Semalaman aku jadi buntu. Apa yang harus aku lakukan. Ujian demi ujian walau dalam kenikmatan.
Mungkin aku dah terlalu jauh.
Dari dulu aku menyangka blog ini akan sekadar penyimpan sisi gelap aku. Tapi kini dah jauh. Damn. Orang kenal aku sebagai MGDA. Aku hadir disana sini sebagai MGDA.
Sebenarnya masalah ini hanya melibatkan dua keputusan sahaja. Samada terus kekal sebagai MGDA dan kena berani hadapi semua cabaran dan ujian tu, atau berani menjadi diri aku yg sebenar di luar sana.
Berat menanggung dua identiti. Penat bersembunyi dan berlari.
Dalam masa yang sama ia mula membina tanggungjawab.
Dan aku sebenarnya dah mula hidup dengan MGDa.
Semalam, sms dr Adam kuterima saat aku buntu. Lalu kuceritakan sedikit apa yg mampu.
Aku sebenarnya berat dan tidak ada keinginan untuk membuat dia tahu. Tidak ada sesiapa yg tidak mengenali MGDA untuk tahu siapa itu MGDA.
Lalu..katanya.
" awak, stop segala sumber, saya tak suka."
Apa yang dia tahu terlalu sedikit.
Namun kata-katanya lebih buat aku merusuh.
Melalui tulisan aku, aku tak pernah minta dan sangka, untuk didekati.
Mengikut pemahaman saya tentang entry MGDA kali ini....
BalasPadamSituasi kita hampir sama, cuma saya belum berani (tak berani) nak keluar atau dikenali orang lain.
Betul kata awak "Dalam masa yang sama ia mula membina tanggungjawab"
Seperti saya juga, "Melalui tulisan aku, aku tak pernah minta dan sangka, untuk didekati.
Bukan sekali, malah berulangkali (juga pada ketika saat ini) hati saya masih berkata "Awak perlu bakar jambatan itu, agar aku tidak pulang ke situ" - Tok Rimau
Maaf kalau saya tersalah tafsir luahan MGDA dlm entry ini. Situasi kita hampir sama....
Benar najmi. Benar tafsiran awak.
BalasPadamjambatan tu mmg perlu dibakar..agar kita tidak pulang ke situ dan org lain juga tidak akan melalui apa yg kita lalui di sebalik jambatan itu...
BalasPadambe strong!
stay strong..keep doing wat eva u do now..no turning back..u doing fine..im proud of u..my prayers owez wif u..
BalasPadam-MFM-