Halaman


Rabu, 9 Januari 2013

Apa yang harus ...

Dia membuat aku rasa sedikit bahagia. Jujurnya hanya dia yang aku hubungi dengan kerap akhir-akhir ini. Hampir setiap hari.

Selalu aku berpesan pada diri aku, sayang aku pada dia tidak akan jauh. Kerana dia faham aku tidak akan melangkah garisan yang aku lukiskan sendiri. Tekad aku, tidak akan, dan aku tidak redha diri aku kembali ke daerah itu. Namun Allah sentiasa ada perancangannya, akan datang.. bukanlah ketentuan aku.

Tapi orang sekeliling dah nampak aku bahagia berhububg dengan dia. Perkara itu bagaimanalah untuk aku sorokkan.

Entah kenapa...tinggi cita2 ku untuk sama2 dengannya mencari jalan ke syurga.

Sayang nya, sayang kami ini sudah mula menimbulkan fitnah.

Saat ini, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Jika ini tidak salah kenapa aku mula merasa resah, jika ia salah...entahlah.

Pada Adam aku semakin dingin. Aku tahu, hati andai mula rasa bahagia dengan sesuatu, dia mula berpaksi. Yang diluarnya sekadar...di luar.

3 ulasan:

  1. Saya tak pernah sayang orang sama jantina dengan saya sebagaimana awak sayangkan dia tapi saya sayang kawan-kawan baik saya. Doa selalu yang baik-baik kat dia... May Allah bless both of you.

    Insyallah :)

    AO

    BalasPadam
  2. Manusia, sentiasa cuba menjadi hakim dunia
    Menilai dan menghukum ikut sedap akal dan minda
    Biarkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...