Halaman


Isnin, 7 Januari 2013

Tak pernah berhenti..

Dunia ni selagi tidak sampai ke penghujungnya tidak akan lengkap putarannya.

Ujian demi ujian. Ada waktu aku amat syukur kerana medan perang aku seolah telah aman. Aman mungkin kerana aku kejam pada diri, membunuh apa sahaja yang menghalang laluan, adakalanya sakit akibat luka itu, perit. Tapi, peduli apa aku tentang sakit. Juga kejam pada manusia yang jujur menyayangi aku, aku yang sukar untuk jujur, kerana sayangku sering seiring nafsu.Moga tuhan terus beri aku kekuatan melawan nafsu.

Tapi keamanan itu juga satu ujian.

Aku mungkin tak mampu menjadi orang baik, tapi aku akan cuba untuk jadi orang baik. Sebab, aku tak rela hidup sia-sia. Biarpun aku akan mati mencuba.

Syurga tu nampak tinggi sangat. Tapi semua manusia akan masuk bukan kerna amal. Tapi kerana redha Allah.

Boleh kah Allah redha padaku? Aku terbaca, Allah ialah apa yang kita sangka. Dan janji Allah adalah pasti. Jadi andai aku berburuk sangka pada Allah, aku lah yang akan rugi.

Didalam quran ada menyebut, syurga akan ada apa sahaja yang dikehendaki nafsu. Tapi..kalau hidup buat amal untuk syurga, macam berjual beli pula. Kata Rabiatul Adawiyah, andai dineraka ada redha Allah..dia sanggup kesana. Tinggi sungguh cinta dia pada Allah.

Aku mungkin tak mampu nak mencari syahid atau mendapat jalan seperti para isteri. Tapi cukuplah aku memperbaiki diri dan menjaga diri, dan kalau boleh, bawa orang yang aku sayang bersama.

Indahkan, kalau kita dapat memiliki orang yang kita cinta itu tanpa mengira jantina disyurga.

Ahh..kau minta macam2..jadi kau buat banyak perkara untuk apa? Syurga saja? Redha Allah lebih tinggi.

Bertuah andai kita semua memiliki hati emas, namun boleh sahaja kita mati mencuba, kan.

Harini hari lahir sikurus.. moga dia sentiasa dilindungi Allah. Dan tabah menghadapi kehidupan. Aku tahu dia derita. Moga Allah bersama dia.

4 ulasan:

  1. Dulu kat blog AHP ada org yang nama dia AS. Dia pernah menulis sesuatu tentang sebegini.. selepas setahun dia berkahwin. As sakit kronik, sel sarafnya umpama seorang wanita berusia 80 tahun. Dia juga pernah menyatakan kekecewaan terhadap dirinya... namun kini dia dilihat gembira..sentiasa ada suami di sisi..di layan bagai anak kecil.

    Harapan itu selalu ada kerana kita ini hamba.. jangan mudah meletakkan diri di tempat yang rendah kerana siapa kita di sisi Allah tu, hanyalah Allah yang mengetahui..

    Perlunya kita bangkit dari kekecewaan dan putus asa dari diri sendiri.. kerana kita adalah hamba dan hanya hamba-hamba Allah yang selalu beserah..

    Selepasnya hujan dan ribut melanda, selepas semua kekalutan berlaku pasti ada waktu untuk bertenang.. pasti ada cahaya mula menyinari.. dan ketika itu baru lah terserlah indahnya cahaya.

    tq, atas2 nasihat yang di berikan kpd saya. tq so much.. saya rasa tenang selepas melepas kan ..begitu juga saya xkan biarkan MGDA terus begini.. harapan itu selalu ada...

    Allah menguji mariam.. waktu di uji dia juga minta di matikan..sakitnya seperti sakit wanita mengandung biasa.. Allah ampunkan dia.. sebab fitrah kita lemah..namun Allah tetap beri dia ganjaran anaknya seorang utusan Allah.

    Insyallah... awak akan hidup bahagia, Insyallah awak akan berpeluang untuk menjadi isteri..Insyallah rahmat dan kasih sayang Allah lebih besar dari murkanya.

    Jika Allah ciptakan awak di uji sebegini mesti Allah ciptakan pasangan yang boleh terima awak dan melengkapkan kamu berdua. :)

    BalasPadam
  2. Thanks ao, seperti sy katakan setiap manusia ada kelemahannya dan kekuatannya. Menjadi diri sendiri dan menerima kelemahan diri amat2 perlu. Supaya jgn sampai kelemahan tu merosakkan kita.

    Sungguh tabah As hadapi ujian hidup. Namun saya selalu berkata pada diri saya, terlalu banyak dah nikmat Allah beri pada saya, walau sy tak menolak sunatullah berkahwin, tetapi sy redha andai takdir itu bukan untuk saya.

    Dan saya percaya kebahagiaan bukanlah semata2 happy endingnya berkahwin dgn org yg menyintai kita.

    Happy ending ialah bila Allah redha dengan kita, disaat hari pertemuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tapi jangan pernah putus asa terhadap rahmat Allah tau dan jangan terlalu memburukkan diri sendiri atas kelemahan kita, Allah tak suka dan nabi pun tak suka. :)

      May Allah bless you. Insyallah segalanya akan baik-baik saja

      AO

      Padam
  3. Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dgn reda dan di redhai, masuklah ke dalam jemaahku, masuk lah ke dalam surgaku..insyaAllah... (Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...