Halaman


Rabu, 18 Disember 2013

Bagaimana mendekati golongan LGBT? Perlukah?

Tajuk tak boleh blah kan. Ayat macam orang straight. Hahah. Setiap kali aku mendengar orang straight sebut LGBT, LGBT lalala, aku rasa nak gelak. Mungkin kerana orang-orang macam kita, rasa janggal nak sebut perkataan tu. Selalunya akan sebut PLU, kalau dikalangan kita senang sebut, budak senget gak. Bermaksud tidak straight.

Paling tak selesa bila ada sebut, normal dengan tak normal. Ahhh rasa macam makhluk asing. Memang macam wth sungguh.

Okay, aku, kau dan kita selalu salahkan orang-orang lurus atau dipanggil ahli-ahli syorga itu yang tak memahami kita, jadi apa sebenarnya yang kita nak mereka fahami? Apa yang nak mereka buat?

Apa? Apa?

Adakah sebenarnya tiada apa? Dan kita terus menyalak dinding bila rasa di salah fahami? Okay aku mahu respond kalian.

Terima kasih :)

Perlukah beb?

17 ulasan:

  1. umm..how to say ehh...
    aku tahu diri ini salah, belok dan senget... bukan cacian dan hinaan yang dicari.. cukuplah sekadar menerima seadanya... x salah dorang pun pandang serong, sbb pd awalnye mmg salah diri ini yg senget.. tp cukuplah sekadar hormat diri ini sbgai seorang insan... insan yg juga mempunyai perasaan seperti mereka yg lurus... cume bezanya tarikan diri ini terhadap sesama jantina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau xdak golongan lurus tuh, mungkin gak kita akan bengkok @ senget slamanya... ahaks2

      Padam
    2. selagi kita hidup bersama ..setiap dari kita adalah uijian buat semua, begitu juga alam ini..hanya ujian

      Padam
  2. Tu soalan yg aku nak tanya jgk???apa yg anda nak kami buat????aku mengaku yg sebelum ni aku mmg pandang serong ngan gol2 ni....tp bile baca blog ni dan blog abg najmi persepsi sy tukar...bkn senang diuji begini....perjungan melawan nafsu songsang ni kene berterusan hingga mati...dan selagi kita bernafas syaitan sentiasa menggoda utk buat jahat....kpd gol2 ni, terus berjuang...moga kesabaran & ketabahan anda semua diberi ganjaran oleh allah swt...dan maafkan kami gol lurus yg sering mengkritik anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. syaz, tak perlu mohon maaf, kita semua ada fungsi didunia ini. jadi bagaimana pula dengan golongan senget yang terlalu prejudis pada golongan lurus? hingga lupa setiap manusia dibekalkan dengan akal untuk merasa emosi yang ada.

      Padam
  3. mungkin ini adalah dugaan dari Allah untuk anda semua......diharap dapat terus bertahan melawan nafsu.

    BalasPadam
  4. sometimes there are things better left unsaid. Masyarakat tetap akan skeptik jugak mengenai PLU. Bukan menolak semua masuk bawah tikar, Tapi, apabila penat untuk menerangkan, kita akan lebih selesa berdiam diri. Dan bagi saya lah kan, yang penting kita sendiri tahu penat lelah perjuangan tu. Kejayaan yang terhebat equals to kejayaan yang dirasa tanpa menipu diri sendiri. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah tonton filem Milk? sebagai peminat filem,kita. kalau Milk putus asa, filem Milk takkan diterbitkan. haha.

      namun, yang benar tetap akan terserlah.

      Padam
  5. salam. ntah kenapa aku menulis dalam keadaan yang tersenyum senyum ni... senyum sendiri atau senyum sinis? tapi memang bukan senyum yang dibuat-buat... pada aku mudah sahaja... semua plu sebenarnya inginkan pengiktirafan... itu sahajalah yang x cukup dan memang tak akan ada... rasanya. kita semua x terpecah kepada beberapa katogari yang berbeza mcm gay, lesbian, biseksual atau transgender kerana katogari kita memang sama iaitu ditolak (tiada satu carapun yang boleh menghalalkan)... sememangnya pada jiwa kita itulah yang kita mahukan... selagi tidak diterima kita menyangka kita tidak difahami, tidak diendahkan... dan selagi itulah adanya rasa ketidak puasan kepada golongan plu... itulah sebenarnya kan... kalau itulah sebenarnya yang plu mahukan tentu kita semua akan sentiasa sakit... sakit dengan jurang yang kita (plu) juga ciptakan, sakit dengan hukum, dan sakit dengan dunia. cukuplah sakit jiwa, sakit batin dan sakit akal.... janji jangan hilang akal... hilang akal hilanglah pedoman... aku juga berjuang, memang sakit, tapi perjuangan aku bukan untuk mendapatkan hak sebagai plu, perjuangan aku adalah untuk sentiasa dijalan Allah iaitu jalan yang telah dilalui oleh Muhammad Rasulullah walaupun hakikatnya aku menipu diri yang aku seorang plu... yang sebenarnya menipu Syaitan dengan mengatakan "aku bukan Plu tapi aku str8"... apa yang mereka yang str8 inginkan adalah kita berubah walaupun mereka sebenarnya bukan lah total baik ada dari kalangan mereka juga pendosa tapi sekorang kurangnya mereka jalani basic hidup mereka mengikut norma yang ditetapkan... kita? tanya akal jangan tanya hati....

    akulah F, cinta palatonik dalam gelap ada malaikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kata kau, kadangkala semua manusia bersifat selfish dan menunding jari kepada orang lain, sedangkan, sebenarnya, sama2 menjual ikan juga.haha

      Padam
    2. juai ikan? ikan kecik aku x pandang, ikan besag tuh aku jeling la jugakk, sampai ati ko samakan ngan ikan, alahai rasa murahnya diri, sideh gilerrrr

      Padam
  6. Allah turunkan Alquran,didalamnya ada penawar.dilengkapkan dengan dakwah nabi,dgn kasih sayang ditinggalkan hadis untuk kita.setiap insan yang berpegang kepada Alquran dan hadis ia beriman padanya.ia tidak akan sesat.semua insan dlm ketogeri apapun tidak akan terlepas dengan peraturan yang ditetapkan.sampai waktunya kelak,kita semua akan dipertanggung jawabkan atas apa yang yang kita lakukan,moga jawapan dan alasan2 kita mendapat keampunan dari iLLahi

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar, setiap kehidupan ini adalah skrip yang telah dituliskan, cuma menguji sifat hamba yang ada samada akan terus dengan jalan yang benar atau sebliknya

      Padam
  7. Aku ada member member PLU and aku hormati pilihan mereka tapi tak bermakna aku menyokong. Ada dua orang ni memang kapel. Ada la jugak aku tanya sampai bila nak macam gini. And depa kata sampai la salah seorang dari depa ni berkahwin, baru depa berpisah. Kita sebagai kawan boleh doakan yang baik baik je la. Jangan pulak nak ceramah lebih lebih bajet holier than thou. Kawan macam biasa, kalau nak selit nasihat tu sikit sikit light light je. Tu pendapat aku la.

    BalasPadam
  8. Dia yg memberimu ujian, Dia juga yang memberimu penyelesaian.
    Kalau og diberi sakit kanser otak pun fikir sakit ni fitrah, so tak payahlah berubat.
    Kalau baby baru lahir jatuh sakit dan semua ibu bapa fikir itu adalah fitrah, biarlah mati tu kan sunnah alam. Pupuslah manusia kat muka bumi ni.
    Tapi bila manusia dah besar, dah ada ego, maka semuanya menyalahkan takdir, meletakkan pada fitrah.

    Sedangkan fitrah manusia lahir setiap satunya Allah jadikan suci dan bersih.

    Semoga aku juga Tuhan sentiasa bagi hidayah;(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...