Petang tadi waktu aku solat asar disurau aku bertemu kak dira. Sebenarnya akhir-akhir ni, nak ke surau pejabat tu, aku rasa macam berat je. Jumpa staff-staff perempuan, yang kadangkala masih tanya aku..bila nak berisi la..cik abang macamana la..cuti tak honeymoon ke..hai..dulu soalan-soalan tu memang menghiris hati aku, sekarang ..sama ada aku senyum sumbing atau aku buat tak tahu. Yelah, staff pejabat aku ada dekat 200 orang, takkan lah mampu nak aku bagi tahu aku dah berpisah, janda..tiada edah..nak menyatakannya pun bukan mudah. Jadi ada segelintir yang tahu, tahulah, yang tak tahu tu lah yang masih mengusik, ikut hati aku, aku nak aja buat pengumuman di radio ke, ceh macam artis..hahaha. Yelah kahwin jemput orang..mak aku buat kad..dekat seribu keping jugaklah, kawan aku tak sampai 10 orang..hahah. Kalaulah boleh buat kad announce aku dah bercerai dekat seribu, senang kerja aku, tak payah nak berkata apa.
Okay, berbalik pada Kak Dira, kak Dira ni sebenarnya baru balik dari cuti dua bulan, cuti tanpa gaji, sebab dia mengandung alahan teruk, Kak Dira ni alim, dia handle kelas agama yang ada di pejabat kami. Aku suka brbual dengan dia sebab dia memang tak pandai lah nak bergosssip macam sesetengah pompuan kat pejabat aku. Nasiblah meja aku dekat department yang ramai cina, jadi memang aku tak bercampur sangat dengan perempuan-perempuan wanita melayu terakhir tu.
Aku tegur Kak Dira, cantik potong rambut pendek, dia senyum, katanya suaminya potong kan. Aku pun bertanya dimana ye ada kedai potong rambut muslimah, rambut aku ni dah dekat 5 bulan aku tak potong, lama sangat bagi aku, ye la..si kurus dulu tak bagi aku potong, jadi rambut ala-ala skin head aku dulu dah jadi rambut awan nano dah. Kak Dira bagi tahu ada satu kat bandar, tapi kena datang pagi. AKu mengeluh, bila pula nak pergi pagi. Kemudian keluarlah keluhan aku..
"Lainlah akak..boleh suruh suami tolong.."
Entah macamana, keluar keluhan tu, nasib hanya aku dan Kak Dira berdua je disurau.
"Eh, mana suami awak?"
"Kak....saya dah berpisah" aku sangkakan dengan kata-kata tu, Kak Dira akan terkejut, dahlah dia lemah je mengandung, ada juga termelahirkan tak cukup bulan disitu.
Sangkaan ku meleset, dia senyum. Dan tanya aku bila tarikhnya. Kemudian katanya sebenarnya, di awal perkahwinan haritu, dia dah dapat rasa sesuatu, sebab dia tengok wajah aku muram saja, yelah..baru berkahwin sangat..dan muram macam stress..Kemudian kami berbual sedikit..
"Dik, akak pun sama dulu, perkahiwinan akak yang pertama..juga 3 bulan sahaja, tiada edah"
Walllla....masa tu aku nak melompat peluk Kak Dira, dahlah Kak Dira tu comel..(heeeppp..mulalah tu). Aku salam Kak Dira..nasib sungguh dia sedang berbaring keletihan, kalau tak sumpah aku peluk dah.
"Dik, mereka ni kadang-kadang naluri tu memang semulajadi dan tak boleh nak dilentur, kecuali mereka yang berubah, walaupun mereka ni baik orangnya, tapi mereka akan jadi amat ego dengan kita"
Yippeeee, lagi sekali aku rasa nak peluk Kak Dira. Sesaat kemudian, ada pula orang lain masuk kesurau. Ces..aku pun terus solat..khusyuk memang taklah, ekor mata sesekali menjenguk Kak Dira yang sedang berbaring..kami seolah tak puas berbual lagi. Lepas tu, surau muslimat makin penuh..hmm..bila agaknya aku boleh jumpa lagi dengan Kak Dira secara personal, dahla dia lain department.
ps: Otakku ligat berputar..kenapa perkara macam ni dah semakin kerap terjadi. Aku bisexual, tak faham sangat part yang ada gay tegar, lempang aku pun belum tentu aku boleh telan bulat2, sebab aku dua-dua boleh..wakaka. Tapi part gay tegar ni aku akan ulas sikit lagi, sebab sebelum kawin dengan sikurus, aku ada buat kajian sikit, ahh..member aku pun ramai PLU.
ziarah sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan :D
BalasPadamSalam, saya ada menyediakan perkhidmatan mendandan rambut, make-up dan manicure&pedicure di rumah di Kota Damansara. Harga yang ditawarkan wash, cut & blow RM30. Colour/ Inai (Henna) RM30-RM88. Rebonding/ Relaxing/ Perming RM88-RM128. Hair/ Scalp treatment RM38. Make-up (day) RM50. Manicure& pedicure RM45. Berminat call/ SMS Zura 012-208 4048 atau layari myhomesalon.blogspot.com. P/S : Light refreshment, WIFI dan tempat solat disediakan. Terima kasih tuan rumah tumpang blog.
BalasPadamboleh ke bisex bertukat jadi gay tegar lepas jumpa partner yg berkenan sgt di hati?
BalasPadam-sekadar bertanya. TQ
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam