Halaman


Khamis, 15 Ogos 2013

Misfit, aku sedar aku siapa

Semalam, aku berbincang dengan dia secara santai. Kami dengan rasminya cuma sebagai kawan kini.

Sedih juga.

Setelah aku masih sayang pada dia, akhirnya ya, mengalah. Sayang apa pun aku pada dia. Aku bukan siapa-siapa. Kerana keputusan aku untuk tidak lagi menjadi teman sekamar.

Lepaskan.

Dan harini, aku masih lagi msngajaknya untuk ke tutti fruity. Dia menolak, alasannya sibuk dengan latihan debatnya.

Ditakdirkan, bila aku mengajak kawanku yang juga terkejut kerana aku tidak pernah mahu mengajak sesiapa keluar, menemani aku, kami terserempak. Ya, dia keluar ke kedai aiskrim juga, dengan kawan sekuliahnya.

Aku menegur, membuat muka ceria. Mulanya aku tiada apa-apa, ya mungkin dia baru habis latihan debat dan ada masa bersama kawan. Apa salahnya.

Salahnya ialah aku.

Kerana aku masih menyayangi dia, walau sedar aku bukan siapa-siapa lagi.

Aku ingat aku kuat. Bila kami dengan rasminya mengatakan kami hanya kawan.

Aku lah yang tak sedar diri. Aku bukan kawan sekuliahnya. Aku juga bukan pengkid seperti yang dia harap-harapkan dulu.

Harap aku dapat sedar, kasih ini telah terlalu banyak menjadi racun buat aku. Cinta ini telah terlalu banyak memusnahkan aku.

Dan aku telah terlalu tua dan juga letih untuk itu semua.

Biar derita itu yang membuat aku bahagia.

Cinta yang Allah redha kadangakala terlalu mahal buat sesetengah orang, bukan sekadar untuk orang macam kita sahaja, tapi untuk orang-orang lurus juga.

Namun adakah hidup ini sekadar untuk memburu cinta manusia?

Pasti sekali-kali tidak.

8 ulasan:

  1. Susah bla bermain dgn hati.Dia bisa menjadi ubt dan bisa jga menjadi racun.

    BalasPadam
  2. Jihad namanya tu. Kalau jihad tu mudah, sure ramai yg bjihad

    BalasPadam
  3. zahirnya kita lepaskan tapi... dalam hati masih terikat. saya harap awak kuat dan tabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih, saya harap, awak pun kuat mengharungi kehidupan

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...