Semalam Philip telefon, katanya dia mudah bercerita dengan aku pasal kerjanya, dan dia menawarkan aku untuk kerja dengannya sehari dua. Philip antara rakan BDSM yang aku boleh percaya, kami orang-orang bendul yang terjebak dalam satu komuniti yang penuh kedurjanaan.
Namun dari BDSM juga aku kenal Xola, Deanna dan juga Amir.
Dari BDSM yang membuat aku kenal siapa aku sebenarnya. Atau mungkin, mengenali BDSM adalah satu titik hitam yang paling hitam dalam hidup aku.
Xola, insan pertama yang membawa aku merealitikan kecenderungan aku dalam BDSM. BDSM adalah satu lagi lapis dalam diri aku yang paling dalam. Mungkin kerana itu juga kadangkala aku sukar nak membuang kawan-kawan dari komuniti ini, kerana mereka mengenali aku yang paling dalam. Walaupun mereka tidak mengenal aku secara pribadi.
Aku agak kesal kerana Amir masih meneruskan aktiviti BDSM, walaupun aku tahu dia amat bertanggungjawab mengambil semua langkah keselamatan, tetapi sebenarnya, aku lebih berharap dia berhenti kerana aku nak dia terima takdir ini sebagai peluang kedua dan buat sesuatu yang lebih bermakna, ah tapi siapa aku nak menghakimi keputusan dia.
Sejak Deanna dah tak hubungi aku, aku hampir tak tahu lagi perkembangan komuniti. Dah berapa kali aku berundur, tapi masih juga akhirnya muncul, biarlah aku senyap hingga tuhan tahu bila waktunya.
Kerana perkahwinan yang gagal itu, along tahu yang aku pernah berzina dengan perempuan, along mendesak juga dengan siapa aku berhubungan, keluarga mungkin dah mengesyaki Deanna dan Sya, tapi aku sekadar berdiam dan..menafikan. Itu maruah mereka, itu juga perlindungan terakhir dari aku buat mereka. Biarlah aku dituduh dan diaibkan, tapi bukan mereka. Mereka banyak berkongsi kesedihan aku, aku tak mahu mengheret mereka.
Aku tak tahu apa pandangan along pada aku, setelah dengan berat nya aku mengaku didepannya yang aku pernah terlibat dengan perkara itu, ahh..dia belum tahu lagi tentang bdsm, kalau tahu mampus aku dipancung sepuluh kali.Didepan aku, along nampaknya memahami, katanya..manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, aku tahu along mungkin ingat aku sekadar terjebak sekali dua, kalaulah along pernah tahu yang..aku pernah berniat nak migrat dengan Deanna ke thailand atau juga aku pernah nak hidup sepenuhnya dengan El..pasti gugur jantung along. Itu belum cakap ibu dan abah lagi.
Adik, mungkin faham, tapi akan ceramah aku dulu sebelum melapor pada JAIM, haha.
Jadi yang tinggal hanya aku dan bdsm, seorang dua kenalan, ajak aku play balik. Entahlah, sesungguhnya aku tidak mahu. Kalau play dengan perempuan pun aku berzina, jadinya karang, kalau play dengan lelaki lagilah dosa juga. Kiri kanan depan belakang semua dosa.
Aku dah cuba nak dapat yang halal ok!! Tapi tengok apa jadi??
Amir takut akan risiko yang tinggi andai kami berdua akad. AKu faham, walaupun air mata aku menitis jugalah bila dia menyatakan keputusan dia. Dia sahaja yang paling faham dan satu-satunya lelaki yang menerima aku setelah mengetahui semua layer aku. Tapi kuat jugakah aku nak hadpi hidup dengan dia?
Tulah, aku katakan...sumpahan betul pada aku ni, nak dapat yang halal kemain susah.
Aku syak, aku akan mati sebagai virgin, hahaha. Tapi...kalau yang halal itu disyurga, bukankah itu satu perjuangan yang hakiki dan agung?
Itupun kalau aku mampu, BDSM pernah buat aku hampir pada syirik.
Hai...kalau orang lain melihat aku dari luaran, mati hidup balik tak percaya aku pernah buat benda-benda ni. Hipokritkah aku? Lantaklah, yang pasti aku tak pernah bangga dengan semua yang aku buat, dan...demmmm...aku memang nak berhenti semua ni.
Hidup agak perlahan sekarang, bosan..sebab tiada benda-benda menarik..ya yang menarik tu semua yang berdosa. Mampukah aku? Entah, kalau Deanna datang malam ni belum tentu aku mampu jujur pada tuhan. Ahh..yang penting dengan Philip juga aku harus tegaskan..aku dan dia kalau kerja sama pun sekadar kerja. Mampu kah??
manusia sentiasa keliru apabila berada di persimpangan. sahabat, hulurkan tangan, ayuh langkah bersama berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.
BalasPadamSusahnya nak gigih..agar esok lebih baik dari smalam..tapi kena usaha juga,kan.
Padamboleh tanya. BDSM tu apa? maaf tak tahu.
BalasPadamsila google..kompom dapat
Padam