi lelaki ..jangan selalu guna. Syukur sahaja pada kejadian kita sebagai hawa. Memang dulu sy memberontak kerana ada waktu dan banyak situasi jadi lelaki mudah. Kesana kemari seorang tiada halangan.

      Mengembara seorang seorang sebagai perempuan memang payah juga..tapi selalu saya lalui dan mintaknampun pada tuhan kerana berdegil. Pengalaman sesat dimana2, cari hotel dan tanya2 orang kadang2 menakutkan. Kalau saya ditakdir ada zuriat perempuan ..mati hidup balik saya tak bagi dia mengembara seorang diri.Namun saya lebih gemar mengembara sseorang sebab taknsemua teman boleh dibuat kawan utk mengembara.

      Walau apa kelemahan dan kekangan..sekarang saya belajar bersyukur saya seorang perempuan. Saya tak dipertanggungjawabkan tentang saudara perempuan saya. Dan sebenarya hidup sebagai lelaki juga susah. Kalau lembut hati senang dibuli dan diragging.

      Setiap kita allah jadikan sempurna dgn caranya sendiri. Saya munhkin tak sempurna wanita asia timur yang lemah lembut dan pandai masak semua. Tapi saya tetap perempuan.

      Padam
    2. saya bukan tak bersyukur jadi perempuan tapi jadi lelaki contoh paling saya jelous adalah bab aurat hihi bila dengar ceramah agama yang perempuan tak boleh kembara tanpa mahram.. hurm rasa kecewa tapi saya sentiasa berdoa harap esok2 kalau kahwin suami sporting bagi kembara dan mahu teman saya mengembara. Xpun punya zuriat lelaki yang mahu teman ibunya kembara, buat masa skrg saya kembara dengan adik lelaki saya.. Alhamdulilah.

      Saya bersyukur jadi perempuan dan saya tidak memberontak untuk jadi lelaki cuma itulah aurat tu lelaki lebih lagi, dalam islam tak pernah beza lelaki dan perempuan bahkan perempuan banyak kelebihan yang Allah bagi. Mengembara seorang diri pernah dan kalau drive dengan kereta 7-8 jam seorang diri selalu saya buat tapi dah tua ni penat la..xder stamina.


      dalam keluarga ibu bapa saya banyak benarkan saya buat banyak benda berbanding adik-adik perempuan saya mungkin sebab dah biasa galas tanggungjawab menjadi kakak yang sulong sejak kecil.

      tapi ada hal yang banyak ibu bapa saya tolong tetapi adik2 saya bedikari..masing2 ada kelemahan dan kelebihan.

      ya naik motor seronok tapi bila saya fikir bab aurat saya jadi malu. sebab saya suka baju kurung pun adalah lebih tutup aurat dan banyak menutup kelemahan diri dan lasak.

      kalau saya kurus dan pakaian yang bawa naik moto tuh mampu buat aurat saya tertutup mungkin saya miliki satu moto berkuasa tinggi tapi kalau xder kita naik motor dalam rumah video game punya hahaha

      Saya teringin nak join pak cik -pak cik kat kampung saya ni bawa basikal naik bukit, mereka 50 an ke atas tapi nampak sangat steady dan sihat tapi bila fikir aurat saya jadi malu. mungkin berbasikal dalam rumah je lah.

      saya di besarkan dengan aktiviti outdoor oleh ayah saya semasa membesar di kampung jadi kadang kala keinginan itu ada tapi tahu batas saya wanita.

      mungkin la susah juga hidup sebagai lelaki yang di rangging saya tak pernah pandang tu semua sebab tak pernah lalui dan jarang tengok lagipun saya mungkin tidak melihat isu ini dengan lebih luas sebab saya hanya pandang keinginan saya dan keinginan saya tu lebih mudah bila saya sebagai lelaki..tq sb bantu saya untuk naik taraf cara fikir.

      Bila dengar ceramah ustaz dan ustazah tentang wanita sebenarnya banyak kelebihan wanita berbanding lelaki cuma kita tak tahu sebab tak di dedahkan.. saya pun baru belajar tapi xtau la boleh buat ke tak.


      yang paling saya rindu adalah nak solat jumaat ..dulu zaman sekolah saya selalu solat jumaat, masjid kat Malaysia ni ramai lelaki dan penuh jadi harap di masa hadapan ada ruang untuk solat jumaat wanita seperti kata Nik Aziz.

      wallahualam.



      Padam
    3. Naik moto jangan bagi sampai kena hempap dengan moto, berat tu lagipun nanti xtahu kaki boleh patah.

      motor besar dalam gambar di atas tak pernah bawa .. saya suka bawa motor (zaman remaja) laju2 kat dalam kampung tapi laju2 pun nak laju mana moto honda cup hehe tapi arwah wan marah, katanya nak buat apapun jangan sampai telinga dia dengar cucu to ndak tu bla bla bla.. sejak tu saya xbawa laju...sekadar pusing2 kampung ..kasihan dia dan la moto dia, minyak dia nanti nama dia pula buruk sebab saya hihi.

      suka kan tengok moto besar2 kat lebuh raya laju jer diorang. xleh ingat din dan zul naik motor lc kot dr selangor ke kedah semata-mata nak beraya ngan kitaorang.. lenguh habis badan dia. hahaha

      Padam
  2. aleh2 bawa basikal senang ja..tapi yg aku bca komen di atas..naik motor nampak aurat? kan best aku laki ..hmm..susah jadi gurl ne....senang jady laki even tanggung dosa adik-beradik tapi bebas..hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. maafkan saya kalau timbul salah faham , setiap orang berbeza saya yakin kita di lahirkan perempuan lebih bernilai dan lebih bebas :)

      Padam
    2. jangan la menyesal dilahirkan as perempuan..masing2 ada kebaikan sendiri..allah dah janji..jangan risau..
      tak ada masalah naik motor pn,pandai2 la pakai pakaian yg sesuai masa bawa motor.. kalau nak senang pakai skuter..nampak sopan sikit..hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...