Hariini, aku berbincang dengan seorang kawan, yang tahu tentang keadaan aku, dia tahu aku biseksual. Aku berbincang dengannya, sebab kenapa sikurus melamar aku buat kali kedua.
Dalam diri aku, masih tersimpan rasa bersalah, kerana memohon perpisahan. Kadangkala aku rasa, aku tak boleh menyalahkan sikurus yang tidak berkeinginan pada aku. Dimata dia, aku adalah lesbian yang sedang menegakkan benang yang basah.
Ada satu kata-kata yang tersemat di kepala ni.
"Kau biseksual, kau tak berhak dapat nafkah batin sebagai isteri-isteri yang normal"
Sahabat ku itu, mengingatkan aku satu perkara. Nafkah batin adalah wajib. Kerana itu Islam meletakkan taklik. Ini hukum tuhan, haram berkahwin tetapi tidak menyetubuhi isterinya.
Tetapi aku tetap menyatakan...aku ni biseksual, pernah dengan perempuan, malah kadangkala lebih cenderung pada perempuan, mungkin sikurus jijik dengan keadaan aku. Tapi aku telah pun berterus terang dengan dia sebelum perkahwinan lagi.
"Awak...hukum tuhan ini tiada kompromi, awak ni mangsa..awak mangsa buli, awak tahu tak?"
Aku senyap apabila, kata-kata itu tertera diskrin.
"Jadi ..keputusan aku untuk berpisah adalah betul? Tapi, macamana saya nak padam dalam otak saya..yang saya ni ...tak layak untuk disetubuhi..sebab saya ni biseksual?"
Kawan aku tu menjawab sesuatu, yang harus aku telan.
"Awak, this is what they call mental abuse, awak kena banyak mengaji dan doa pada tuhan yang awak akan lupakan perkara ni."
Aku ni mangsa? mangsa penderaan mental? Jadi, ni semua bukan salah aku? Bukan salah aku berterus terang pada dia? Bukan salah aku meminta yang batin dari dia? Bukan salah aku nak minta yang normal sedangkan aku ni manusia abnormal?
Satu, macamana aku nak bangun?
Dua, macamana aku nak padam?
ps:
Banyak aku belajar harini, ya aku mengaku, harini aku dok membelek blog AHP dan juga HIDUPMESTIDITERUSKAN.
Silap pertama aku, aku tak faham yang gay tidak boleh diubati.
Jadi, aku tak silap memohon perpisahan, tapi aku silap kerana menyangka aku boleh mengubah sikurus.
Dan satu lagi silap..aku kena belajar redha. Terima semua yang terjadi ni ketentuan tuhan. Bangun..bangun harimau bangun..ceh lagu lain plak. Bangun, kesilapan bermaksud..kau dah mencuba, dan baru kau tahu yang kahwin tu bukan mainan, dan baru kau tahu..bila lelaki tu tiada nafsu..tiadala..bongok. Dah..dah..jangan sedih-sedih lagi. Macamana nak padam? REDHA..pergi ..pergi solat tu.
Belajar sesuatu dari kisah ini.
BalasPadamsatu maafkan diri
dua perlu tahu salah dan baiki
ketiga bukan salah anda
ke empat dia juga manusia, ada salah dan maafkan dia
kelima mendoakan dia
Kenapa saya cakap begitu, manusia normal memang begitu fitrahnya ..hidup kita penuh jalan yang berliku.. dan jika tersalah jalan kita harus cepat2 kembali ke pangkal jalan. Allah menerima semua taubat kita selagimana kita mahu bertaubat dan berusaha untuk menjadikan taubat kita di terima.
Satu pekara saya belajar daripada lelaki ialah dia tidak akan menyalahkan orang dirinya sebaliknya menyalahkan orang lain. Dalam kes awak ya betul seperti kawan awak cakap, awak telah di dera secara mental. Kedua, salahnya ada tapi menjadikan salah awak.. so you jangan sedih sebab dia membina alasan atas kesalahanya.
walllahualam. May Allah bless you.
terima kasih, ya..saya sedang tanamkan diri saya tentang itu. saya faham apa yang berlaku.
Padam