Kau rasa sendiri bila sendiri? Haha. Soalan yang tiada erti. Aku kini tinggal seorang, tidak lagi bersama kedua orang tua. Mungkin bagi setengah orang ianya bukan apa. Tapi bagi aku ini bagai tamparan hebat juga.
Sejak aku berpisah dengan teman serumah, setahun dulu, aku tidak pernah tinggal seorang.
Dan lebih getir lagi kerana aku sedang cuba untuk tidak memperdulikan Deanna.
Aku nak, kali ni aku tidak mengharapkan apa-apa dari dia.
Bersendiri begini perkara yang baru bagi aku. Walaupun aku selalu mengetahui perkara ini akan aku tempuh juga. Dan aku sudah tidak gemar keluar. Lebih gemar dirumah. Atau, keluar jauh untuk menemui rakan-rakan.
Bersendiri begini buat aku perlu menjaga diri lebih. Jaga kesihatan, kawal keinginan, jaga solat.
Rakan-rakan cuba membantu dari jauh. Alhamdulillah.
Semalam, melihat bulan di Bagan Lalang, aku lihat ia begitu sunyi, dikelilingi kegelapan.
Sekurangnya, aku masih lagi boleh memetik suis lampu dengan dayaku :)
berssyukurleee..:D..
BalasPadamMenyendiri perlu kuat kekuatan rohani,peringkat permulaan agak sukar tp bila dah biasa akan jadi jiwa yg tenang,praktik dengan meletak tasbih di merata tempat,secara tak langsung bila sunyi bnykkan berzikir dgn penuh penghayatan.mengingati Allah lebih baik dari mengingati makhluk.dgn penghayatan Ehsan akan menenangkan jiwa.ujian biasala,tak mahu ujian bererti bukanlah manusia atau Hamba Allah,kita tak boleh lari dari ujian.dok saja2 peganglah tasbih,lama2 ia menyeronakkan.nikmatnya hanya yg beramal akan merasainya,bagan lalang tu dkt sg puyu ke...maaflah klu pandangan saya ada salahnya... .hr21
BalasPadamterima kasih hr21. saya tak ingat pula dekat dengan sg puyu ke, sbb saya pergi masa tu dah lewat malam, tak berapa nampak :)
Padam