Halaman


Ahad, 16 Jun 2013

Dunia PLU dan aku.

Akhir-akhir ini aku kekerapan aku menulis blog dah semakin menipis. Banyak tumpuan aku lebih kepada Mukabuku, dalam group Jalan Pulang, yang selalu juga ada banyak perkara yang mencabar dan memberi pengajaran kepada aku.

Ada orang kata, jika mahu berubah, tinggalkan dunia itu. Tinggalkan semua. Aku akui, aku tidak kuat untuk itu, bila berubah, bila aku tinggalkan kemudiannya aku akan berpatah balik.

Kali ini, sedikit demi sedikit, aku mula tekad, aku mahu membawa rakan-rakan PLU ku ke jalan yang diredhai, inshaallah. Aku dan rakan-rakan cuba membentuk satu medium dimana kami tahu tujuan kami, kami tahu siapa kami dan kami faham hakikat diri.

Antara kami sudah tiada persembunyian, kami tewas, kami keluh kesah, kami sama-sama cuba beri kekuatan diri.

Berlainan andai kami terus meninggalkan rakan-rakan PLU. Kami akan bersembunyi dengan orang diluar sana, bila berkumpul akan rasa rendah diri, akan rasa ada satu pemberontakan..

"Ahh..kalaulah kalian tahu"

Dan apabila bersama rakan PLU yang tidak tahu niat dan perjuangan, kami juga akan bersembunyi, takut ditempelak, takut diejek.

Benar, jangan dipandang pandangan orang, tetapi berapa ramai yang dapat mencapai tahap iman begini? Aku manusia biasa, lemah dan masih bertatih. Hidup seorang dalam diri, masa yang sama berjuang menentang nafsu, itu namanya menentang fitrah.

Fitrah manusia berkasih sayang, berpasang-pasangan. Andai berpasangan itu tidak menjadi hak bagi diri, salah kah kami melunaskan fitrah berkasih-sayang sesama rakan yang memahami?

Group jalan pulang juga banyak cabarannya, bila mengumpulkan hampir semua kategori PLU dan berlainan tahap ilmu agama. Kadangkala perkara santai menjadi debat, dan perkara debat makin tidak difahami. Cuba juga dielakkan, kadangkala aku yang lebih emosi dan meroyannya, haha.

Moga ada juga asbab kebaikannya.

Lalu bila berkumpul dalam satu persamaan, tidak dapat dielak bila menghadapi ujian yang lazim.

Jatuh hati.

Atas sebab cinta dan berpasangan itu fitrah, apa yang tiada di syurga namun Adam dambakan Hawa. Berkali, dan kali ini aku jatuh hampir kepada dalam. Namun kami berdua sedar situasi kami, akhirnya berkali kami menggigit jadam yang pahit, saling mengingati, bahawa ianya bukan pilihan kami.

Dalam pada itu juga, aku sebenarnya cuba mengusahakan untuk mendapatkan yang halal. Orang selalu kata...wei..cari la yang boleh menjadi halal. Ya, aku cuba, juga seperti biasa, tidak berjaya, sekali lagi Allah belum mengizinkan.

Diakui, kadangkala ia sampai kepada takah putus asa, namun bila berfikir balik, apalah yang aku dapat andai berputus asa, dahla tuhan paling benci orang yang berputus asa apatah lagi dengan rahmatnya. Andai aku kata Allah memang tak beri hak pada aku untuk berkahwin, itu maksudnya aku berburuk sangka pada ALLAH, aku berputus asa dengan sifat rahmatnya.

Berusaha, dan andai ada rezki, syukur.
Berusaha, dan andai gagal, yakin, jika tidak disini, disana nanti.

Lansungkan sahaja hidup ini dengan usaha dan haramkan diri dari melakukan kemungkaran, andai tewas, jangan sampai hilang rasa berdosa.

Pengajaran yang wajib aku pelajari juga, bila dalam berusaha membawa rakan-rakan pada jalan yang ada nilai kembali pada jalan yang benar (siapa aku ni nak membawa ke jalan yang benar, benar sangat ke aku ni? diri pun belum betul sangat,  moga tuhan kasihani aku dan sentiasa betulkan niat aku, aku hanya menyampaikan yang sedikit yang aku tahu) ialah, semua yang menghampiri aku adalah amanah. Jika aku tergoda dengan cara mereka, aku lah yang salah kerana tidak memimpin diri, jika aku tertarik dengan diri mereka, akulah yang salah kerana tidak membetulkan keadaan.

Perit, pahit, susah, kejam.. semua rasa ada.

Namun, dosa itu adalah yang membuatkan kita resah, membuatkan kita takut diketahui.

Buat aku, dan buat semua rakan-rakan yang sedang berjuang, andai anda telah tahu apa yang dinamakan kebenaran dan apa yang dinamakan kebatilan (tidak benar/palsu), berdirilah, berdirilah dan bangunlah walau berjuta kalipun anda rebah.

Bayangkan seperti orang yang berdiri tegak dipadang pasir, dipanah busur berkali kali kerana anda yakin akan sesuatu, anda akan mati, semua orang akan mati, tapi sebelum mencapai kematian itu, adakah anda berusaha bangun apabila panahan busur itu melukakan anda, mencederakan anda? Itu yang Allah kira.

Inshaallah.


5 ulasan:

  1. Yg penting niat dan usaha ko tu ada.. =)

    BalasPadam
  2. Setiap yang hidup akan diuji. Waima menghampiri saat2 kematian. Allah tidak pernah menjanjikan kemanisan berpanjangan dalam hidup. Dan sesungguhnya perjanjian Allah dan kita telah termaktub sejak azali. Dan terima kasih atas perjuangan kalian. Walaupun tak pernah bersua muka dgn kalian, semangat kalian ada bersama tak kira masa. Terima kasih!

    BalasPadam
  3. terase seperti ingin bertemu n luahkn segale isi hati yg selame ini tak pernah satu nyawa pun tahu melainkan Allah yg satu. teruslah menulis agar lebih ramai yg taw, kite tidak bersendirian. Allah bersama kita, n ramai lg perempuan2 yg pernah diuji tentang seksualiti yg juga ingin berubah mencari redha Allah juga bersama dgn kita berjuang untuk akhirat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...