Halaman


Rabu, 15 Mei 2013

FTM, kami dan ujian seksualiti Part 3 (Definisi HRT dan kesan)



Pada waktu Oswald memberitahuku dia akan berusaha untuk menjadi muslimah, aku tahu, dia juga cuba untuk memberi aku faham, bahawa proses dari FTM untuk kembali ke fitrah, mungkin hanya sekadar rohani, adalah sukar untuk dia mengembalikan fizikal masculine nya kepada wanita, dia juga membuka minda aku, bahawa proses yang akan dia lalui bukanlah mudah. Dia mungkin terpaksa meneruskan penggunaan hormone, kerana tanpa itu, fizikalnya akan terdedah dengan risiko-risiko yang mungkin tidak diundang.

Lalu apabila, aku meminta Oswald untuk menulis satu entry yang akan aku paparkan di blog ku,dia menulis mengenai kesan Rawatan penggantian hormon. Sebelum ini, aku ada membaca dan mendengar mengenai T, suntikan atau ambilan hormon, yang sering didambakan oleh rakan-rakan pengkid dan juga, aku, satu waktu dulu.

Artikel ini adalah untuk kita memahami kesan HRT kepada FTM, dan juga andai ada rakan-rakan yang nak mengambilnya samada secara sah atau tidak.

HRT adalah Terapi Hormon Penggantian, Hormone Replacement Therapy.

Tidak semua memilih proses transisi FTM dengan pengambilan HRT, atas beberapa sebab. Tidak seperti pengambilan estrogen oleh MTF (Transwomen), FTM sebenarnya mempunyai perubahan fizikal yang lebih ketara dari pada MTF apabila ia dikaitkan dengan pengambilan hormon.

Testosterone membuatkan badan dan perasaan anda lebih maskulin melalui:

1. mengubah pembentukan lemak dipeha,punggung, pinggang dan dada, berpindah
    kepada perut.
2. Meningkatkan pengedaran otot-otot, melebarkan bahu, dan menebalkan tangan    
    dan kaki .
3. Peningkatan otot-otot dan perubahan pergerakan lemak, akan jelas menyebabkan
    wajah kelihatan lebih bersegi.
4. Sesetengah individu boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat,
    kerana otot-otot yang telah terhasil dengan mudahnya membakar lemak dengan
    banyak dan mampu mengurangkan lemak diperut.
5. Sesetengah merasa lebih kuat sebaik sahaja selepas suntikan HRT
6. Peningkatan rerambut di tubuh dan juga wajah.
7. Suara akan semakin dalam dan halkum semakin menonjol.
8. Menebalkan kulit dan membuatkan anda semakin toelran dengan udara dingin.
9. Mengubah bau badan dan lebih berpeluh apabila panas.(saya suka bau
    perempuan!)
10. HRT memungkinkan sedikit tumbesar sekiranya terjadi anda tidak matang
     dengan maksima sewaktu proses baligh.
11.HRT menghentikan kitaran haida dalam tempoh 3 bulan.
12. Nafsu seks seolah-olah semakin meningkat begitu juga dengan selera makan.
13. Clitoris mula membesar sekitar 2 ke 5 cm. Clitoris dan penis adalah bermula
      dari sel yang sama dan HRT akan menyebabkan pembesaran.
14. Lebih mudah marah dan menjadi kasar dari segi fizikal dan emosi.

Tidak ada jangkaan masa yang pasti untuk semua proses ini, tetapi ianya akan lengkap setelah 6 bulan. Ada yang memulakan HRT dengan suntikan, pil atau tampalan, bergantung kepada dos, kaedah dan juga kos. Ada yang memulakan pembedahan bahagian atas terlebih dahulu kerana berasa tidak selesa memiliki payudara tetapi mempunyai hormon lelaki.


Pembedahan atas (Top surgery: Membuang tisu payudara dan membuatkan dada lebih maskulin. Mempunyai beberapa prosedur yang bergantung pada saiz dada, ketegangan kulit dan apa yang dikehendaki (seperti parut, masa pulih dan risiko/kelebihan).

Tiga pembedahan utama:


1.       Bilateral Mastectomy or Bilateral Incision
2.       Subcutaneous Mastectomy or Keyhole
3.       Subcutaneous Mastectomy or Peri-Areolar

Hysterectomy: membuang uterus. Kebiasaannya disatukan dengan with Bilateral Salpingo-oophorectomy, iaitu membuang ovari dan salur fallopian. Ini kerana testosterone akan menghentikan kitaran haid, dikatakan berhubungkait dengan pengaktifan kanser, namun tiada kajian yang khusus. Biasanya pembedahan ini akan dicadangkan dalam tempoh 5 tahun dalam memulakan testosterone.

Pembedahan bahagian bawah (Bottom surgery): pembinaan alat kelamin lelaki. Ada dua jenis:

Metaoidioplasty atau Phalloplasty (rujuk entri sebelum). Pada masa yang sama, penyambungan (extended) urethra dilakukan agar penis dapat membuang air kecil melaluinya. Boleh juga vagina ditutup atau dibuang, sekiranya belum lagi dilakukan. Scrotum atau buah zakar silikon juga boleh dimasukkan.

Tamatlah kisah secara terperinci tentang FTM didalam blog ku.
Oswald telah membina blog nya kerana amat ingin berkongsi pengalaman hidupnya dengan pembaca, dan memberi pendedahan tentang kebenaran tentang FTM.

Disini : Between Islam and Female-To-Male Muslim

12 ulasan:

  1. Terima kasih Oswald dan mgda .. saya bila tahu dia membuang rahimnya .. ada sikit kesan emosi.. sebabnya seperti di dalam artikel di atas, mulanya terjadi kanser.. sebab masa kami belajar dulu kadar kitaran haid itu juga mempengaruhi sel kanser.. wanita yang datang haid awal di katakan lebih berisiko untuk mendapat kanser.

    Selain itu wanita amat bergantung kepada hormon dan di sini dapat kita nampak mengapa hormon yang di jadikan alat utama untuk menukar jantina..

    Pengambilan hormon amat berkait rapat dengan emosi.. mula-mula baca artikel lepas saya ingat pengambilan hormon dan pembuangan rahim adalah untuk menghalang pembentukan semula payudara..tapi ianya melebihi jangkaan saya.

    buat Oswald, semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.. anggap segala keperitan itu adalah syurga ganjaran.. berjuang sehingga akhir hayat.

    Oswald, tolong jaga kesihatan dan buat senaman secara konsisten.. semoga dapat mmeberikan tubuhnya kesihatan yang baik. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ao, alhamdulillah Oswald adalah seorang yg amay displin dengan senamannya.

      Padam
    2. Salam Anonymous one.

      As you mention about cancer cases, I would like to share the common facts about the womb cancer (also is called as uterine cancer). The possible treatments are surgery, radiotherapy, chemotherapy and hormone therapy.

      Hormones are substances that occur naturally in the body. They control the growth and activity of our cells. The female sex hormones, oestrogen and progesterone, can affect growth of the cells in the womb lining.

      The hormone therapy is the hormone blocking drug to fight cancer but not the same as hormones given to treat the symptoms of menopause (menopausal hormone therapy). There are certain hormone drugs for the respective type of cancers.

      Insya'allah, I take care of my body health.

      Padam
    3. wsalam, terima kasih membantu saya memahami lagi tentang proses ni.. terima kasih sebab terangkan.

      :D

      Padam
  2. Jujurnya ada jgk rse sedih tapi...
    Yg dh lepas tu lepasla. Kita fokus pd apa yg boleh kita lakukn skang.

    BalasPadam
  3. Jujurnya ada jgk rse sedih tapi...
    Yg dh lepas tu lepasla. Kita fokus pd apa yg boleh kita lakukn skang.

    BalasPadam
  4. Maaf btanya,sekirany FTM stop pengambilan hormon, adakah tubuh bdn mereka akan kembali pd asal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. As long as you have not done any surgeries, you can discontinue male hormones.

      But if one has done top and hysterectomy (removal of womb and ovaries) surgeries, it is not medically advisable to discontinue male hormones because it is the absence of estrogen (female) hormones and will damage the bone density. One has to consume more calcium for bones.

      Padam
    2. Oswald, thanks. Saya dah faham. Saya doakan Oswald diberikan kekuatan untuk terus menjadi muslimah,insyaAllah.

      Padam
    3. Alhamdulillah, thanks for your prayer that I continue being a Muslim.

      Padam
  5. Tima kacih MGDA sbb introduce citer Oswald nie...sgt2x best dan membuka perspektif baru utk terima hidup n ujian nie

    BalasPadam
  6. Saya jual hormon testos teron utk yg ingin kelihatan maco dan spt laki2
    Add pin:53FA660A atau id line: kolebshop

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...