Halaman


Rabu, 22 Mei 2013

Andai boleh kuucap selamat tinggal penderitaan.

Lama kan, aku tak menulis. Hidup ni ada waktu ak rasa cukup dan bahagia. Amat aku syukuri dan rasa dah cukup nak jumpa tuhan. Bukan kerana rasa dah banyak amal, tapi rasa dah lebih baik dari semalam. Dan takut-takut dosa silam datang menjemput lagi.

Selalu aku berang dan radang bila kawan-kawan yang straight suruh aku cari husband.

Bila aku sering bercerita kerinduan aku pada Deanna.

Terasa betapa mereka tak fahamnya seksa yang aku tanggung. Aku minat wanita, suka wanita dan gila dengan wanita. Tapi disuruh mencari yang aku tidak minat.

Bila aku kemurungan, aku semakin mudah marah.

Ada waktu..aku seolah rasa terperangkap dengan manusia-manusia lurus yang tak faham. Yang buat aku sakit jiwa.

Tapi kata seorang rakan, orang yang berjiwa besar akan memaafkan.

Mungkin orang seperti kami memang akan terus derita. Kalau mengejar nafsu...hati tidak akan tenang. Kalau mengejar yang  cuba untuk dihalalkan akan pula bergantung digaris harapan yang lebih banyak melukakan.

Dan aku lebih suka pada wanita.
Orang macam kami mungkin memang akan terus derita.

Moga Allah beri kami kekuatan.

11 ulasan:

  1. Klau derita itu mjadikan kita lebih rapat padaNya mgkin itu bahagia yg tak tergambar dgn kata2.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Benar kata awak.

      Andai derita ini menjadi kan kita lebih kuat dan dekat padanya..apalah harga derita itu..terlalu murah.

      Allah...terima kasih awak, kerana menyedarkan.

      Padam
  2. ntah kali ke brapa aku jenguk blog ni.akhirnya kau update gak.

    Jgn give up. Kalau kau give up aku pun give up gak kang.
    Blog kau n d mcm atu ubat bg aku.Even kau asek tules benda2 je xpe ah.tula motvation utk kta brubah.Jgn gv up.Tengok pmpuan bole tp pstu insaf blek k.Tata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benda tu je kan. Hahah. Nak buat camner..sampai mati inilah perjuangan aku.haha.

      So kesian yg membaca. Tapi...lantaklah.kahkah

      Padam
  3. eh pmbtulan.

    #ni da mcm satu ubat
    #benda2 sedey

    BalasPadam
  4. semoga MGDA temui kbahagiaan yg slama ini dicari... lambat atau cepat pnentu segalanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Inshaallah...moga redha Allah menjadi matlamat

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata kau Kai. Kita..sebenarnya patut syukur kerana tak perlu penat lelah mengejar. Kita cuma elak dan elak...penat jugak. Tapi mengejar itu lebih banyak kekecewaan kadangkala.

      Yeszaaa ..akal..akal..thanks kawan.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...