Halaman


Jumaat, 1 Februari 2013

Dunia ini tidaklah luas



Aku baru pulang dari makan malam. Bersama seorang kawan baru yang menjadi member usrah.

Kelakarnya, dia adalah teman serumah kepada salah seorang perempuan yang pernah ku letakkan hati. Berkali juga dia bertanya, bagaimana aku kenal dengan kawan itu, aku asyik berkata..aku pun tak ingat.

Dunia ini terlalu kecil. AKu terfikir, bagaimana andai blog aku ini mula diketahui oleh orang-orang yang tidak mahu aku tahu.

Namun kemudiannya, aku fikir, ah persetankan.

Andai seorang penghidap HIV boleh memberitahu statusnya, kenapa aku takut dengan kisah silam aku. Biarlah, orang nak kenal aku. Mungkin aku tidaklah sesekali akan berbangga dengan siapa aku. Tapi, mahu atau tidak, aku tidak boleh menidakkan bahawa aku adalah MGDA.

Seseorang yang bukan lurus. Seseorang yang punya sisi gelap yang pelbagai.

Bersama dengan Positive Warriors aku selesa. Kerana dikalangan mereka ada yang membaca blog aku, dan tahu aku siapa. Sungguhpun tidak sekali berbangga, tapi cukup merehatkan aku dari bersembunyi.

Perancangan tuhan amat sempurna. Dan tuhan tunjukkan segalanya yang aku perlu syukuri.

Aku mahu diri aku boleh berdiri sebagai diri sendiri. Bukan dengan segala yang palsu.

Hanya kerana aku sedikit bertuah, aku bukan pengkid, dan aku bertudung, lalu aku mudah menipu yang tidak tahu, walau itu bukan sekali-kali niatku. Hakikatnya, aku juga sama pernah berdosa seperti orang lain, persetankan. Andai orang mahu terbeliak biji mata tergolek-golek bila mengetahui siapa aku dari blog ini, pedulikan.

Tetapi untuk menunjukkan sisi gelap ini dan menjaja nya, tidak sesekali.

Apa tah lagi, semua coretan blog ini adalah bukan fiksi.

2 ulasan:

  1. Manusia itu berdosa dan Allah sukakan hamba-hambaNya yang sering bertaubat.
    Kesilapan yang silam mempunyai hikmah yang sangat besar dan kadang-kadang kita sebagai seorang manusia tidak nampak akan hikmah tersebut.
    Apa yang pasti segala apa yang berlaku baik mahupun buruk adalah terbaik buat kita.
    Jika yang berlaku itu baik dan mendekatkan diri kita pada Allah, maka beruntunglah kita.
    Dan jika yang berlaku itu buruk dan juga mendekatkan diri kita kepada Allah, maka tidak ada yang lebih baik daripada ini. Bersyukurlah kita sebab Allah sangat mengasihani kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, moga istiqamah itu menjadi hidup. Perkara yang saya paling takut bukanlah mati atau hidup sendirian. Kerana saya tak pernah sendirian, cuma kadangkala syaitan membisikkan rasa sunyi.

      Perkara paling saya takut, andai mati bukan dalam keadaan Allah redha.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...