Rakan-rakanku tahu betapa aku amat membenci politik. Benci hingga menutup mata pada perkara itu.
Puncanya. Puncanya kerana sewaktu di kampus aku pernah hampir menjadi mangsa kerakusan mereka.
Lalu sejak itu aku mula menjadi jahil politik. Aku tidak menonton tv dan juga tidak membeli suratkhabar, melainkan diberitahu.
Sewaktu aku pergi taklimat PEMANTAU iaitu satu gerakan rakyat untuk melaporkan segala salah laku yang mungkin akan terjadi disekitar musim pilihanraya nanti, speaker taklimat itu terkejut dan aku tahu ada pandangan sinis dimatanya, seolah malu akan kehadiran aku disitu sebagai salah seorang yang dia agak kenal.
Bukan seorang dua yang memandang aku seperti orang bacul. Menutup mata dari memilih. Dan orang seperti aku bukan seorang.
Sebenarnya, keputusan aku buat bukan sekadar dendam yang berakar dikampus. Tetapi aku meletakkan ketidak percayaan aku pada 2 tunjang. SPR dan juga ahli politik.
Aku pernah hampir terlibat sebagai petugas SPR, ada yang mengelirukan.
Kemudian ahli politik. Kadangkala manifestation yang mereka bawa itu betul, tetapi nafsu amat merajai mereka dan para pengikut hingga mengangkat tokoh politik itu seperti nabi akhir zaman dan suci. Lalu menjadikan mereka buta dan tidak berakal.
Mungkin aku golongan yang cuba berakal dan membutakan diri.
Oleh itu aku mendaftar diri sebagai PEMANTAU satu gerakan berkecuali yang hanya mahukan pilihanraya berjalan dengan bersih. Dan kami cuma pelapor, untuk bertindak bukan kami, tapi ini sekurangnya yang akan kami lakukan.
Ikut aku, aku nak ubah semua sisterm, dan buat sistem seperti khulafa rasyidin. Sistem pemerintahan ulama. Dan aku lihat pun ulama dah ramai bangkit. Kebangkitan itu dah semakin sukar dihalang.
Adakah tahun ini aku akan mengundi? Hanya masa yang akan menentukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan