Halaman


Selasa, 17 Januari 2012

Bagaimana?

Bekas teman serumahku a.k.a sekatil dulu telah memberi hampir kata dua padaku, katanya andai aku tidak memperjuangkan perceraian selepas 4 bulan, dia mungkin tidak akan menjadi kawanku yang setia mendengar luahan dan tangisan ku.

Along juga agak marah bila aku katakan sikurus pernah berkata dia ingin mencuba perkahwinan ini selama setahun. Kata along itu terlalu lama.

Dan bagi aku pula, 4 bulan bagai terlalu singkat untuk aku memberi masa padanya. Bagai terlalu tidak adil. Sikurus kulihat sedang cuba membiasakan keadaan. Dia cuba sentiasa bertenang. Dan entah kenapa, aku pula mula semakin menerima kehidupan kami.

Aku sedar aku pun telah tiada kehendak pada dia. Memang naluriku, aku tidaklah mudah untuk punya nafsu pada kaum adam.

Aku mula rasa indah berjemaah subuh dengan dia, mula rasa secebis bahagia bila dia menghabiskan hidangan yang aku masak. Sentuhan dia walau sekadar kucupan didahi sering mendamaikan hati aku.

Mahukah aku berjuang untuk melepaskan semua ini?

Kata adik kalau aku sabar, hadiahnya syurga. Dan benar, kata para pejuang, berjuang itu pahit..kerana syurga itu manis. Dan aku tahu, pahit ujianku ini hanya sezarah kalau nak dibanding dengan apa.

Kata tuhan, tuntutlah hak mu apabila dizalimi, namun redha dan sabar itu lebih besar ganjarannya.

Tapi mampukah aku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...