Disatu ketika, aku melenting apabila seseorang mengatakan pengkid menolak akidah. Aku berasa amat marah. Sangat-sangat marah. Aku rasa macam nak pancung orang yang sedap mulut berkata. Kau tu dah lahir lengkap sebagai lelaki dan resam kau memang maskulin, boleh lah kau cakap macam tu. Cuba kalu lahir sebagai lelaki, tapi kau suka pakai gaun, kau suka memasak, kau suka lelaki, hah baru kau tahu langit tinggi rendah.
Mudahnya, kau menuturkan kata. Dasar lelaki keparat.
Ha, macam tulah marah aku.
Dan disatu hari..
entah bagaimana aku terbaca gambar diatas dari gambar-gambar di muka buku.
Beriman dengan qada dan qadar, buat aku tersentak. Bagaimana tanda beriman dengan qada dan qadar?
Lalu, adakah semua ketentuan Allah tidak boleh diubah? Ada yang boleh diubah, ada yang memang telah ditentukan. Itu pendapat aku. Dan kelahiran kita didunia adalah antara takdir yang tidak boleh diubah. Terutama jantina.
Melainkan seseorang itu khunsa. Iaitu mempunyai dua alat jantina atau sistem peranakan. Persoalan khunsa atau tidak seseorang itu, hanya dapat diketahui oleh tuan empunya diri sahaja, dan golongan khunsa ini berhak mendapat jantina yang mendominasi tubuhnya.
Jika anda berpakaian seperti jantina lawan, dengan niat untuk menyerupai jantina lawan dengan sengaja, dimana sifat redha dan berimannya anda pada tiang iman yang ke enam? Mungkin ramai yang kata..kerana perkerjaan, kerana cara hidup. Ya. Terpulang, semuanya atas niat anda. Niat anda pada tuhan.
Jika anda mempersoalkan kenapa anda dilahirkan sebagai perempuan, dimana percaya nya anda pada qada dan qadar.
Jika anda membenci diri anda yang dilahirkan bukan dengan jantina yang anda kehendaki, dimana sifat Islam anda yang bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah?
Lalu salahkah andai anda dikatakan telah hampir kepada menolak akidah Islam?
Berapa ramai antara kita yang mengamuk andai dikatakan bukan Islam? Tapi, berakidah Islamkah kita sebenarnya? Dalam sedar tak sedar ramai antara kita yang kelam akidah, termasuk aku bila aku meratap tangis, kenapa aku bukan lelaki lalu aku tidak boleh menikahi kekasihku.
Redha dengan siapa anda sewaktu anda dilahirkan, khususnya bab jantina. Kalau lahir lelaki, tetapi lembut, kalau lahir perempuan tetapi maskulin, semua itu tidak menjadi salah dimata Allah. Jadi sahaja lelaki, walaupun lembut, jadi sahaja perempuan, walaupun kasar. Asalkan sahaja tidak membenci kejadian sendiri dan mengikut kehendak diri yang Allah tak redha.
Aku hanya memberitahu, jauh sekali menghakimi.
Moga setiap kita, mati sebagai hamba ALLAH.Amin.

Perkongsian yg paling pkcik suka...
BalasPadamInshaallah..moga syntak mnyimpan
Padamit's deep...
BalasPadammacam terhantuk kat dinding rasanya. thanks.
Rasa berdosa tu hidayah-sifu hanafi
Padamngeri bila memikirkan pernah berada dalam golongan tersebut..alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati ni.. mudah2an kawan2 y lain pon dapat hidayah jugak... aminnn...
BalasPadamAmin
Padam